Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Kd 1. sj alat utk menggali tanah; 2. sj alat yg digunakan utk mengupas kelapa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cop I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Tuan DBP saya ingin bertanya berkenan dengan istilah penggunaan nama cop di dalam jabatan saya yang bercampur dengan perkataan Bahasa Inggeris. Mohon jelaskan istilah yang sebenarnya. 1. Cop Crown 2. Cop Added 3. Cop Modified 4. Cop Deleted 5. Cop Open 6. Cop Repeat Mohon diberi makna jika ada setelah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Saya boleh dihubungi di talian 017-7267345. Sekian, terima kasih. Hisham Bin Othman @ Mohd.Adakah cop yang tuan maksudkan ialah cap? Perkataan yang betul ialah cap, bukan cop yang banyak digunakan dalam urusan pejabat. Setiap kata tersebut boleh diterjemahkan kepada bahasa Melayu yang sempurna seperti cap mahkota/cap tajuk, cap tambahan, cap ubah suai, cap batal/cap hapus, cap buka dan cap ulang.Penyemakan dan penterjemahan13.06.2015
Saya Hisham Bin Othman @ Mohd. Bertugas di Unit Cop Keselamatan, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor. Pertanyaan: Istilah penggunaan bagi perkataan yang betul digunakan: 1. Cop keselamatan atau cap keselamatan. 2. Unit Cop Keselamatan atau Unit Cap Keselamatan 3. Mesin emboss (atau ada perkataan Bahasa Malaysia yang berkaitan jika ada) Mohon bantuan tuan / puan DBP. Terima KasihPerkataan yang betul ialah cap, Unit Cap Keselamatan. Padanan emboss dalam bahasa Melayu ialah cetak timbul.Istilah10.06.2015
yang manakah betul? Chicken Teriyaki - Ayam Teriyaki / Teriyaki Ayam"Chicken teriyaki" sesuai dipadankan sebagai teriyaki ayam. Ini berdasarkan pola terjemahan makanan yang lain seperti "chicken curry", kari ayam; "chicken cop", cop ayam; "chicken soup', sup ayam. Makna29.11.2018
Salam DBP, saya ada soalan mengenai istilah. Apakah istilah BM untuk chicken chop atau lamb chop. Saya ada merujuk dalam web PRPM dan menggunakan cop ayam atau cop kambing, namun kedua-duanya kelihatan/kedengaran canggung. Adakah cadangan bagi istilah BM untuk istilah-istilah itu yang lebih umum dan diterima pakai oleh masyarakat kita? Sekian, terima kasih.Betul, padanan bagi chicken chop dan lamb chop ialah cop ayam dan cop kambing. Berkemungkinan agak janggal kerana penggunaan perkataan tersebut belum lagi meluas. Oleh itu, dharapkan usaha kita ini dapat menyebar luas istilah yang telah lama dibina tetapi kurang digunakan.Istilah03.08.2018
Adakah betul penggunaan Rakan CopPenggunaan istilah Rakan Cop tidak sesuai tetapi masih digunakan. Kami telah membuat teguran dan cadangan perkataan dari kami ialah Rakan Polis.Tatabahasa03.07.2013
1)tandatangan 2)cap atau cop1)tandatangan 2)copEjaan03.08.2011
Salam sejahtera, saya ingin tahu adakah "cop ayam" istilah BM betul untuk "chicken chop"? Terima kasihMenurut data Pusat Rujukan Persuratan Melayu kami, maksud chicken chop ialah Cop AyamMakna10.01.2017
Rosminatun Nasa Oct 23rd, 3:09pm Saya nak tanya..saya nak daftar singbord kedai ke majlis perbandaran..tapi majlis perbandaran mahu kan cop dan pengesahan dari dewan bahasa dan pustaka...jadi saya nak tanya macam mana saya nak dapat kan cop daripada dewan bahasa dan pustaka tu?Pengesahan bahasa dalam iklan kini boleh dibuat secara dalam talian. Kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain23.10.2015
Saya sedih bila bahasa penjajah digunakan bercampur aduk dengan bahasa melayu, iaitu Rakan Cop. Apa tindakan DBP dalam perkara ini. Terima kasih.Pihak DBP telah menegur pihak yang berkenaan dan juga menyiarkannya dalam akhbar Klik DBP (sisipan akhbar Berita Harian) berhubung perkara ini. Kami turut memberikan cadangan, antaranya dengan menggantikan "rakan cop" kepada "rakan polis".Lain-lain25.03.2007
Cop parkir atau cup parkir?Perkataan yang betul ialah "cup parkir"  bermaksud menempah (sesuatu contohnya parkir) secara tidak rasmi.  Ejaan04.08.2022
123

Kembali ke atas