Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[co.ra/] | چورق

Definisi : 1. ragi atau bunga-bunga pd kain (barang anyaman, tenunan, dll): besar-besar ~ kain batiknya; ~ damdam corak yg berpetak-­petak empat segi (corak tapak catur); 2. warna (bunga-bunga) pd tanah kain (bendera dll): kain itu berwarna hijau dan ~nya merah; 3. ki rupa (bentuk, sifat, dll): hasil usahanya telah menukarkan ~ pertanian di negeri itu; bercorak 1. berbunga-bunga (barang tenun­an, anyaman, dll), beragi: kain ~; 2. berwarna-warna (berbunga-bunga) pd tanah kain (bendera dll): kain merah yg ~ putih; 3. ki berupa (bersifat, berbentuk, berfaham, dll): menimbulkan perselisihan yg ~ perkauman; filem Indonesia ~ ketimuran; mencoraki menjadi corak pd (bagi), menjadi ciri asas pd (bagi), mewarnai: pergantungan ~ hubungan antara negara membangun dgn negara perindustrian Barat; mencorakkan 1. memberi bercorak: kanak-kanak bagai kain putih boleh dicorakkan dan diwarna-warnikan; 2. ki membentuk (sifat, rupa, ciri-ciri, dll sesuatu) memberikan sifat-sifat yg tertentu kpd: perasaan itu biasanya dicorakkan oleh keadaan; pencorakan perihal (perbuatan dsb) men­corakkan; pencorak orang (faktor, unsur dsb) yg menentukan corak (rupa, sifat, keadaan dsb) sesuatu: kita merupakan ~ masyarakat yg telah diamanahkan utk membela nasib dan masa depan anak-anak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[co.ra/] | چورق

Definisi : ; ~-carik koyak-koyak, cobak-cabik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[co.ra/] | چورق

Definisi : 1 gambar-gambar atau ragi pd kain (anyaman dsb): Kain ini tidak berapa bagus ~nya. 2 pelbagai warna pd warna dasar (ttg kain dll): Kain langsir itu tanahnya putih, ~nya merah. 3 ki rupa (bentuk, sifat) yg tertentu: Sejak itu, Aladin yg dahulunya sangat miskin telah bertukar ~ menjadi kaya. bercorak 1 bergambar atau beragi (ttg kain dsb): Kainnya ~ belang sawa. 2 berwarna pd tanah kain: kain merah yg ~ putih. 3 ki berupa (bersifat dll): Orkes itu sering memainkan lagu-lagu yg ~ Timur Tengah. Pemerintahan negara itu ~ demokrasi. mencorakkan 1 memberi bercorak: Kita boleh ~ kain putih dgn berbagai-bagai warna. 2 ki memberikan sifat-sifat tertentu; membentuk: Ibu bapalah yg bertanggungjawab ~ anak-anak mereka. pencorak orang, faktor, unsur dsb yg mencorakkan sesuatu atau seseorang: Sbg ~ masyarakat, kita bertanggungjawab membela anak-anak yg kurang bernasib baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata corak

Puisi
 

Kain pelikat corak bersegi;
     Isi di dulang hendak dihantar;
Kalau pemikat baik budi,
     Burung terbang pulang ke sangkar.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai kain menunjukkan corak bangsanya.

Bermaksud :

Rupa dan gaya seseorang menunjukkan asal usulnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Corak kain mengikut kehendak penenunnya.Undang-undang sesebuah negeri itu menurut keadaan pemerintahnya; pengetahuan murid menurut ajaran gurunya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kain menunjukkan corak bangsanya.Rupa dan gaya seseorang menunjukkan asal usulnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kelarai sesat taja.Sesuatu pekerjaan yang sudah salah dari permulaannya. kelarai = corak anyaman; taja = permulaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas