Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[co.ra/] | چورق

Definisi : 1. ragi atau bunga-bunga pd kain (barang anyaman, tenunan, dll): besar-besar ~ kain batiknya; ~ damdam corak yg berpetak-­petak empat segi (corak tapak catur); 2. warna (bunga-bunga) pd tanah kain (bendera dll): kain itu berwarna hijau dan ~nya merah; 3. ki rupa (bentuk, sifat, dll): hasil usahanya telah menukarkan ~ pertanian di negeri itu; bercorak 1. berbunga-bunga (barang tenun­an, anyaman, dll), beragi: kain ~; 2. berwarna-warna (berbunga-bunga) pd tanah kain (bendera dll): kain merah yg ~ putih; 3. ki berupa (bersifat, berbentuk, berfaham, dll): menimbulkan perselisihan yg ~ perkauman; filem Indonesia ~ ketimuran; mencoraki menjadi corak pd (bagi), menjadi ciri asas pd (bagi), mewarnai: pergantungan ~ hubungan antara negara membangun dgn negara perindustrian Barat; mencorakkan 1. memberi bercorak: kanak-kanak bagai kain putih boleh dicorakkan dan diwarna-warnikan; 2. ki membentuk (sifat, rupa, ciri-ciri, dll sesuatu) memberikan sifat-sifat yg tertentu kpd: perasaan itu biasanya dicorakkan oleh keadaan; pencorakan perihal (perbuatan dsb) men­corakkan; pencorak orang (faktor, unsur dsb) yg menentukan corak (rupa, sifat, keadaan dsb) sesuatu: kita merupakan ~ masyarakat yg telah diamanahkan utk membela nasib dan masa depan anak-anak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[co.ra/] | چورق

Definisi : ; ~-carik koyak-koyak, cobak-cabik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[co.ra/] | چورق

Definisi : 1 gambar-gambar atau ragi pd kain (anyaman dsb): Kain ini tidak berapa bagus ~nya. 2 pelbagai warna pd warna dasar (ttg kain dll): Kain langsir itu tanahnya putih, ~nya merah. 3 ki rupa (bentuk, sifat) yg tertentu: Sejak itu, Aladin yg dahulunya sangat miskin telah bertukar ~ menjadi kaya. bercorak 1 bergambar atau beragi (ttg kain dsb): Kainnya ~ belang sawa. 2 berwarna pd tanah kain: kain merah yg ~ putih. 3 ki berupa (bersifat dll): Orkes itu sering memainkan lagu-lagu yg ~ Timur Tengah. Pemerintahan negara itu ~ demokrasi. mencorakkan 1 memberi bercorak: Kita boleh ~ kain putih dgn berbagai-bagai warna. 2 ki memberikan sifat-sifat tertentu; membentuk: Ibu bapalah yg bertanggungjawab ~ anak-anak mereka. pencorak orang, faktor, unsur dsb yg mencorakkan sesuatu atau seseorang: Sbg ~ masyarakat, kita bertanggungjawab membela anak-anak yg kurang bernasib baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata corak

Puisi
 

Kain pelikat corak bersegi;
     Isi di dulang hendak dihantar;
Kalau pemikat baik budi,
     Burung terbang pulang ke sangkar.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai kain menunjukkan corak bangsanya.

Bermaksud :

Rupa dan gaya seseorang menunjukkan asal usulnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chequer stitchjahit damKesenianTiadaJahit penuh yang digunakan dalam renda biku untuk corak-corak seperti flora dan buah-buahan.
woven fencepagar anyamLandskapTiadaPagar kayu yang bahagian panelnya terdiri daripada kepingan kayu yang dianyam seperti bakul mengikut corak-corak tertentu.
corak mata biliscorak mata bilisKesenianTiadaCorak anyaman berunsur haiwan berbentuk mata ikan bilis, lazimnya dianyam gadas dengan dua warna dan apabila dianyam untuk tikar dinamakan corak mata bilis manakala anyaman pada bakul dan lain-lain dinamakan mata bilis.
moiremoire; corak berombakPentadbiran PerniagaanTiada2. Corak berombak: Corak yang mempunyai garis berombak yang dicetak ke atas setem untuk tujuan keselamatan.
kendikkendikKesenianTiadaCorak halus yang menjadi sempadan antara satu corak dengan corak yang lain.
corakcorakKesenianTiada2. Bahagian yang diretas untuk mendapatkan reka bentuk yang dikehendaki.
corakcorakKesenianTiada1. Gabungan satu atau lebih motif yang direka letak dengan kedudukan sama ada melintang, menegak, menyerong atau bertaburan dengan warna-warna khusus terdapat dalam seni ukir, seni tulen, seni batik, seni anyam, seni tekat dan seni sulam.
figurecorakPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanTanda pada permukaan kayu yang dipotong, yang dihasilkan daripada susunan unsur-unsur dalam kayu seperti ruji, gelang pertumbuhan, buku, ira ataupun variasi warna asal kayu. Bentuk corak ini digunakan untuk menerangkan rupa kayu seperti corak beralun, corak jejalur atau corak bintik. Cara pemotongan yang berlainan pada spesies kayu yang sama menghasilkan corak yang berbeza.
corak titikcorak titikKesenianTiadaCorak tembikar berunsur geometri berbentuk titik-titik dalam pelbagai motif.
corak berdiricorak berdiriKesenianTiadaCorak tembikar berunsur geometri berbentuk garis tegak berdiri.
12345678910...

Kembali ke atas