Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. ragi atau bunga-bunga pd kain (barang anyaman, tenunan, dll): besar-besar ~ kain batiknya; ~ damdam corak yg berpetak-­petak empat segi (corak tapak catur); 2. warna (bunga-bunga) pd tanah kain (bendera dll): kain itu berwarna hijau dan ~nya merah; 3. ki rupa (bentuk, sifat, dll): hasil usahanya telah menukarkan ~ pertanian di negeri itu; bercorak 1. berbunga-bunga (barang tenun­an, anyaman, dll), beragi: kain ~; 2. berwarna-warna (berbunga-bunga) pd tanah kain (bendera dll): kain merah yg ~ putih; 3. ki berupa (bersifat, berbentuk, berfaham, dll): menimbulkan perselisihan yg ~ perkauman; filem Indonesia ~ ketimuran; mencoraki menjadi corak pd (bagi), menjadi ciri asas pd (bagi), mewarnai: pergantungan ~ hubungan antara negara membangun dgn negara perindustrian Barat; mencorakkan 1. memberi bercorak: kanak-kanak bagai kain putih boleh dicorakkan dan diwarna-warnikan; 2. ki membentuk (sifat, rupa, ciri-ciri, dll sesuatu) memberikan sifat-sifat yg tertentu kpd: perasaan itu biasanya dicorakkan oleh keadaan; pencorakan perihal (perbuatan dsb) men­corakkan; pencorak orang (faktor, unsur dsb) yg menentukan corak (rupa, sifat, keadaan dsb) sesuatu: kita merupakan ~ masyarakat yg telah diamanahkan utk membela nasib dan masa depan anak-anak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~-carik koyak-koyak, cobak-cabik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 gambar-gambar atau ragi pd kain (anyaman dsb): Kain ini tidak berapa bagus ~nya. 2 pelbagai warna pd warna dasar (ttg kain dll): Kain langsir itu tanahnya putih, ~nya merah. 3 ki rupa (bentuk, sifat) yg tertentu: Sejak itu, Aladin yg dahulunya sangat miskin telah bertukar ~ menjadi kaya. bercorak 1 bergambar atau beragi (ttg kain dsb): Kainnya ~ belang sawa. 2 berwarna pd tanah kain: kain merah yg ~ putih. 3 ki berupa (bersifat dll): Orkes itu sering memainkan lagu-lagu yg ~ Timur Tengah. Pemerintahan negara itu ~ demokrasi. mencorakkan 1 memberi bercorak: Kita boleh ~ kain putih dgn berbagai-bagai warna. 2 ki memberikan sifat-sifat tertentu; membentuk: Ibu bapalah yg bertanggungjawab ~ anak-anak mereka. pencorak orang, faktor, unsur dsb yg mencorakkan sesuatu atau seseorang: Sbg ~ masyarakat, kita bertanggungjawab membela anak-anak yg kurang bernasib baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata corak

Puisi
 

Kain pelikat corak bersegi;
     Isi di dulang hendak dihantar;
Kalau pemikat baik budi,
     Burung terbang pulang ke sangkar.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai kain menunjukkan corak bangsanya.

Bermaksud :

Rupa dan gaya seseorang menunjukkan asal usulnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Corak pemikiran kalam tafsir Al-AzharPustaka PanjimasTiada1990. 
Corak perumahan tradisional berkepadatan tinggi : perkampungan di sepanjang Pantai Barat Semenanjung MalaysiaPenerbit Universiti Sains MalaysiaTiada2001983-9700-98-7
CorakWira Bukit dan Institut Terjemahan Negara Malaysia BerhadTiada2008978-983-43750-03
Corak dan Ragi: Tenun Melayu Riau Tiada2003979-9246-55-5
Corak MasyarakatAbdullah SidekTiada1953 
Corak perumahan tradisional berkepadatan tinggiPenerbit Universiti Sains MalaysiaTiada2001983-9700-98-7
Corak songket, pokok mengkuang pandan minyak dan bakul mengkuangDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Corak rancangan pengajaranDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1987 
Warisan motif dan corak etnik Sabah : himpunan artikel motif dan corak etnik SabahUniversiti Malaysia SabahTiada2007978-983-2369-56-1
Manajemen corak Jepang Tiada1987 
123

Kembali ke atas