Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata corak I 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, adakah ayat-ayat berikut betul/gramatis? 1. Dia demam kerana bermain hujan. 2. Corak batik yang menarik menjadi tarikan ramai. 3. Corak batik yang menarik menjadi tarikan orang ramai.Ketiga-tiga ayat tidak gramatis. Ayat tersebut boleh diperbaiki menjadi "Dia demam kerana bermain semasa hujan" dan "Corak batik yang menarik menjadi tarikan orang ramai.Tatabahasa09.05.2013
apakah maksud banyak ragam?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, ragam bermaksud 1. tingkah, cara, laku, olah 2. jenis, macam 3. lagu, langgam 4. corak, ragi, warna. Oleh itu, banyak ragam boleh bermaksud banyak cara, banyak jenis, banyak corak dan sebagainya bergantung pada konteks penggunaannya. Makna10.02.2011
soalan 1. ground contact time : bagaimana untuk menterjemah ke Bahasa Melayu? soalan 2. BM untuk perkataan "Cadence" dalam bidang sukan?1. Untuk makluman tuan, tiada padanan khusus terjemahan bagi frasa ground contact time dalam data kami. Walau bagaimanapun, dalam data kami terdapat istilah contact time yang padanan bahasa Melayunya ialah masa sentuh yang digunakan dalam bidang kejuruteraan. Manakala ground pula bermaksud bumi atau tanah. Untuk terjemahan frasa tersebut, pihak tuan perlu sesuaikan dengan konsep dan bidang yang hendak disampaikan.

2. Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi cadens ialah kadens, iaitu corak irama dan rentak nada, dan selang senyap yang dijana oleh isyarat suara dalam pemprosesan suara atau telefon berasas suara. Contohnya pemanggil akan mendengar corak kadens seperti dua kali nada dan satu senyap (mungkin 2 saat) yang digunakan dalam bidang teknologi maklumat.

Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cadence untuk lebih lanjut.
Penyemakan dan penterjemahan05.11.2014
cindai

Sdr. Ibnu Salam,

CINDAI membawa maksud -  1. sj kain sutera berbunga-bunga (warnanya menyerupai warna ular sawa): Laksamana pun memakailah serba hitam, berbaju hayat memakai ~ pd bahunya; 2. bengkung (ikat pinggang, sabuk) drpd kain cindai; ~ betina = ~ sari cindai yg agak kasar tenunannya dan kecil corak bunganya; ~ hari sj cindai kembang; ~ jantan cindai yg halus dan besar corak bunganya; mati berkapan ~ prb mati dgn nama yg baik (dipuji, dihormati, dll).

 

Makna04.10.2010
Huraian tentang kebudayaan: 1. Adat resam berbilang kaum dan suku kaum 2. Bentuk, corak dan ciri-ciri di dalam bidang tarian, drama,muzik dan seni tampak. 3. Falsafah-falsafah dalam kesenianSila rujuk bahan ini : 1. Asas pemikiran kebudayaan Malaysia A. Aziz Deraman Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2005 2. Beberapa Aspek Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia Aziz Deraman Kementerian Kebudayaan Belia & Sukan 1998 3.Ideologi dan kebudayaan kebangsaan Jabatan Pengajian Melayu 1985 4.Kebudayaan Kebangsaan Siti Razmah Hj. Idris Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996 5.Kebudayaan rakyat di Malaysia Zakaria Abdullah PAM Publishing 1992 6.Adat resam dan adat istiadat Melayu Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1986Lain-lain20.06.2007
apakah maksud karakter?

Saudara,

Perkataan tersebut bermaksud n 1. (in writing) huruf, aksara: Chinese ~s, huruf Cina; 2. mental and moral make-up, peribadi, sifat, watak: she has a strong ~, dia mempunyai peribadi yg tegas; ~ building, pembentukan peribadi; 3. moral strength, peribadi yg tinggi: a man of ~, seorang yg mempunyai peribadi yg tinggi; 4. distinguishing feature, ciri, sifat: a house with a ~ of its own, sebuah rumah yg mempunyai ciri yg tersendiri; 5. style, corak: the film changes in ~ half-way through, filem itu bertukar corak pd pertengahan cerita.

Tidak diberi padanan 'karakter' dalam bahasa Melayu.

Makna16.09.2010
Mohon pencerahan perbezaan antara KEPIMPINAN dan KEPEMIMPINAN?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud;
1. kepimpinan = keupayaan memimpin (Contoh: "Kepimpinan melalui teladan")
2. kepemimpinan = keupayaan (kebolehan, pencapaian, dsb) sbg. pemimpin, daya (tindaktanduk, kecekapan, dsb. ) seseorang pemimpin: dalam pentadbirannnya.
(Contoh ayat: Dr. Mahathir berusaha membawa corak kepemimpinan yang berbeza daripada pemimpin-pemimpin sebelumnya.) 
Tatabahasa02.12.2014
Saya ingin pertolongan anda untuk mencari kesalahan-kesalahan-kesalahan yang terdapat di ayat tersebut : 1.Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada pada ibu negara berkenaan. 2.Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kuantiti. 3.Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain. 4. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam,akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di muka perbicaraan. 5.Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan takat keselamatan diri mereka sendiri. 6.Pada masa ini,bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk Akan dibaik puluh bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita. 7.Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara.Ayat yang telah dibetulkan adalah seperti yang berikut:
1.Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada di ibu negara berkenaan.
2.Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut amat mengutamakan kualiti.
3.Pemilik kilang yang masih berdegil dan membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitamkan supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain.
4. Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh orang awam, akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di mahkamah.
5.Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan  keselamatan diri mereka sendiri.
6.Pada masa ini,bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik pulih bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.
7.Peminat bola sepak itu sedang membincangkan corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua kumpulan bola sepak dari luar negara.
Tatabahasa06.10.2014
1. Dua orang pemuda telah tersesat di dalam hutan yang "lebat" itu. 2. Hutan rimba di negara kita subur dan 'lebat". Penggunaan perkataan "lebat" dalam kedua-dua ayat ini betul atau salah ? Terima kasih.

Penggunaan kata lebat dalam kedua-dua ayat tersebut kurang tepat. Dalam Kamus Dewan, lebat bermaksud: 1. banyak dan rapat tumbuhnya (rambut, bulu, buah, daun, dll); 2. banyak lagi tebal (hujan, embun, dll); 3. banyak lagi penuh (bkn corak kain dsb). Lazimnya kita menyebut hutan yang tebal, namun jika soalan ini berkaitan dengan peperiksaan, sila rujuk dengan pihak yang berkaitan seperti sekolah atau Lembaga Peperiksaan.

Tatabahasa30.11.2011
Saya ada satu kemusykilan. Adakah perkataan 'kaleidoskop' juga membawa maksud 'pelbagai peristiwa yang telah berlaku pada sesuatu tahun'? Terima kasih.Tuan,

Mengikut Kamus Dewan, kaleidoskop bermaksud:

1. sejenis alat mainan (berbentuk tiub, dengan lubang kecil pada satu peng­hujung) yang membolehkan seseorang melihat corak tertentu yang berwarna-warni (melalui lubang tersebut) apabila tiub itu diputarkan;
2. pola warna, imej, dan sebagainya yang sering berubah dengan cepat.
Istilah08.06.2019
12

Kembali ke atas