Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cotek


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Ficus deltoideamas cotekHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis renek daripada famili Moraceae yang tumbuh liar di kawasan terdedah, tepi pantai atau menumpang di atas pokok lain. Tumbuhan ini dikenali juga sebagai serapat angin dan telinga beruk. Mas cotek didapati tumbuh di kawasan tanah pamah hingga tanah tinggi sehingga lebih kurang 700 meter dari aras laut. Daunnya tebal berbentuk deltoid. Urat daunnya bercabang tiga, di permukaan atas dan bawah daun terdapat titik kecil berwarna perang seperti karat. Titik tersebut terletak pada pangkal cabang urat daun. Jambak bunganya jenis sinkonium, tumbuh keluar di celah daun. Daun pokok ini digunakan untuk merawat penyakit paru-paru berair dan untuk ibu selepas bersalin bagi mengecutkan rahim dan membaiki sistem peranakan.
Ficus deltoideaMas cotek Serapat angin, telinga berukPertanianTiadaTumbuhan jenis renek daripada famili Moraceae yang tumbuh liar di kawasan terdedah, tepi pantai dan juga menumpang di atas pokok. Pokok ini didapati tumbuhan di kawasan pamah hingga tanah tinggi hingga kira-kira 700 m dari aras laut. Daunnya tebal berbentuk deltoid. Urat daun bercabang tiga, di permukaan atas dan bawah daun terdapat titik kecil berwarna perang seperti karat. Titik tersebut terletak pada pangkal cabang urat daun. Jambak bunga jenis sinkonium dikeluarkan di celah daun. Daun pokok ini digunakan untuk merawat penyakit paru-paru berair dan wanita yang baru melahirkan anak untuk mengecutkan rahim dan membaiki sistem peranakan.
obovateobovatHerbaBotani dan BioteknologiBentuk daun yang bujur atau ovat terbalik. Contohnya, daun mas cotek atau serapat angin (Ficus deltoidea) dan daun gajus (Anacardium occidentale).
medicinal planttumbuh-tumbuhan berubatHerbaTiadaTumbuh-tumbuhan liar atau tanaman ladang yang digunakan untuk tujuan perubatan. Contohnya, pegaga, patawali, serai wangi, mas cotek, tongkat ali dan pokok pulai.
DomesticationDomestikasiPertanianTiadaAktiviti penanaman tumbuhan yang diambil daripada habitat liar ke tapak tanaman yang berbeza daripada habitat asalnya. Tumbuhan tersebut dipelihara supaya boleh hidup dengan baik seperti di habitat semula jadinya. Tujuan utamanya adalah untuk pemuliharaan genetik, pembiakbakaan dan pertanian. Contohnya, tongkat ali, kacip fatimah dan mas cotek yang berasal daripada hutan yang ditanam di ladang.
domesticationdomestikasiHerbaBotani dan BioteknologiAktiviti penanaman tumbuhan yang diambil daripada habitat liar ke tapak tanaman yang berbeza daripada habitat asalnya. Tumbuhan tersebut dipelihara supaya boleh hidup dengan baik seperti di habitat semula jadinya. Tujuan utamanya adalah untuk pemuliharaan genetik, pembiakbakaan dan pertanian. Contohnya, tongkat ali, kacip fatimah dan mas cotek yang berasal dari hutan ditanam di ladang.

Kembali ke atas