Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cua.ca] | چواچ

Definisi : keadaan udara (cahaya matahari, angin, hujan, tekanan udara, dll) di sesuatu tempat pd sesuatu ketika tertentu: ~ baik; ~ gelap; ~ terang; mendengar laporan keadaan ~ melalui radio; ilmu kaji ~ pengetahuan bkn keadaan udara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cua.ca] | چواچ

Definisi : keadaan udara (cahaya matahari, angin, hujan dsb) di sesuatu tempat pd ketika tertentu: ilmu kaji ~ pengetahuan ttg keadaan cuaca; kaji cuaca. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuaca

Puisi
 

Bintang di timur cuaca baik,
     Cahayanya sampai ke hutan seberang;
Mulut manis hatinya baik,
     Itulah budi dikenang orang.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
weather forecastramalan cuacaMeteorologiMeteorologi PerhubunganRamalan keadaan atmosfera dengan merujuk pada satu unsur cuaca atau lebih. Terdapat pelbagai jenis ramalan cuaca. Antaranya termasuk ramalan harian, ramalan jangka sangat pendek, ramalan jangka pendek, ramalan jangka pertengahan, ramalan jangka panjang, ramalan panjangan, ramalan tempatan, ramalan wilayah, ramalan cuaca marin, ramalan cuaca penerbangan, ramalan berangka, ramalan statistik, dan ramalan klimatologi. Juga disebut ramalan meteorologi.
surface observationcerapan permukaanSainsHidrometeorologiCerapan meteorologi, selain cerapan udara atas, yang dilakukan oleh pencerap di atas permukaan bumi. Jenis utama cerapan permukaan ialah cerapan cuaca sinoptik, cerapan cuaca penerbangan dan cerapan cuaca samudera; cerapan iklim boleh juga dimasukkan ke dalam cerapan permukaan.
surface observationpencerapan permukaanMeteorologiMeteorologi PerhubunganPencerapan meteorologi, selain pencerapan udara atas, yang dilakukan oleh pemerhati di atas permukaan bumi. Jenis utama pencerapan permukaan ialah pencerapan cuaca sinoptik, pencerapan cuaca penerbangan dan pencerapan cuaca marin. Pencerapan klimatologi boleh juga digolongkan dalam pencerapan permukaan.
weather lorekias cuacaMeteorologiMeteorologi PerhubunganKaedah ramalan cuaca yang berdasarkan pengalaman yang dinyatakan dalam bentuk puisi yang merupakan keadaan alamiah setempat. Umumnya kias cuaca bersifat tradisi dn kegunaan serta ketepatan ramalannya amat berbeza. Contohnya: "Langit pagi berwarna merah petanda cuaca tidak cerah'
weather reportlaporan cuacaMeteorologiMeteorologi PerhubunganLaporan tentang unsur-unsur meteorologi yang dicerap pada masa dan tempat tertentu. Unsur-unsur meteorologi yang dicerap bergantung pada kegunaan laporan cuaca yang dikehendaki. Laporan cuaca merupakan suatu rekod pencerapan dan bukan suatu ramalan.
prognosisprognosisSainsHidrometeorologiKeputusan peramal cuaca berkenaan keadaan cuaca yang akan datang yang didasarkan pada analisis.
fair weathercuaca baikMeteorologiMeteorologi PerhubunganCuaca yang mempunyai ciri-ciri yang berkut dalam ramalan cuaca; i. tiada kerpasan, ii. tutupan awan yang terdiri daripada jenis awan rendah yang kurang daripada 0.4 atau 3 okta, dan iii. tiada keadaan yang keterlaluan dari segi keberawanan, ketampakan, atau angin.
automatic weather stationstesen cuaca automatikMeteorologiMeteorologi PerhubunganStesen cuaca yang merakamkan serta memancarkan unsur-unsur cuaca secara automatik.
significant weather chartcarta cuaca berertiMeteorologiMeteorologi PerhubunganCarta cuaca ramalan yang hanya meliputi ciri utama awan, cuaca, pengaisan, dan golakan.
weather minimumminimum cuacaMeteorologiMeteorologi PerhubunganKeadaan cuaca buruk yang masih membolehkan operasi penerbangan dikendalikan mengikut prosedur visual atau penerbangan alatan. Minimum cuaca biasanya merangkumi siling menimum, ketampakan minimum atau bencana tertentu.
12345678910...

Kembali ke atas