Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ka] | چوک

Definisi : cairan yg masam rasanya (biasanya dibuat drpd nira kabung, nyiur, dll); ~ belanda cuka yg dibuat drpd anggur dll melalui proses kimia, asid asetik; ~ getah asid utk membekukan getah, asid formik; ~ jawa cuka yg dibuat drpd nira; minum ~ pagi hari = ~ diminum pagi hari prb bermuka masam kerana benci atau marah akan sesuatu; mencuka ki menjadi masam spt cuka (bkn wajah, muka) kerana marah, geram, dll: Cik Zabedah mengekorinya dgn wajah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ka] | چوک

Definisi : cairan yg masam rasanya (biasa­nya dibuat drpd nira). ~ getah asid utk membekukan getah; asid formik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuka

Puisi
 

Ikan tenggiri makan menyambar,
     Cuka-cuka dalam peti;
Bila berpucuk daunnya lebar,
     Akar menjalar ke sana ke mari.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bak tengguli ditukar cuka.

Bermaksud :

Pertukaran yang amat bertentangan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
synthetic vinegarcuka tiruanMakanan dan PemakananTeknologi MakananCampuran asid asetik gred makanan dengan air. Cuka ini mengandungi antara 4% hingga 12.5% asid asetik dan boleh mengandungi bahan pengawet, karamel, dan rempah. Sinonim cuka buatan.
vinegar productionpenghasilan cukaBioteknologiTiadaFermentasi oksidatif menggunakan larutan cair etanol yang dioksidakan menjadi asid dan air oleh Acetobacter dengan kehadiran oksigen atau udara. Kebanyakan penghasilan cuka melibatkan strain bakteria yang menunjukkan toleransi terhadap kepekatan cuka yang tinggi.
aromatic vinegarcuka beraromaKimiaTiadaCuka yang diperoleh melalui penyulingan dietanoat kuprum.
artificial vinegarcuka buatanMakanan dan PemakananTeknologi MakananLihat cuka tiruan.
distilled vinegarcuka sulingMakanan dan PemakananTeknologi MakananCecair yang diperoleh daripada penyulingan cuka. Cecair ini boleh mengandungi bahan pengawet, karamel, dan rempah.
vinegarcukaMakanan dan PemakananTeknologi MakananCecair yang disediakan daripada penapaian beralkohol yang diikuti dengan penapaian asetus bahan makanan yang sesuai. Cuka hendaklah mengandungi tidak kurang daripada empat peratus asid asetik dan boleh mengandungi bahan pengawet, karamel, dan rempah.
vinegarcukaPerubatanTiadaTiada
vinegarcukaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
vinegarcukaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
wood vinegarcuka kayuPerhutananTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas