Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.kai] | چوکاي

Definisi : 1. bayaran (bea, sumbangan) yg dikena­kan oleh kerajaan terhadap orang perseorang­an (perbadanan, syarikat, barang-barang, dll) utk perbelanjaan negara dll: ~ belian; ~ eksport; 2. = cuke Id bahagian drpd hasil tanah persendirian yg dikutip oleh tuan tanah; ~ belian cukai tak langsung yg dikenakan terhadap harga borong barang tertentu yg bukan barang perlu, biasanya dibayar oleh pengguna kpd peruncit yg akan membayar cukai kpd kerajaan; ~ eksport cukai yg dikenakan ke atas barang yg dieksport; ~ hiburan cukai yg dikenakan terhadap sesuatu bentuk hiburan (spt kelab malam, pawagam, dsb); ~ jalan cukai yg dikenakan terhadap kenderaan darat bermotor; ~ jualan cukai yg dikenakan terhadap barangan yg dijual yg bebannya terletak secara langsung pd pembeli; ~ korporat cukai syarikat; ~ laba harta tanah cukai terhadap laba drpd penjualan harta tanah; ~ langsung cukai yg dikenakan terus kpd pembayar cukai yg akan menjelaskannya kpd kerajaan (mis cukai pendapatan dan cukai laba harta tanah); ~ pelindung cukai atas barang-barang import utk melindungi barang­barang tempatan (utk mengelakkan persaing­an yg boleh mengancam pengeluaran barang-­barang tempatan); ~ pendapatan cukai yg dikenakan terhadap pendapatan; ~ perkhidmatan cukai yg dikenakan pd barang spt makanan dan minuman, atau perkhidmatan yg disediakan oleh perniagaan tertentu spt hotel, kelab malam, pusat kesihatan, dll; ~ pintu cukai yg dikenakan terhadap pemilik rumah; ~ progresif cukai yg kadar puratanya semakin tinggi apabila pendapatan seseorang semakin tinggi; ~ regresif cukai yg kadar puratanya semakin rendah apabila pendapatan seseorang semakin tinggi; ~ syarikat cukai yg dikenakan terhadap (keuntungan) syarikat; ~ tak langsung cukai yg dibayar oleh pembayar cukai melalui pembelian barang atau perkhidmatan (mis cukai jualan, cukai eksais, cukai import, cukai eksport, dll); ~ tanah cukai yg dikenakan atas pemilikan tanah; ~ tersembunyi cukai tak langsung yg dibayar oleh pengguna dgn menaikkan harga barang yg dijual tanpa pengetahuan pengguna; ~ warisan cukai yg dikenakan terhadap orang yg menerima harta pusaka; bercukai dikenakan cukai: barang ~; mencukai mengenakan cukai terhadap, mengutip cukai drpd: negara boleh mendapat wang dgn ~ orang ramai; percukaian yg berkaitan dgn cukai: spt biasa, struktur ~ paling menarik perhatian di kalangan rakyat jelata; pencukaian 1. perbuatan (prinsip dsb) men­cukai, pengenaan cukai terhadap: ~ secara langsung mempengaruhi kehidupan manusia; 2. yg berkaitan dgn cukai-mencukai: karya asli dlm bidang ~ di Malaysia yg pertama ditulis dlm bahasa Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.kai] | چوکاي

Definisi : bayaran yg dikenakan oleh kerajaan kpd orang perseorangan, perbadanan dsb mengikut pendapatan (kadar pembelian, nilai tanah dll) utk perbelanjaan negara. ~ eksport cukai yg dikenakan terhadap barang yg dieksport. ~ kastam cukai yg dipungut oleh kerajaan atas barang-barang yg diimport atau di­eksport. ~ pendapatan cukai yg dikenakan atas pendapatan se­seorang. ~ pintu cukai yg dikenakan kpd pemilik rumah (di bandar). bercukai dikenakan cukai: barang ~. mencukai mengenakan cukai atas; memungut cukai drpd: Kerajaan sepatutnya ~ minuman keras, rokok dsb dgn lebih tinggi lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cukai


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Cukai-cukai tidak langsungTiadaDewan Masyarakat15 December 1974
Cukai-cukai langsungTiadaDewan Masyarakat15 December 1974
Cukai ke atas pendapatan syarikatMansor Md. IsaDewan Ekonomi1 January 1995
Cukai pendapatan dan para penulisIsmail AhmadDewan Sastera15 January 1984
Cukai individu boleh dirancangJosephine Avelind NoyemDewan Ekonomi1 April 1996
Penghapusan cukai: rangsang pemilikan hartanahShamsuddin Abdul KadirDewan Ekonomi1 June 2007
Kutipan cukai pendapatanArmin Azhari SalehDewan Masyarakat1 March 1994
Taksir cukai sendiriZaiton NasirDewan Budaya1 September 1990
Pengecualian cukai pelaburanMansor Md. IsaDewan Ekonomi1 March 1995
Pengecualian cukai: kelegaan, permasalahan dan cabaranAbdul AhmadDewan Sastera1 December 1991
123

Kembali ke atas