Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cukai 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
requisition noticenotis tuntutanPentadbiran PerniagaanTiada1. Notis tuntutan: Cukai atau hutang yang dituntut oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri melalui notis. Misalnya cukai untung harta tanah dan hutang di bawah seksyen 108 5. Akta Cukai Pendapatan.
assessable incomependapatan boleh taksirPentadbiran PerniagaanTiada1. Pendapatan yang boleh ditaksir untuk tujuan cukai.
grosskasarMatematikTiada1. Berkaitan dengan berat sesuatu barang termasuk berat bekas atau pembungkusnya. 2. Berkaitan dengan keuntungan yang dihitung sebelum memotong kos overhed, belanja dan cukai.
leakagebocoranEkonomiTiada1.����� Aliran keluar perbelanjaan daripada aliran pusingan pendapatan sesebuah ekonomi yang mengurangkan tingkat pendapatan negara. Misalnya, import mengurangkan perbelanjaan keluaran dalam negeri, manakala cukai dan tabungan mengurangkan perbelanjaan penggunaan. 2. Aliran keluar dana kewangan daripada sistem bank yang boleh mengurangkan perkembangan stok wang. Misalnya, apabila orang ramai lebih gemar memegang wang tunai daripada menyimpannya sebagai deposit bank.
allowanceselaunEkonomiTiada1.Tambahan kepada pendapatan tetap seperti elaun keraian, elaun rumah, dan elaun perkhidmatan awam. 2. Peruntukan untuk tujuan sebahagian daripada pendapatan yang dikecualikan daripada cukai. Peruntukan ini diberikan untuk diri, berasaskan pengecualian isteri, anak, dan tanggungan.
abstract numbernombor abstrakPerhutananPengurusan HutanNombor yang disusun secara ringkas seperti 1, 2, 3, 4, 5 � yang digunakan bagi penyata cukai hasil kayu yang dikeluarkan daripada kawasan hutan.
North America Free Trade Agreement (NAFTA)Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika UtaraSains PolitikHubungan AntarabangsaPerjanjian yang ditandatangani pada tahun 1992 oleh negara Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat. Perjanjian ini mula dilaksanakan pada 1 Januari 1994. Tujuannya adalah untuk menubuhkan zon perdagangan bebas di Amerika Utara dan menghapuskan cukai tarif bagi kebanyakan barangan yang dihasilkan oleh negara yang menandatangani persetujuan tersebut. Perjanjian tersebut menganjurkan penghapusan secara beransur-ansur halangan kepada pelaburan dan pergerakan barangan serta perkhidmatan antara ketiga-tiga negara tersebut dalam tempoh 15 tahun. Antara sektor yang terlibat ialah pertanian, automobil, perkilangan tekstil, telekomunikasi, perkhidmatan kewangan, tenaga dan pengangkutan lori. Walau bagaimanapun, perjanjian ini telah dikritik sebagai penyebab kehilangan pekerjaan di Amerika Syarikat kerana banyak industri di negara tersebut telah memindahkan kilang mereka ke Mexico. Pada masa yang sama, perjanjian ini memberi kesan yang negatif kepada ekonomi beberapa buah negara Caribbean yang mengeksport barangan mereka ke Amerika Syarikat dan kini terpaksa bersaing dengan eksport Mexico yang bebas cukai. Sinonim NAFTA.

Kembali ke atas