Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.kup] | چوکوڤ

Definisi : 1. tidak kurang (bilangan, banyak, besar, dll), sampai jumlahnya (besarnya dll), pada: pinggan mangkuk kita tidak ~, orang yg datang terlalu banyak; 2. sampai betul, genap (masa, usia, dll): hari Rabu ini ~lah empat puluh empat hari ia meninggal; ~ bulan a) genap sembilan bulan (mengandung); b) akhir bulan (hari gaji); ~ umur sudah akil baligh, sudah dewasa; 3. lengkap, sempurna (tidak ada kurangnya): putera kita ini sudahlah besar, dan ~ berakal; rumah itu ~ dgn perabotnya sekali; 4. sudah pd dgn itu (begitu) sahaja: kesukaan anaknya kpd Mariah telah ~ buat menundukkan hati nyonya itu; 5. sangat, lebih drpd yg memadai atau yg dijangka: badanku terasa ~ penat; mukanya ~ masam; 6. tidak kurang atau tidak lebih, lumayan, sedang: hasil yg diperolehnya boleh dikatakan ~lah buat mereka berdua; ~ keperluan sendiri tidak perlu apa-apa dr luar (segala keperluan dikeluarkan sendiri); 7. bp tidak kekurangan, agak kaya, berada: ayahnya orang yg ~; secukup; ~ hidup cukup utk membiayai perbelanjaan hidup sahaja; mencukupi 1. memadai, lengkap (keperlu­an, keinginan, dll): binatang itu memerlukan makanan yg ~; apabila sudah diperolehnya habuan-habuan yg ~, tinggallah mereka setahun dua di darat; 2. tidak kurang (utk sesuatu hal, keperluan, dll): buku kecil ini tentulah tidak ~ utk menerangkan segala-galanya; pendapatannya tidak ~ utk keperluan hidup diri dan keluarga; 3. bagi menjawab atau membalas (biasanya bkn jawaban dlm surat-menyurat): ~ surat tuan; mencukupkan menjadikan (memandang) cukup, melengkapkan, memadakan, menam­bah supaya cukup: utk ~ pendapatannya, ia perlu bekerja dgn lebih keras lagi; kerana hendak ~ belanja itu, terpaksalah ia mencari wang lagi; kecukupan ada apa yg diperlukan, tidak ke­kurangan: orang datang begitu banyak sehingga meja dlm restoran itu tidak ~; orang boros tentu saja tidak ~ belanja; berkecukupan tidak kekurangan, cukup segala yg diperlukan; ketidakcukupan perihal tidak cukup: alasan ~ peruntukan wang juga boleh diatasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.kup] | چوکوڤ

Definisi : 1 tidak kurang (bilangannya, banyaknya dll) drpd yg sepatutnya; sempurna: Lebarnya sudah ~ tetapi panjangnya kurang sedikit. 2 tidak kurang dan tidak lebih drpd; genap (umurnya, waktunya dll): Tahun ini, umurnya ~ dua puluh tahun. 3 tidak ada apa-apa yg kurang; ada serba-serbi; lengkap: Rumah itu ~ dgn bilik tamu dan kolam renangnya sekali. 4 lebih drpd yg sepatutnya; sangat: Badannya ~ panas. 5 sudah pada dgn itu saja (tidak perlu dgn yg lain-lain lagi): ~lah dgn memberitahu saya saja, tidak perlu menemui guru besar. 6 ki tidak kekurangan apa-apa; agak kaya; berada. ~ bulan a. sudah sampai sembilan bulan mengandung. b. genap sebulan (umumnya hari gaji pd akhir bulan). ~ umur akil baligh. cukup-cukup tidak lebih dan tidak kurang; kadar yg cukup saja. mencukupi 1 tidak kurang utk sesuatu keperluan; cukup utk: Hasil beras negara kita hampir-hampir ~ keperluan dlm negara. 2 memadai atau memenuhi syarat-syaratnya dll: Asal ~ syaratnya, kita terimalah. mencukupkan menjadikan cukup; memadakan; menggenapkan: Dia berusaha ~ wang biasiswa yg diterima­nya setiap bulan. pencukup sesuatu yg mencukupkan. ~ ayat ist kata-kata yg ditambahkan pd sesuatu ayat utk me­nerangkan ayat itu lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cukup

Puisi
 

Cukup panjang tali timba,
     Susah diukur susah didepa;
Ulat bergulung di hutan rimba,
     Rezeki nak putus dari saya.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Dialas bagai memengat.

Bermaksud :

Berkata dengan cukup alasan. memengat = memasak pengat.

 

Lihat selanjutnya...(34)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
scrape~ /in, into/, cukup-cukup utk melayakkan: she ~d into college with minimum qualifications, kelulusannya yg minimum itu cukup-cukup utk melayakkannya masuk kolej tersebut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
properadv; good and~, cukup-cukup: he was beaten good and ~, dia dibelasah cukup-cukup.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
proper4. (colloq), (of st unpleasant) thorough, cukup-cukup; (ref to feeling) cukup: he got a ~ lecture from his father, dia kena marah cukup-cukup oleh ayahnya; she felt a ~ fool, dia berasa cukup bodoh; 5. natural, characteristic, wajar: she enjoyed all the privileges ~ to a private secretary, dia menikmati semua kemudahan yg wajar bagi seorang setiausaha sulit; the festivities ~ to Christmas, perayaan yg wajar utk Hari Krismas; 6.well-behaved, tertib: he seems to be a very ~ young man, nampaknya dia seorang pemuda yg sangat tertib;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
squeeze ~ through, a. see vi;, b. only just able to pass,, lulus cukup-cukup sahaja: his sister did very well in the exam, but he only managed to ~ through,, adiknya lulus dgn cemerlang dlm peperiksaan itu, tetapi dia hanya lulus cukup-cukup sahaja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
properlyadv 1. correctly, dgn betul: the teacher didn’t explain it to them ~, guru itu tdk menjelaskan pd mereka dgn betul; 2. (colloq) thoroughly, cukup-cukup: he was ~ scolded by the headmaster, dia dimarahi cukup-cukup oleh guru besar; 3. decently, dgn tertib: he behaved most ~ in the circumstances, dia berkelakuan dgn amat tertib dlm keadaan itu; 4. actually, exactly, sebenarnya: I’m not, ~ speaking, a trained teacher, but I’ve been teaching for three years now, saya sebenarnya bukanlah guru yg terlatih, tetapi saya telah mengajar selama tiga tahun sekarang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slice ~ off, memotong: just ~ off enough beef for lunch, potong daging itu cukup-cukup utk makan tengah hari;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
barelyadv 1. only just, baru (sahaja): he had ~ sat down when the telephone rang, dia baru sahaja duduk apabila telefon itu berdering; he died when he was ~ thirty, dia meninggal dunia sewaktu baru berusia 30 tahun; ~ enough, cukup-cukup (sahaja): there is ~ enough food for a week, bekalan makanan cukup-cukup sahaja utk seminggu; there is ~ enough time to get to the airport, masa cukup-cukup sahaja utk sampai ke lapangan terbang; 2. hardly, scarcely, hampir tdk: the old man was so shocked that he could ~ speak, orang tua itu begitu terkejut sehingga hampir tdk dapat berkata-kata; the room was ~ furnished, bilik itu hampir tdk ada perabotnya; ~ alive, hampir-hampir mati, tinggal nyawa-nyawa ikan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
justd. barely, [various translations]: we’ve ~ about enough petrol to get home, minyak kita cukup-cukup utk sampai ke rumah; I was ~ about able to understand, saya hampir-hampir tdk mengerti; ~ about enough of, sudah tdk tahan (lagi): I’ve had ~ about enough of your whining, saya sudah tdk tahan lagi mendengar rengekmu; ~ /after, before/, (in relation to time), [various translations]: ~ after the eight o’clock news, sejurus selepas berita pukul lapan; he died ~ after the war, dia meninggal dunia tdk lama selepas perang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
going-overgive so. a ~, (sl) melanyak sso: his assailants really gave him a ~, orang-orang yg menyerangnya melanyak dia cukup-cukup.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
good~ and ..., (colloq), /benar-benar, betul-betul/ ...: I won’t go before I’m ~ and ready, saya tak akan pergi sehingga saya betul-betul bersedia; ~ and early, awal-awal; ~ and proper, (colloq) cukup-cukup: when he caught the guard sleeping he really gave it to him ~ and proper, apabila dia mendapati pengawal itu tidur dia memarahinya cukup-cukup; ~ for, (fml) a. (of person) able to survive for, boleh hidup: he thought his grandmother was ~ for another ten years at least, dia fikir neneknya boleh hidup sekurang-kurangnya sepuluh tahun lagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas