Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.kup] | چوکوڤ

Definisi : 1. tidak kurang (bilangan, banyak, besar, dll), sampai jumlahnya (besarnya dll), pada: pinggan mangkuk kita tidak ~, orang yg datang terlalu banyak; 2. sampai betul, genap (masa, usia, dll): hari Rabu ini ~lah empat puluh empat hari ia meninggal; ~ bulan a) genap sembilan bulan (mengandung); b) akhir bulan (hari gaji); ~ umur sudah akil baligh, sudah dewasa; 3. lengkap, sempurna (tidak ada kurangnya): putera kita ini sudahlah besar, dan ~ berakal; rumah itu ~ dgn perabotnya sekali; 4. sudah pd dgn itu (begitu) sahaja: kesukaan anaknya kpd Mariah telah ~ buat menundukkan hati nyonya itu; 5. sangat, lebih drpd yg memadai atau yg dijangka: badanku terasa ~ penat; mukanya ~ masam; 6. tidak kurang atau tidak lebih, lumayan, sedang: hasil yg diperolehnya boleh dikatakan ~lah buat mereka berdua; ~ keperluan sendiri tidak perlu apa-apa dr luar (segala keperluan dikeluarkan sendiri); 7. bp tidak kekurangan, agak kaya, berada: ayahnya orang yg ~; secukup; ~ hidup cukup utk membiayai perbelanjaan hidup sahaja; mencukupi 1. memadai, lengkap (keperlu­an, keinginan, dll): binatang itu memerlukan makanan yg ~; apabila sudah diperolehnya habuan-habuan yg ~, tinggallah mereka setahun dua di darat; 2. tidak kurang (utk sesuatu hal, keperluan, dll): buku kecil ini tentulah tidak ~ utk menerangkan segala-galanya; pendapatannya tidak ~ utk keperluan hidup diri dan keluarga; 3. bagi menjawab atau membalas (biasanya bkn jawaban dlm surat-menyurat): ~ surat tuan; mencukupkan menjadikan (memandang) cukup, melengkapkan, memadakan, menam­bah supaya cukup: utk ~ pendapatannya, ia perlu bekerja dgn lebih keras lagi; kerana hendak ~ belanja itu, terpaksalah ia mencari wang lagi; kecukupan ada apa yg diperlukan, tidak ke­kurangan: orang datang begitu banyak sehingga meja dlm restoran itu tidak ~; orang boros tentu saja tidak ~ belanja; berkecukupan tidak kekurangan, cukup segala yg diperlukan; ketidakcukupan perihal tidak cukup: alasan ~ peruntukan wang juga boleh diatasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.kup] | چوکوڤ

Definisi : 1 tidak kurang (bilangannya, banyaknya dll) drpd yg sepatutnya; sempurna: Lebarnya sudah ~ tetapi panjangnya kurang sedikit. 2 tidak kurang dan tidak lebih drpd; genap (umurnya, waktunya dll): Tahun ini, umurnya ~ dua puluh tahun. 3 tidak ada apa-apa yg kurang; ada serba-serbi; lengkap: Rumah itu ~ dgn bilik tamu dan kolam renangnya sekali. 4 lebih drpd yg sepatutnya; sangat: Badannya ~ panas. 5 sudah pada dgn itu saja (tidak perlu dgn yg lain-lain lagi): ~lah dgn memberitahu saya saja, tidak perlu menemui guru besar. 6 ki tidak kekurangan apa-apa; agak kaya; berada. ~ bulan a. sudah sampai sembilan bulan mengandung. b. genap sebulan (umumnya hari gaji pd akhir bulan). ~ umur akil baligh. cukup-cukup tidak lebih dan tidak kurang; kadar yg cukup saja. mencukupi 1 tidak kurang utk sesuatu keperluan; cukup utk: Hasil beras negara kita hampir-hampir ~ keperluan dlm negara. 2 memadai atau memenuhi syarat-syaratnya dll: Asal ~ syaratnya, kita terimalah. mencukupkan menjadikan cukup; memadakan; menggenapkan: Dia berusaha ~ wang biasiswa yg diterima­nya setiap bulan. pencukup sesuatu yg mencukupkan. ~ ayat ist kata-kata yg ditambahkan pd sesuatu ayat utk me­nerangkan ayat itu lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cukup

Puisi
 

Cukup panjang tali timba,
     Susah diukur susah didepa;
Ulat bergulung di hutan rimba,
     Rezeki nak putus dari saya.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Dialas bagai memengat.

Bermaksud :

Berkata dengan cukup alasan. memengat = memasak pengat.

 

Lihat selanjutnya...(34)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
internal rate of returnskadar pulangan dalamanEkonomiTiadaNilai kadar bunga yang cukup-cukup untuk membuatkan firma berada dalam keadaan antara patut menjalankan sesuatu projek itu atau tidak. Ini adalah satu kaedah untuk firma membuat keputusan sama ada sesuatu projek itu patut dijalankan atau tidak berdasarkan anggaran kos dan hasil projek pelaburan itu.
equilibrium of starskeseimbangan bintangMatematikTiadaKeseimbangan antara mekanik dalam bintang yang menyebabkan haba pada mana-mana titik di dalam bintang membekalkan tekanan ke luar hanya cukup-cukup untuk menentang berat gas yang di atasnya dengan keseimbangan terma yang memerlukan suhu pada mana-mana satu titik tidak berubah walaupun tenaga mengalir terus-menerus dari satu bahagian bintang ke bintang yang lain dan membolehkan bintang tidak kecut atau meletup.
necessary and sufficient conditionsyarat perlu dan cukupMatematikTiadaSyarat yang perlu dan juga cukup. Diketahui “Jika p, maka q”, dan “Jika q, maka p”, “p” merupakan syarat cukup dan perlu bagi “q” dan sebaliknya. Dengan ini, “p” dan “q” dikatakan setara dan dinyatakan sebagai “p jika dan hanya jika q”.
sufficient conditionsyarat cukupMatematikTiadaAntejadian atau hipotesis dalam pernyataan yang berbentuk implikasi. Diberi implikasi “Jika p, maka q”, “p” dikatakan syarat cukup untuk “q”. Contoh: “Jika x ialah gandaan 4, maka x nombor genap”. “x ialah gandaan 4” merupakan syarat cukup bagi “x nombor genap”.
mature infantbayi matangPerubatanTiadaBayi yang mempunyai berat badan 2.5 kg atau lebih semasa dilahirkan, yang biasanya dilahirkan sama ada cukup bulan atau hampir cukup bulan.
mature economyekonomi matangEkonomiTiadaEkonomi yang cukup maju, yang sudah sampai ke tahap pertumbuhan terakhir, apabila sektor dalaman sudah cukup teguh dan berupaya mengeluarkan barangan atau perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat. Sektor luar dicirikan oleh pelaburan ke luar negeri yang besar. Istilah ini mula digunakan oleh Rostow untuk merujuk tahap pertumbuhan ekonomi yang boleh dicapai oleh sesebuah negara. Kegiatan ekonomi lebih banyak tertumpu pada sektor perkhidmatan dan peningkatan taraf hidup.
saline waterair masinHidrogeologiTiadaAir yang mengandungi cukup garam terlarut sehingga mempunyai rasa mineral yang tertentu, terutama air yang mengandungi cukup natrium klorida untuk menimbulkan rasa masin. Untuk kebanyakan tujuan, USGS telah mentakrifkan air masin sebagai air yang mengandungi kepekatan berkali-kali lebih tinggi dari nilai ini diminum juga bila tidak terdapat air yang lebih baik, terutama sekali bila kloridanya tidak terlalu tinggi jika dibandingkan dengan anion yang lain seperti sulfat dan bikarbonat. USGS telah mengelaskan air masin mengikut jumlah kandungan pepejal terlarut (Robinove drr. 1958) seperti berikut: Jumlah pepejal terlarut Agak masin 1,000-3,000 mg/l Sederhana masin 3,000-10,000 mg/l Sangat masin 10,000-35,000 mg/l Berpekasin lebih dari-35,000 mg/l
pipeline oilminyak talian paipKejuruteraanPetroleum1) Minyak yang cukup bersih yang boleh diterima untuk diangkut atau dijual kepada pelanggan. 2) Minyak mentah yang mengandungi sedimen asas dan air yang cukup rendah untuk diterima bagi dialirkan ke talian paip untuk dimuatkan ke dalam kapal tangki.
aquitardakuitardHidrogeologiTiadaFormasi batuan separa telap yang menyimpan air dan juga meneruskan cukup air sehingga bererti dalam kajian perpindahan serantau air tanah. Penerusan air ini tidak cukup untuk membekali perigi.
aquitardakuitardGeologiTiadaFormasi batuan separa telap yang menyimpan air dan juga menyalirkan air yang cukup sehingga bererti dalam kajian penghijrahan rantau air tanah, tetapi pengaliran air ini tidak cukup untuk membekali perigi.
12345678910...

Kembali ke atas