Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.li/] | چوليق

Definisi : sj burung yg keluar pd waktu malam Chalcococcyx honorata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.li/] | چوليق

Definisi : 1. sl sj hantu yg mencuri kanak-kanak; 2. = penculik a) orang yg mencuri (melari­kan) kanak-kanak; b) orang yg mencuri (melarikan, menangkap) orang utk dilarikan (dibunuh, diminta wang bagi menebusnya, dll); menculik mencuri (melarikan) kanak-kanak atau orang dewasa (utk dibunuh, diminta wang tebusannya, dll): Chiang Kai Shek pernah diculik oleh seorang drpd panglima tenteranya; penculikan perihal atau perbuatan men­culik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.li/] | چوليق

Definisi : ; menculik melarikan orang (anak-anak atau orang dewasa) dgn paksaan utk tujuan memperoleh wang tebusan dsb. penculikan perbuatan menculik. penculik orang yg menculik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata culik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sumpel, Cangkang II, Kecut III, Kuping I (alat pancaindra utk mendengar), Kopok II, Cetek, Adem, Langka, Encok, Melek, Dandan I, Rojak, Jengkol, Sambal, Kontol, Kutil, Kodok, Bebek, Cindil, Samper, Umpet, Copet, Culik, Warung, Begal, Colong, Kebut II, Keteter, Rombongan, Gotong, Beres, Apik, Luwes, Kelilipan, Tengik, Ciut II, lirih, Mandek, Sangar, Tempe, Kolak, Gendut, Bongsor, Cebol, Becek, Beser, Gosong II, Bacin, Langu, Itil, Goblok, Kuntul II, Gabah I, Bekatul, Salin, Pesek, Keluyuran, Kalis, Badut, Kemaruk, Dupak, Jejer, Rongsok, Rongsokan, Lumrah, Kepincut, Bakal, Rembuk, Pundak, Congor, Colot, Rajungan, Yuyu, Ujar, Jebol, Lalap I, Enteng (Asli Bahasa Jawa, Berasal dari Bahasa Jawa [Jw] )Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Pihak DBP akan membuat penelitian bagi setiap kata tersebut.Lain-lain25.04.2023
Apakah perbezaan perkataan-perkataan berikut: 1.bena,bina2.colek,culik3.dokong,dukung4.endah,indah5.golong,gulung6.kendaraan,keinderaan7.lancong,lancung8.lengkung,lingkung9.kesal,sesal10.undang,undang-undang11.satu,suatu12.mesti,pasti12.fakto,faktor13.babit,libat14.fanatik,pejuang15.tentang,mengenai Yang manakah betul mengambil perhatian atau memberikan perhatian ? Yang manakah betul,pendingin hawa atau pengawa dingin atau penyaman udara ? Yang manakah betul,walaubagaimanapun atau walau bagaimanapun ?1. Bena
Maksud bena ialah peduli; acuh: Janganlah buat tak ~ kpd anak yatim piatu itu. ~ tak ~ acuh tak acuh; tidak peduli. membenakan mengambil sikap mahu mengetahui; mempedulikan: Sbg orang yg berani, ia tidak ~ lawannya.
   Bina
Maksud bina ialah  membina 1 membuat sesuatu bangunan, spt rumah supaya tegak berdiri: Siapakah yg ~ masjid yg seindah ini? 2 mengusahakan supaya maju dan lebih baik; membaiki: Kita mesti bekerja keras utk menyusun dan ~ suatu masyarakat yg adil dan makmur. binaan sesuatu yg dibina; hasil drpd membina: Taj Mahal merupakan ~ yg terindah di dunia. pembinaan perbuatan atau hal membina; pembangunan: ~ masjid itu memakan masa lebih kurang dua tahun. pembina orang yg membina; pembangun: Siapakah ~ bangunan Taj Mahal yg masyhur itu?

2. Colek
Maksud colek ialah /colék/; mencolek 1. mencalit (mengambil, menyentuh) dgn hujung jari: ~ kapur. 2. mencecah kuah, sambal dsb dgn sesuatu (spt ketupat, ulam dll): Dia ~ sambal belacan itu dgn ulam petai. 3. mencungkil (dgn hujung jari dll utk mengeluarkan sesuatu): ~ tahi telinga. ~ hati menggelikan hati (kerana lucu atau jenaka). mencolekkan 1. mencalitkan sesuatu pd; memalitkan. 2. mencecahkan barang makanan (spt ketupat, ulam dll) pd kuahnya, sambal dsb: ~ ketupat pd rendang daging. secolek sebanyak yg dipalit atau disentuh dgn hujung jari dsb.
   Culik
Maksud culik ialah menculik melarikan orang (anak-anak atau orang dewasa) dgn paksaan utk tujuan memperoleh wang tebusan dsb. penculikan perbuatan menculik. penculik orang yg menculik.

DBP hanya boleh memberikan beberapa makna sahaja. Makna dan perbezaan untuk perkataan-perkataan lain boleh dicari dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.

Bagi perkataan pendingin hawa, penghawa dingin dan penyaman udara, perkataan yang tepat ialah penyaman udara.
Yang akhir sekali perkataan yang betul ialah "walau bagaimanapun".

Mengambil perhatian dan memberikan perhatian, kedua-duanya betul bergantung kepada konteks ayat.
Lain-lain07.10.2014

Kembali ke atas