Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cung.kil] | چوڠکيل

Definisi : benda (spt bilah, lidi, dll) yg digunakan utk mengeluarkan sesuatu dr lubang; ~ gigi bilah utk menge­luarkan sisa makanan dll dr gigi, korek gigi; bercungkil 1. telah dikeluarkan dr lubang dgn penyungkil dll; 2. sudah dimasukkan benih cacar dlm tubuh (utk mencegah penyakit cacar), bercacar, bertanam cacar: orang yg tidak ~ mudah sekali dijangkiti penyakit ketumbuhan; mencungkil 1. mengeluarkan (melepaskan dll) sesuatu dgn pencungkil, mengorek keluar dgn pencungkil; ~ gigi mengeluarkan sisa makanan dll yg terselit di gigi; ~ kelapa mengeluarkan isi kelapa dr tempurungnya; ~ mata mengeluarkan biji mata; 2. menanam cacar, mencacar; 3. ki memeriksa dgn teliti, membongkar rahsia (kesalahan dll), menge­luarkan sesuatu yg terpendam (tidak diketahui umum dll); ~ rahsia; Hasan mencipta watak-watak asli yg dicungkil drpd keperibadian dan sifat-sifat orang Melayu kampung; ada banyak resepi Melayu tradisional yg masih belum dicungkil oleh majalah ini; bakat-bakat baru berjaya dicungkil; cungkilan; nyiur ~ a) nyiur yg sudah boleh dicungkil (sudah keras isinya); b) yg sudah dicungkil; pencungkilan 1. perihal atau perbuatan me­ngeluarkan sesuatu dgn pencungkil; 2. perihal atau perbuatan menanam cacar, pencacaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cung.kil] | چوڠکيل

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok kecil), belakang ular, cincang, leban bunga, tumbit kayu, Allophylus ternatus; 2. sj tumbuhan (pokok kecil) cincang, kabau, semincang, terentang, Allophylus glaber. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cung.kil] | چوڠکيل

Definisi : , = pencungkil sesuatu (spt bilah dll) yg digunakan utk mengorek atau mengeluarkan sesuatu dr lubang dsb: ~ gigi bilah utk mengeluarkan sisa makanan dr celah gigi. bercungkil 1 telah dikeluarkan dr lubang dgn cungkil. 2 sudah disuntik dgn benih cacar dlm tubuh (utk mencegah penyakit cacar); bertanam cacar: Orang yg tidak ~ mudah dijangkiti penyakit cacar. mencungkil 1 mengorek dan menge­luarkan (membuang dll) sesuatu dgn cungkil: ~ tabung. 2 memasukkan benih cacar ke dlm tubuh (utk mencegah penyakit cacar); menanam cacar. 3 ki memeriksa dgn teliti; menyelidik (rahsia dll): Ayah mencuba ~ rahsia yg tersimpan di hati Ahmad. ~ gigi mengeluarkan sisa-sisa makanan dr celah gigi dgn cungkil. ~ kelapa menanggalkan isi kelapa dr tempurungnya dgn mencungkil. ~ mata mengeluarkan biji mata dgn mencungkilnya. ~ rahsia mencari-cari rahsia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cungkil


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Cungkil bakat gendang silatSahlina SahkirinHarian Metro31.05.2006
Cungkil bakat penulis kampungAdam NoorUtusan Malaysia26.06.2002
Cungkil semula warisan ilmu MelayuBaharudin AhmadUtusan Malaysia22.03.2005
Tiara cungkil bakat teaterWan Asrudi Wan HasanHarian Metro13.07.2007
PPM cungkil bakat penulis muda wanitaD. J. DolasohBerita Harian02.05.2002
Pahrol cungkil banyak sejarah menarik mengenai TurkiZuraimi IsmailBerita Minggu27.02.1994
Kemudi cungkil bakat remajaAbu Hasan AshariBuletin Utama04.12.1993
Sayembara cungkil bakat guruMohd. Fudd RazaliBerita Harian (Berita Pelajar)01.10.1993
Kemudi cungkil bakat baruAbu Hasan AshariMingguan Tempo31.07.1994
MKP cungkil bakat seniTiadaBerita Harian09.10.1993
12345678

Kembali ke atas