Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.pa/] | چوڤق

Definisi : 1. ukuran isi utk beras dll (suku gan­tang): maka disantap oleh Bendahara habis nasi segantang dan susu searai dan sakar se~; 2. = ~ asli Mn adat drpd datuk nenek; ~ sudah tertegak, suri sudah terkembang prb Mn telah lama adat berdiri bagi tiap-tiap pekerjaan; kalau se~ tidak boleh jadi segantang prb sesuatu yg sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi; lenggang-lenggok bagai ~ hanyut prb lenggang dan langkah yg lemah lembut; membawakan ~ ke negeri orang prb Mn memakai adat sendiri di negeri orang; mencupak menyukat dgn cupak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.pa/] | چوڤق

Definisi : kepala paip, kepala pengudut (candu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.pa/] | چوڤق

Definisi : sj ikan laut, gerepoh, kerepuh, pulas keladi, Caranx spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.pa/] | چوڤق

Definisi : 1 ukuran isi sebanyak gantang. 2 alat (utk menyukat sesuatu) yg bentuknya bulat torak atau spt tempurung yg besar dan dpt berisi sebanyak gantang. ~ hanyut lenggang yg lemah lembut (perlahan). ~ pesuk orang yg tidak boleh menyimpan rahsia. mencupak menyukat dgn cupak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cupak

Peribahasa

Cupak sudah tertegak,
     suri sudah terkembang (=terentang).

Bermaksud :

Telah lama adat berdiri tentang tiap-tiap pekerjaan. suri = pemidangan pada perkakas tenun.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SAYA INGIN TAHU APAKAH MAKSUD SIMPULAN BAHASA "GELANG BUJANG"&"CUPAK HANYUT"

Cupak Hanyut: Lenggang yang lembut.

Gelang Bujang: Tiada dalam rekod. Sila rujuk buku-buku simpulan bahasa.

Makna12.03.2009
Jawapan manakah yang betul ? Nenek membentangkan _______tikar mengkuang di halaman lalu menaburkan beberapa _________ padi untuk dijemur. A Sekajang.......genggam B Segelung.......gemal C segulung.......cekak D sehelai......cupakJawapan yang betul ialah D. sehelai .... secupak...Tatabahasa21.05.2013

Kembali ke atas