Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ping] | چوڤيڠ

Definisi : keping kecil; se~ sekeping; ~ hidung bahagian pd kiri kanan lubang hidung; ~ telinga bahagian bawah daun telinga; rasa pedih ~ telinga prb marah mendengar sesuatu perkataan dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ping] | چوڤيڠ

Definisi : keping kecil. ~ telinga bahagian daun telinga yg di bawah sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuping

Peribahasa

Bagai jelongak kerbau rampung.

Bermaksud :

Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hidung sudah rampung diatur orang). jelongak = selalu menengadah; rampung = rosak cuping hidungnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sidelobecuping sisiAeroangkasaTiadaCuping yang terhasil pada sisi cuping utama bagi satu sinaran antena yang terarah.
cardiac lobecuping kardiumGeologiTiadaCuping median prosoma dan opistosoma di dalam merostom.
valve lifterpengangkat injapKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen yang berbentuk silinder dalam rangkaian injap yang terletak pada cuping sesondol. Komponen ini berfungsi secara hidraulik atau mekanikal untuk menggerakkan komponen lain dalam rangkaian injap mengikut geometri cuping. Sinonim tapet (2).
cam followerpengikut sesondolKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen berbentuk bebola atau berpermukaan rata yang bersentuhan dengan aci sesondol dan bergelangsar dengan cuping sesondol. Apabila aci sesondol berputar, komponen ini akan memindahkan gerakan putaran aci sesondol kepada gerakan turun naik injap mengikut geometri cuping sesondol.
camshaftaci sesondolKejuruteraanKejuruteraan MekanikMekanisme yang digunakan di dalam enjin pembakaran dalam untuk menggerakkan injap popet. Aci sesondol terdiri daripada rod berbentuk silinder dan panjangnya sama dengan blok silinder dengan beberapa cuping atau sesondol bentuk bujur telur, terjulur daripada rod satu sesondol bagi setiap injap ke silinder. Cuping bersentuhan di hujung injap dan memaksa injap terbuka dengan menekan injap atau menggunakan mekanisme perantaraan, sewaktu cuping itu berputar. Hubungan antara putaran peranti ini dengan putaran aci sesondol amat penting. Oleh sebab injap mengawal aliran masuk dan keluar udara, injap perlu dibuka dan ditutup pada masa yang sesuai mengikut lejangan omboh. Oleh sebab itu, mekanisme ini disambungkan dengan aci engkol sama ada secara terus, iaitu melalui gear, atau secara tidak langsung menggunakan tali sawat atau rantai yang dipanggil tali sawat pemasaan atau rantai pemasaan. Dalam sesetengah reka bentuk, mekanisme ini juga memacu penganggih atau pam bahan api. Dalam enjin dua lejang, setiap injap terbuka setiap kali satu pusingan mekanisme. Oleh itu, putaran mekanisme sama dengan putaran aci engkol. Bagi enjin empat lejang pula, satu putaran lengkap aci engkol hanya membuka separuh daripada injap. Keadaan ini bermakna mekanisme berputar lengkap dengan setiap dua putaran aci engkol. Sesondol menggerakkan injap sama ada secara terus atau melalui penghubung rod tunjal dan jumpelang bergantung pada kedudukan mekanisme. Dalam enjin terkini, sistem sesondol atas biasanya digunakan. Dalam kes ini, mekanisme berada di bahagian atas blok enjin.
sidelobecuping sisiGeografiTiadaTiada
lugscupingTeknikElektrikPangkalan atau tamatan logam yang dipasang pada hujung pengalir bagi memudahkan kerja penyambungan.
lobecupingKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBahagian bonjol yang terdapat pada sesondol.
earpiece (telephone)cuping telinga (telefon)FizikTiadaTiada
piedmont lobecuping piedmonGeografiTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas