Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ra.han] | چورهن

Definisi : 1. yg dicurahkan; 2. aliran (air) yg jatuh atau turun dgn deras, aliran mencurah: bilas bersih-bersih tetapi cepat-cepat di bawah ~ air yg banyak; 3. ki sesuatu yg diberikan (disumbangkan) dgn banyak dan berterusan: setiap usaha memerlukan ~ tenaga utk mencapai matlamatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ra.han] | چورهن

Definisi : apa-apa yg dicurahkan atau yg tercurah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata curahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pertanyaan mengenai bahasa melayu teknologi maklumat contoh ayat : Via a download mirror , adakah saya perlu menukar mirror ke cermin Soalan 2: Torrent dalam bahasa melayu teknologi maklumat, mengikut kamus torrent adalah curahan, tetapi bagaimana dengan bahasa melayu teknologi maklumat

Dalam bidang teknologi maklumat, istilah untuk mirror ialah cermin,  dan tiada istilah torrent.  Dalam pangkalan data kami, padanan untuk istilah torrent (dalam bidang Geografi dan Geologi) ialah cegar. Cegar bermaksud aliran air sungai yg deras (kerana dasarnya terdiri drpd batu hampar dan agak mencuram letaknya). Perkataan curahan boleh digunakan sekiranya sesuai dengan konsep dalam bidang tersebut.

Istilah19.03.2011
apakah kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam text tersebut? "Di samping itu, penambahbaikan lain yang diterokai terhadap draf RUU ini ialah untuk memasukkan peruntukan am yang menjelaskan fungsi dan peranan pekerja sosial serta praktis kerja sosial," katanya. Dalam pada itu, Nancy turut mengucapkan selamat Hari Pekerja Sosial Sedunia yang disambut hari ini khususnya buat warga kerja Jabatan Kebajikan Masyarakat dan semua pekerja sosial diseluruh negara. "Curahan bakti anda semua dalam membantu membentuk kesejahteraan kita rakyat Malaysia amat di hargai," katanya. Hari Pekerja Sosial Sedunia disambut pada setiap Selasa minggu ketiga Mac.Untuk membantu tuan membuat semakan berkenaan tatabahasa yang betul, tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015) atau menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM).Tatabahasa05.05.2024

Kembali ke atas