Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : huruf keempat abjad Rumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata d

Peribahasa

Selauk senasi.

Bermaksud :

Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Sejiwa dua tubuh, d. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, e. Setikar seketiduran).

 

Lihat selanjutnya...(96)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Bahagian kami akan menerbitkan ikon digital book bagi laman web Jabatan Penerangan Malaysia. Jadi, ingin minta nasihat untuk penulisan perkataan digital book yang betul. Adakah ditulis sebagai:- a)d-book b) D-Book c)D-book atau d)d-Book Mohon pencerahan dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.Salam

Pihak kami mencadang sebarang perkataan menggunakan bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa Melayu. Oleh itu, pihak kami mencadang d-Buku. Sekian, terima kasih.
Lain-lain01.06.2016
Nama-nama perniagaan berikut: Fauzi Batik, Noor Arfa Batik, dan Razali Batik dan Songket - betul atau salah? Kalau Batik Fauzi pula macam mana?Nama perniagaan tersebut salah kerana tidak mengikut hukum D-M. D-M bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Dalam peraturan ini unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertamaEjaan09.08.2006
KENAPA BERLAKU KEKECUALIAN HUKUM D-M? APAKAH FAKTOR KEKECUALIAN HUKUM D-M BERLAKU? KESILAPAN UMUM DALAM KEKECUALIAN HUKUM D-M?Kekecualian peraturan Hukum D-M iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan, boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan terutama pada nama-nama jawatan. Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa16.01.2013
Asalamualaikum. 1.Perkataan ORANG UTAN -apakah maksud UTAN?Adakah UTAN itu bermaksud HUTAN. Kenapa dalam Kamus Dewan tidak ada perkataan UTAN KenDapa perkataan ORANG tidak dihuraikan pengertian ORANG UTAN dalam Kamus Dewan. 2. Seolah-olah satu trend pada masa ini, kebanyakan premis perniagaan menggunakan kata D seperti Kafe Santai D Saga, D Intim Tomyam, Spa D Indah dan sebagainya.Soalannya bolehkah kata tersebut diterima pakai dalam Bahasa Melayu. Rasionalnya. terima kasih. ISMAIL HASHIM BALINGUtan meruapakn varian dan sama makna dengan hutan. Istilah orang utan memang tidak dimasukkan dalam Kamus Dewan tetapi di bawah entri orang ada oran hutan iaitu  makna keduanya sejenis kera besar, mawas.Istilah28.05.2009
D WAN KAFE
Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Jika tuan telah mendaftar, masuk semula menggunakan kod pengaktifan yang diberi, dan jika ini merupakan permohonan pertama maka maka klik permohonan baru. Perlu diingat medan yang bertanda * perlu dilengkapkan.
Lain-lain10.04.2017
apakah hukum DM?Hukum D-M bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Untuk keterangan yang lebih lanjut boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 354.Tatabahasa15.08.2007
Apakah istilah "Attending Physician" dalam Bahasa Melayu? "In the United States and Canada, an attending physician (also known as an attending, rendering doc, or staff physician) is a physician (M.D. or D.O.) who has completed residency and practices medicine in a clinic or hospital, in the specialty learned during residency.[1] An attending physician typically supervises[2] fellows, residents, medical students, and other practitioners. Attending physicians may also maintain professorships at an affiliated medical school."Terjemahan bagi physician ialah doktor, pelatih perubatan atau pakar perubatan. Cadangan terjemahan bagi Attending Physician ialah "Pakar Perubatan Bertugas"Makna21.03.2022
Kak Imah ________________gulai yang dimasaknya itu sangat masin. A. berasa B. perasa C. merasakan D. merasaD. MerasaTatabahasa27.07.2010
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN HUKUM D-M? MENGAPAKAH BANYAK KESALAHAN YANG BERKAITAN DENGAN HUKUM D-M DALAM PENGGUNAAN KITA SEHARIAN.Hukum D-M ialah yang diterangkan dan yang menerangkan. Dalam peraturan ini unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur yang menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua. Dalam penggunaan harian terdapat penerang yang mendahului unsur yang diterangkan. Hal ini boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan dan diterima sebagai kekecualian dalam bahasa Melayu.  Tatabahasa03.07.2011
"Mengapakah ______________ bertitah demikian?" tanya Datuk Penghulu kepada Putera Zaid. A patik B tuanku C hamba D baginda Jawapan : D diberi Saya rasa B juga betul sekiranya Datuk Penghulu ingin tahu apa yang yang dititahkan oleh Putera Zaid. Sultan berkata kita guna bertitah, bagaimana pula putera, puteri, permaisuri berkata guna bertitah atau tidak.Jawapan yang paling tepat ialah baginda kerana kata ganti nama tuanku digunakan apabila berkata-kata dengan raja sahaja. Titah khusus kepada raja atau sultan sahaja.Tatabahasa25.07.2012
12345678910...

Kembali ke atas