Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.é.rah] | داءيره

Definisi : (daérah) 1. lingkungan sesuatu peme­rintahan, wilayah (sesebuah negara): Sabah dan Sarawak termasuk dlm ~ Malaysia; 2. bahagian sesebuah negeri (sekeliling sesebuah bandar) yg mempunyai sempadannya utk ke­mudahan pentadbiran: negeri Melaka ter­bahagi kpd tiga buah ~, iaitu Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah; ~ Temerloh; pegawai ~ pegawai kanan kerajaan yg meng­urus pentadbiran sesebuah daerah (dlm bidang-bidang tertentu); 3. kawasan yg mempunyai iklim (penduduk, hasil dll) yg sama: ~ hawa panas; ~ orang asli; 4. kawasan yg berada di bawah sesuatu pengaruh (kekuasaan, keadaan, dll): ~ darurat; ~ tentera; 5. ki skop, bidang: menyimpan rahsia termasuk dlm ~ amanah; ~ mata air daerah yg mendapat (bekalan) air dr mata air; ~ pedalaman daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu; ~ seberang laut(an) daerah jajahan; ~ sungai kawasan yg men­dapat air dr sungai; ~ takluk tanah jajahan; ~ tidak bertuan daerah yg tidak dikuasai oleh mana-mana kerajaan (pemerintahan); sedaerah 1. berasal dr (berada atau terletak di) daerah yg sama; 2. mengenai satu daerah sahaja, setempat; kedaerahan yg tertumpu pd atau mengenai sesuatu daerah (tidak meluas atau menye­lu­ruh): ia perlu menyingkirkan faham ~nya; peng­ajaran dlm ilmu kesihatan harus bersifat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.é.rah] | داءيره

Definisi : /daérah/ 1 tempat atau kawasan di sekitar sesebuah bandar; jajahan: ~ Kuala Pilah yg besar sekali di Negeri Sembilan. 2 lingkungan sesuatu pemerintahan; wilayah: Singapura tidak termasuk dlm ~ Malaysia. 3 lingkungan tempat yg sama keadaan hawanya (penduduknya, hasilnya dll); kawasan: ~ hawa panas. kedaerahan sifat-sifat mengenai sesuatu daerah: Perasaan ~ harus diketepikan. sedaerah satu atau sama daerah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daerah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa terjemahan bahasa Inggeris bagi istilah kata nama khas 'Daerah Kecil' seperti yang digunakan bagi istilah Daerah-Daerah Kecil di Sarawak (seperti Daerah Kecil Sundar, Daerah Kecil Padawan, dll)? Saya tidak menemui sebarang pentakrifan di Carian Kata.Terjemahan bahasa Inggeris bagi perkataan Daerah Kecil ialah Subdistrict.Istilah05.02.2019
Penggandaan yang betul sama ada Kelab-kelab Sukan Catur Daerah atau Kelab Sukan Catur Daerah-Daerah?. Perlukah gandaan pada perkataan kelab atau daerah untuk menunjukkan banyak?.Frasa yang betul ialah "Kelab Sukan Catur Daerah"Tatabahasa10.11.2022
Di Indonesia, terdapat 640+ bahasa yang digunakan di daerah - daerah di negara itu. Bagaimana pula dengan Malaysia? Adakah kita juga mempunyai banyak bahasa daerah? Bolehkah DBP juga berikan tajuk beberapa buku-buku yang berkait bahasa-bahasa suku kaum di Malaysia?

Di Malaysia bahasa daerah merujuk kepada loghat atau dialek. Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. contohnya dialek Kelantan , dialek Kedah, dialek Negeri Sembilan dan sebagainya.  Sebagaimana yang kita sedia maklumsuku bangsa yang terbesar di Malaysia ialah Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak dan suku kaum orang asli. DBP lebih menumpukan penerbitan dalam bahasa Melayu. Contoh buku bahasa sukuan yang telah diterbitkan antaranya Kamus Melanau Mukah – Bahasa Melayu dan Kamus  Bahasa Iban- Bahasa Melayu.

Lain-lain11.09.2017
Di Indonesia, terdapat 640+ bahasa yang digunakan di daerah - daerah di negara itu. Bagaimana pula dengan Malaysia? Adakah kita juga mempunyai banyak bahasa daerah? Bolehkah DBP juga berikan tajuk beberapa buku-buku yang berkait bahasa-bahasa suku kaum di Malaysia?Tiada terbitan khusus yang menyenaraikan dialek di seluruh negara kita. Lazimnya dialek mengikut negeri-negeri, namun negeri Sabah dan Sarawak mempunyai puluhan dialek yang ditutur oleh suku kaum di sana. Buku Susur Galur Bahasa Melayu, tulisan Prof. Emeritus asmah Haji Omar membicarakan beberapa dialek seperti dialek Selangor, Pahang, Melaka, Kedayan dan Urak Lawoi.Lain-lain02.10.2017
Mohon mengemukakan contoh penggunaan alamat yang betul untuk surat rasmi. Contoh: Pegawai Daerah Majlis Daerah Machang 18500 MACHANG Kelantan atau Pegawai Daerah Majlis Daerah Machang 18500 Machang KELANTANPenulisan alamat yang betul adalah seperti yang berikut:

Pegawai Daerah,
Majlis Daerah Machang,
18500 MACHANG, KELANTAN.
Lain-lain18.12.2020
adakah setiap perkataan asing yang digunapakai dalam Bahasa Melayu terlebih dahulu dibincang dan dipilih oleh panel DBP seperti perkataan Jawa, Inggeris dan dailek(daerah-daerah di negeri-negeri di Malaysia) contohnya sekarang kita menggunakan perkataan Tuntas, Transformasi, jom dll.Sebenarnya dalam setiap bahasa itu peminjaman bahasa memang berlaku secara tabii apabila dua komuniti bahasa, bahkan juga dua komuniti dialek, bertemu satu sama lain- juga bermakna pengambilan unsur bahasa daripada bahasa-bahasa lain ke dalam bahasa sendiri. Contohnya fikir - bahasa Arab, ayu- Jawa, almari - Portugis. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang-bidang khusus. Manakala kata serapan pula ialah kata daripada bahasa asing yang diambil masuk dengan hanya menyesuaikan bunyi, dan ejaannya jika perlu supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan Melayu.

Peminjaman usur-unsur bahasa asing merupakan kelaziman. Sebab peminjaman ialah 1.Tiada perkataan dalam BM dan keperluan memberikan nama am atau khsusus kepada benda, perkara (fenomena)2. Perkataan BM belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing.3.Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding BM sedia ada yang mungkin sudah lapuk .Misalnya matematik menggantikan ilmu hisab. Peminjaman unsur asing oleh BM dapat dilihat dari segi peminjaman. 1. huruf atau sistem tulisan 2. bunyi-bunyi 3. imbuhan 4. kosa kata seperti perkataan, istilah, dan peribahasa asing, dan 5. struktur ayat. Jenis-jenis peminjaman ialah 1. peminjaman tulen (matematik, bonus), 2. peminjaman kacukan (kasut but), 3. peminjaman pemerian (kapal selam, kapal terbang, peluru meriam) 4. peminjaman dialek Igmpar (dialek Pulau Pinang).5. peminjaman kuno (purnama) 6.peminjaman berpindah (vokal/vowel).  

Penggunaan bahasa asing dalam bahasa Melayu semakin berleluasa dan tidak terkawal kerana sifat sesuatu bahasa itu sendiri yang sentiasa berkembang seiring dengan perubahan dari semasa ke semasa. DBP hanya menerima perkataan asing sekiranya mematuhi proses peminjaman unsur asing ke bahasa Melayu. Silalah berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk maklumat lanjut.
Tatabahasa14.03.2013
Assalamualaikum. Tuan, Selaku seorang penulis teks ucapan saya sering mengalami masalah meletakkan nama panggilan pegawai-pegawai mengikut jawatan masing-masing. Contoh 1: Selaku tuan rumah majlis persaraan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, dalam ucapan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, apakah penggilan kepada Pengarah Pendidikan Negeri, Ketua Sektor, Pegawai Pendidikan daerah-daerah lain dan yang diraikan? Dari segi susunan pula bagaimana? Adakah yang diraikan (ketua peringkat daerah) disebut dahulu berbanding pegawai-pegawai yang berada di jabatan peringkat negeri? Terima kasih1. Sapaan kehormat "Yang Berbahagia" digunakan sekiranya individu tersebut memiliki gelaran seperti Tan Sri, Datuk dan sebagainya. Penggunaan "Yang Amat Berusaha" digunakan untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan (Jusa C ke atas) dan "Yang Berusaha" kepada pegawai tinggi kerajaan.
2. Susunan ucapan mengikut kekanan pegawai berkenaan. 
Lain-lain01.09.2016
"di daerah Hulu Selangor" atau "di Daerah Hulu Selangor". Adakah huruf "d" dalam perkataan daerah perlu ditulis huruf besar atau huruf kecil? Terima kasih.frasa yang betul ialah "di daerah Hulu Selangor." Kata daerah ditulis huruf kecil.Ejaan29.09.2020
Kata Sapaan untuk: i ) wakil rakyat ii) usahawan iii) ketua polis daerah iv) kadi daerahSeorang Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri disapa sebagai "Yang Berhormat", manakala bagi seorang usahawan, ketua polis daerah dan kadi daerah yang tidak bergelar Dato'  disapa sebagai "Tuan/Encik".Lain-lain27.05.2011
perkataan mana sepatutnya, sama ada 'dipelbagai daerah' atau 'di pelabagai daerah'?Ejaan yang betul ialah "di pelbagai daerah"Ejaan25.04.2012
12345678910...

Kembali ke atas