Salam sejahtera. Soalan sejahtera. Soalan saya: di bawah ini, mana satukah adalah tepat 1. e daftar atau E Daftar atau e-Daftar? Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, Penggunaan yang betul ialah e-daftar. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 24.12.2019 |
maksud perkataan "daftar" atau "pendaftaran" | Daftar ialah susunan (nama, barang, dll) yg ditulis menurut urutan angka atau abjad, atau senarai, manakala pendaftaran ialah perihal memasukkan (mencatatkan) dlm daftar | Makna | 02.09.2007 |
ejaan "haji" dari daftar-kata rmi-jawi | Untuk makluman tuan, memang terdapat sedikit perbezaan antara data dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi Sebutan-Jawi dengan Daftar Rumi-Jawi (Beta) dalam paparan PRPM. Daftar Rumi-Jawi dibangunkan dalam bentuk sistem Beta untuk membantu pengguna menyemak penggunaan ejaan Jawi secara dalam talian, khususnya yang tiada buku rujukan. Namun begitu sistem ini ada kelemahannya kerana dalam proses pemindahan data berlaku beberapa kesalahan. Oleh itu, rujukan yang sahih ialah buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi. Perkara ini akan diperbaiki bagi memberikan perkhidmatan bermutu kepada pengguna. | Lain-lain | 26.09.2016 |
boleh saya dapat kan buku daftar kata terkini? | Puan Sarimah, Buku daftar kata yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ialah Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi. Daftar kata ini boleh dibeli di Kedai Buku Koperasi DBP, tingkat bawah, Menara DBP, KL atau di kedai buku yang terdapat di bandar raya Kuala Lumpur. | Lain-lain | 28.12.2009 |
DAFTAR PAPAN TANDA | Untuk pengesahan iklan, sila layari laman web http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/Pelanggan/login.aspx Sekian terima kasih | Lain-lain | 06.01.2017 |
Tuan, yang manakah betul? pradaftar, pra daftar atau pra-daftar? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah pradaftar. | Ejaan | 23.02.2012 |
1.Apakah maksud perkataan Dartaf Interim | Daftar interim bermaksud daftar yang bersifat sementara. | Makna | 04.02.2010 |
Menurut pembacaan saya, DBP telah menerbitkan sebanyak 122 Daftar Istilah dan 63 Kamus Istilah. Apakah perbezaan maksud antara Daftar Istilah dengan Kamus Istilah?. Terima Kasih atas maklum balas pihak tuan. | Daftar istilah mengandungi istilah dan padanan istilah sahaja. Kamus istilah mengandungi istilah, padanan istilah dan huraian tentang istilah tersebut. Contoh entri dalam daftar istilah: network - rangkaian multilink - multipautan Contoh entri dalam kamus istilah: rangkaian (Ig. network) Koleksi dua atau lebih komputer dan alat berkaitan yang disambungkan bersama ke alat komunikasi. Setelah disambungkan, setiap bahagian rangkaian dapat berkongsi perkakasan, perisian, dan maklumat. Jenis rangkaian yang paling lazim ialah LAN dan WAN. | Istilah | 08.06.2012 |
Semakan dan kelulusan | Untuk pengesahan iklan, sila buat permohonan melalui https://pb.dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik semula visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan Berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses. | Lain-lain | 06.04.2022 |
saya harap untuk pengesahan iklan | Untuk pengesahan iklan, sila buat permohonan di https://pb.dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik semula visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan Berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses. Sekiranya iklan ini pernah diluluskan, sila masukkan nombor permohonan yang pernah diluluskan untuk rujukan kami. Sekiranya belum pernah membuat permohonan untuk iklan ini, sila gunakan nama perniagaan/syarikat yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (WISDOM LEARNING CENTRE). Sekiranya ingin menggunakan nama yang berbeza, sila gunakan nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul. Sila sertakan juga visual yang jelas tanpa ada tulisan DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA kerana ia akan terpapar pada sijil pengesahan. Terima kasih.
| Lain-lain | 05.08.2021 |