Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[daf.tar] | دفتر

Definisi : susunan (nama, barang, dll) yg ditulis menurut urutan angka atau abjad, senarai: ~ buku; ~ istilah baru; ~ nama pengundi; ~ hitam senarai orang yg dianggap berbahaya (di­syaki jahat); berdaftar mempunyai daftar, termasuk (ter­catat) dlm daftar; surat ~ surat yg telah di­catatkan dlm daftar (utk layanan istimewa dlm urusan pengirimannya); mendaftar, mendaftarkan memasukkan (men­catatkan) dlm daftar, mengurus supaya ter­catat dlm daftar (nama dan biasanya juga keterangan penting atau yg diperlukan): para peminat diminta supaya ~ namanya di kantor kami; ibu bapa diminta segera ~ anak-anak mereka yg layak masuk ke sekolah; terdaftar sudah tercatat (tertulis) dlm daftar; pendaftaran perihal mendaftarkan, tin­dak­an atau urusan dsb mencatatkan (merakam­kan) dlm daftar: Kesatuan Penarik-Penarik Beca sudah pun diluluskan ~nya oleh kera­jaan; pejabat ~ pejabat tempat mendaftar (utk kelahiran, kematian, dsb); pendaftar pegawai yg bertanggungjawab tentang (atau yg mengurus) pendaftaran, orang yg mendaftar(kan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[daf.tar] | دفتر

Definisi : susunan nama, barang dll yg ditulis (dicatat) berturut-turut mengikut urutan angka atau abjad; senarai: Buku ~ kedatangan murid-murid ada di atas meja. ~ pustaka bibliografi. berdaftar 1 mempunyai daftar. 2 termasuk dlm daftar: Namanya sudah ~. mendaftarkan memasukkan atau mencatat (nama, barang dll) dlm daftar: Dia sudah ~ nama anaknya di sekolah itu. terdaftar sudah (telah) didaftarkan atau ditulis dlm daftar. pendaftaran perbuatan atau hal mendaftarkan: ~ bakal-bakal haji telah dijalankan. pendaftar 1 orang yg mendaftarkan. 2 orang yg kerjanya menjaga rekod atau daftar di universiti dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daftar


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
bebenang miofilamen yang meman- jang. Apabila terangsang, aktin dan miosin pada miofilamen bertindihan di antara satu sama lain, lalu menyebabkan pengecutan otot. (BIO) actual address (alamat sebenar) Alamat kedudukan ingatan, daftar atau liang input/output yang telah ditentu- kan oleh pereka bentuk asal sistem. (KOM) actual measure (ukuran sebenar) Nilai yang paling tepat terhadap pengukuran sesuatu kawasan bilangan pokok isi padu kesan purata penggantian satu alel pada sesuatu lokus atau lokus berganda trait poligenik. (BIO) address (alamat) Kod pengenalan unik yang digunakan sebagai nama atau tanda pembeza bagi suatu kedudukan ingatan, daftar atau liang input/output dalam sesuatu sistem. (KOM) address bus (bas alamat) Sekumpulan wayar yang digunakan untuk menghantar maklumat alamat antara pemproses dengan ingatan atau input/output. Bas alamat juga

Kembali ke atas