Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[daf.tar] | دفتر

Definisi : susunan (nama, barang, dll) yg ditulis menurut urutan angka atau abjad, senarai: ~ buku; ~ istilah baru; ~ nama pengundi; ~ hitam senarai orang yg dianggap berbahaya (di­syaki jahat); berdaftar mempunyai daftar, termasuk (ter­catat) dlm daftar; surat ~ surat yg telah di­catatkan dlm daftar (utk layanan istimewa dlm urusan pengirimannya); mendaftar, mendaftarkan memasukkan (men­catatkan) dlm daftar, mengurus supaya ter­catat dlm daftar (nama dan biasanya juga keterangan penting atau yg diperlukan): para peminat diminta supaya ~ namanya di kantor kami; ibu bapa diminta segera ~ anak-anak mereka yg layak masuk ke sekolah; terdaftar sudah tercatat (tertulis) dlm daftar; pendaftaran perihal mendaftarkan, tin­dak­an atau urusan dsb mencatatkan (merakam­kan) dlm daftar: Kesatuan Penarik-Penarik Beca sudah pun diluluskan ~nya oleh kera­jaan; pejabat ~ pejabat tempat mendaftar (utk kelahiran, kematian, dsb); pendaftar pegawai yg bertanggungjawab tentang (atau yg mengurus) pendaftaran, orang yg mendaftar(kan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[daf.tar] | دفتر

Definisi : susunan nama, barang dll yg ditulis (dicatat) berturut-turut mengikut urutan angka atau abjad; senarai: Buku ~ kedatangan murid-murid ada di atas meja. ~ pustaka bibliografi. berdaftar 1 mempunyai daftar. 2 termasuk dlm daftar: Namanya sudah ~. mendaftarkan memasukkan atau mencatat (nama, barang dll) dlm daftar: Dia sudah ~ nama anaknya di sekolah itu. terdaftar sudah (telah) didaftarkan atau ditulis dlm daftar. pendaftaran perbuatan atau hal mendaftarkan: ~ bakal-bakal haji telah dijalankan. pendaftar 1 orang yg mendaftarkan. 2 orang yg kerjanya menjaga rekod atau daftar di universiti dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daftar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
local storagestoran tempatanKejuruteraanTiadaKumpulan daftar-daftar tempatan dalam sistem komputer.
link bitbit kaitKejuruteraanTiadaDaftar diagnosis satu bit tentu yang mengandungi penunjuk tentang limpahan dari penumpuk, dan biasanya daftar-daftar lain, dan yang boleh diuji di bawah kawalan atur cara.
cash registermesin daftar tunai/alat daftar tunaiTeknologi MaklumatTiadaTiada
cash registermesin daftar tunai/alat daftar tunaiEkonomiTiadaTiada
canondaftar karyaKesusasteraanTiada1. Dalam agama Kristian daftar kitab rasmi yang diterima sebagai sebahagian Alkitab, dianggap ilham daripada Tuhan.  2. Zaman sastera klasik daftar karya agung yang wajib dibaca oleh para siswa dan merupakan sebagai contoh untuk ditiru.
station loglog stesenKomunikasiKorporatDaftar senarai bahan siaran yang ke udara untuk keperluan siaran dalam sehari. Daftar ini boleh berbentuk cetakan dan salinan cetakan atau berkomputer. Senarai log ini mengandungi nama rancangan yang akan ke udara, iklan, pengumuman khidmat awam, promo, penyiaran azan, dan pengumuman lain seperti yang tercatat dalam jadual rancangan untuk hari berkenaan. Bahan ini disusun secara kronologi mengikut waktu siaran yang telah ditetapkan lebih awal. Fungsi log ini adalah untuk menjadi rujukan kepada petugas siaran pada hari berkenaan. Daftar ini juga berfungsi untuk memantau atau mengenal pasti sama ada sesuatu rancangan yang disusun akan disiarkan pada hari berkenaan atau tidak. Pihak yang menggunakan log ini biasanya ialah petugas di bilik kawalan utama, penerbit konti, serta petugas tenaga teknikal lain pada hari berkenaan. Log ini juga penting kepada sesebuah stesen penyiaran radio atau televisyen yang mempunyai kerjasama penyiaran rancangan dengan saluran lain, sama ada saluran tempatan atau luar negara. Sesebuah stesen penyiaran akan menyiarkan rancangan kerjasama secara bergilir-gilir dengan menggunakan saluran stesen masing-masing. Oleh itu, setiap petugas di stesen berkenaan perlu jelas dengan pertukaran masa siaran di saluran masing-masing dengan merujuk kepada daftar log siaran tersebut.
instruction registerdaftar arahanKejuruteraanTiadaDaftar di dalam komputer yang mengandungi alamat arahan semasa.
link registerdaftar pautKejuruteraanTiadaDaftar, biasanya berkemuatan satu bit, yang menjadi tempat penyambungan dua operand seperti dalam suruhan anjak logik.
baptism registerdaftar pentansiranSejarahTiadaDaftar yang merakamkan senarai penganut agama Kristian yang telah melalui acara pentansiran.
cross indexdaftar silangKomunikasiTiadaDaftar perkataan atau istilah khusus yang disenaraikan di bahagian akhir buku sebagai rujukan makna atau penggunaannya. Istilah yang di senarai ditandai dengan muka surat rujukan kandungan. indeks silang.
12345678910...

Kembali ke atas