Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ga.ngan] | داݢڠن

Definisi : barang-barang yg dipikul; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ga.ngan] | داݢڠن

Definisi : barang-barang yg diperdagangkan (diperniagakan atau dijualbelikan, biasanya di atau ke tempat atau negeri asing): pd ketika itu bapaku menjadi saudagar, membawa ~ belayar pergi datang ke negeri Siak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ga.ngan] | داݢڠن

Definisi : 1 barang-barang yg diperjualbelikan atau diperniagakan: Barang ~nya terdiri drpd kain batik, kain songket dan kain kasa. 2 urusan dagang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dagangan

Puisi
 

Bawa mari ke kedai Cina,
     Kerana itu buah dagangan;
Hidup kita biar sempurna,
     Kerana dunia ini adalah tumpangan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Dagangan bersambut yang dijualnya.

Bermaksud :

Cerita daripada orang lain yang diceritakannya. dagangan bersambut = barang amanah.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan di talian, Penggunaan perkataan banyak yang manakah dalam ayat contoh di bawah. 1. Kelapa sawit ialah tanaman dagangan yang banyak mempunyai kegunaan kepada kita. atau 2. Kelapa sawit ialah tanaman dagangan yang mempunyai banyak kegunaan kepada kita. Saya pendapat bahawa ayat 1 betul kerana mengikut hukum DM, perkataan lain tidak boleh disisipkan antara sesuatu perbuatan. Minta komen pihak tuan. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Kelapa sawit ialah tanaman dagangan yang mempunyai banyak kegunaan kepada kita kerana kegunaan itu yang banyak bukannya mempunyai yang banyak.Tatabahasa19.06.2012
Saya mohon bertanya cara tulis perkataan "seksyen" dalam akta tertentu dalam teks tesis, adakah bermula dengan huruf besar atau huruf kecil semua. Contoh: ..disebut dalam Seksyen 29 Akta Dagangan.. ..disebut dalam seksyen 29 Akta Dangan.. Terima kasihSeksyen 29 Akta Dagangan - huruf awal ditulis dengan huruf besar kerana Seksyen merupakan nama khas atau bahagian daripada tajuk perkara.
Ejaan23.10.2018
salam, ketika bila penggunaan 'commercial' diterjemahkan kepada dagangan atau perdagangan dalam istilah ekonomi dan perdagangan? t.kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perdagangan bermaksud perihal berdagang, urusan ber­niaga, perniagaan (biasanya antara negara-negara): cukai yang tinggi ke atas barang-barang yang diimport menyekat ~ antara dua buah negara itu; usaha-usaha untuk memaju­kan ~ antara negara-negara yang sedang maju;


Dagangan pula bermaksud barang-barang yang diperjualbelikan atau diperniagakan: Barang ~nya terdiri daripada kain batik, kain songket dan kain kasa. 2 urusan dagang.

Kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks ayat dan lazimnya perdagangan digunakan bagi terjemahan commercial. Puan boleh merujuk data melalui http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=commercial .
Penyemakan dan penterjemahan15.06.2016
Assalamualaikum dan hi, Boleh saya tahu, untuk Cap Dagangan (nama produk terutamanya) yang rasmi berdaftar dengan myIPO boleh ditransliterasikan kepada tulisan Jawi? contoh: Adobe®, Adobe Flash® Adakah nama produk tersebut perlu dikekalkan dalam tulisan Rumi apabila menulis teks dalam tulisan Jawi?Teks yang telah dicapdagangkan, dikekalkan seperti yang berdaftar. Sekiranya perlu, tuan boleh menambah tulisan Jawi di bawahnya tetapi teks yang berdaftar hendaklah dikekalkan. Lain-lain20.12.2023
Hi DBP Team, Saya ingin bertanya apakah terjemahan yang betul untuk "Inverse Exchange Traded Funds (ETFs)"? Perkataan ETF dalam Bahasa adalah "Dana Dagangan Bursa". Cuma saya tak pasti "inverse" itu apakah terjemahannya. Contoh ayat: "Inverse ETF is designed to provide return that is the opposite performance of an index" Jika Tuan perlu pemahaman yang lebih mendalam, boleh juga melihat educational video yang Bursa published on Youtube. Tajuk: Bursa Leverage & Inverse ETF (by Bursa Marketplace, published on 7 Feb 2019) Look forward to your reply, terima kasih ya.

Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi istilah “Inverse Exchange Traded Funds (ETFs)”. Walau bagaimanapun, terdapat istilah “inverse” yang dipadankan sebagai songsang (Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu). Cadangan kami bagi istilah “Inverse Exchange Traded Funds (ETFs)” ialah Dana Dagangan Bursa Songsang.

 



Istilah15.05.2019
apakah terjemahan yang paling tepat dan sesuai untuk terma perbankan 1. "revolving trade facility" . Saya pernah cuba menterjemahkan ia kepada "fasiliti dagangan pusingan" tetapi khuatir ia susah difahami. Apakah alternatif terjemahan lain yang boleh saya cuba supaya ianya mudah difahami awam. 2. "Joint and Several Guarantee" Sebelum ini saya telah menterjemahkan ia kepada "Jaminan Bersama dan Berasingan" tetapi ada pihak yang berpendapat ianya terjemahan yang tidak tepat untuk terma berikut. 3. "Recourse" - contoh ayat "You are required to bear all GST charges incurred on any expenses, fees or recourse in respect of this product" di dalam hal ini, adakah tepat untuk saya menterjemahkan ia kepada fi dan rekursa?Yang berikut padanan bahasa Melayu:

1. Revolving trade faciliti = Kemudahan Pusingan Perdagangan
2. Joint and several Guarantee = Jaminan Bersama dan Berasingan
3. recourse = Rekursa
Penyemakan dan penterjemahan15.06.2016
Pihak kami ingin bertanya tentang garis panduan untuk pendaftaraan nama untuk bangunan. 1. Bolehkah perkataan bahasa Inggeris digunakan? 2. Nama jenama perlukah ditanda dagangan dahulu sebelum didaftar? Contohnya; Menara "General Electric". Atau "General Electric" Tower?Bagi penamaan nama bangunan perlu menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Bagi penamaan dalam bahasa Inggeris tidak akan diluluskan oleh pihak DBP. Cadangan terjemahan bagi penamaan bangunan yang dicadangkan ialah "Menara Elektrik Awam".Lain-lain30.05.2022
(a) Terjemahan mana-mana bahasa luarnegara kepada bahasa melayu dan (b) terjemahan mana-mana bahasa luarnegara kepada bahasa inggeris untuk tujuan pendaftaran cap dagangan.Untuk perkhidmatan penterjemahan sila hubungi Institut Terjemahan Negara atau Persatuan Penterjemah Malaysia.Lain-lain03.09.2007
Adakah sama penggunaan perkataan titipan dalam bahasa Melayu dengan bahasa Arab?Tolong berikan maksud perkataan tersebut.Titip bermaksud (i) memberikan sesuatu untuk disimpan (disampaikan kepada orang lain), mengamanahkan; (ii) menyerahkan (barang dagangan) supaya dijual. Titipan bermaksud sesuatu yang dititipkan (diamanahkan).Makna15.03.2008
terjemahan bagi perkataan `courier' (adakah kurier?) dan perkataan `consigment' (adakah konsigmen?)

Courier - perkhidmatan kiriman cepat.

Consignment - konsainan (berniaga dengan cara pesanan dan perjanjian melalui ejen yang menjalankan semua urusan dan kiriman dagangan)

Istilah02.03.2009
1234

Kembali ke atas