Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ga.ngan] | داݢڠن

Definisi : barang-barang yg dipikul; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ga.ngan] | داݢڠن

Definisi : barang-barang yg diperdagangkan (diperniagakan atau dijualbelikan, biasanya di atau ke tempat atau negeri asing): pd ketika itu bapaku menjadi saudagar, membawa ~ belayar pergi datang ke negeri Siak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ga.ngan] | داݢڠن

Definisi : 1 barang-barang yg diperjualbelikan atau diperniagakan: Barang ~nya terdiri drpd kain batik, kain songket dan kain kasa. 2 urusan dagang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dagangan

Puisi
 

Bawa mari ke kedai Cina,
     Kerana itu buah dagangan;
Hidup kita biar sempurna,
     Kerana dunia ini adalah tumpangan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Dagangan bersambut yang dijualnya.

Bermaksud :

Cerita daripada orang lain yang diceritakannya. dagangan bersambut = barang amanah.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
trading limithad daganganPentadbiran PerniagaanTiada1. Merujuk kepada banyak mana harga sesuatu komoditi atau sekuriti boleh naik atau turun dalam hari dagangan. 2. Amaun dagangan yang dibenarkan kepada pelabur.
last tradedagangan terakhirPentadbiran PerniagaanTiadaHarga dagangan terakhir sesuatu sekuriti dalam sesuatu hari dagangan.
radar alertawasan radarPentadbiran PerniagaanTiadaTindakan mengawas aktiviti dagangan untuk melihat pola dagangan yang luar biasa yang mungkin menunjukkan percubaan ambil alih.
nontraded goodsbarang bukan daganganEkonomiTiadaBarang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara untuk pasaran dalam negeri dan bukan untuk pasaran antarabangsa. Kos pengangkutan yang tinggi dan sekatan perdagangan mungkin merupakan antara faktor yang menyebabkan barangan tidak dapat diperdagangkan ke luar negeri. Sinonim barangan bukan dagangan, komoditi bukan dagangan.
trading haltrenti daganganPentadbiran PerniagaanTiadaPemberhentian sementara dagangan sesuatu sekuriti atau pasaran secara keseluruhan kesan daripada berita buruk yang menyebabkan ketidakseimbangan.
long term tradingdagangan jangka panjangPentadbiran PerniagaanTiadaStrategi dagangan yang melibatkan pembelian sekuriti yang hendak dipegang dalam jangka masa yang lama.
trading suspensiongantung daganganPentadbiran PerniagaanTiadaPemberhentian sementara dalam dagangan sesuatu sekuriti sesebuah syarikat buat sementara atas sebab-sebab tertentu.
nontraded commoditybarangan bukan daganganEkonomiTiadaLihat barang bukan dagangan.
volume of trade theoryteori volum daganganPentadbiran PerniagaanTiadaTeori teknikal yang berdasarkan volum dagangan untuk mengukur kekuatan atau kelemahan pasaran.
trade secretrahsia daganganKejuruteraanKejuruteraan KimiaCiptaan yang dipraktikkan oleh syarikat tertentu, yang dilindungi oleh undang-undang dagangan untuk tidak diketahui umum.
12345678910...

Kembali ke atas