Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ging] | داݢيڠ

Definisi : 1. isi (pd manusia atau binatang) di antara kulit dgn tulang: ~ lembu; ~ kambing; ~ paha daging pd paha; 2. isi buah yg lembut (bahagian di antara kulit dgn biji buah): buah embacang itu tebal ~nya; 3. tubuh manusia (sbg imbangan jiwa dan batin); ~ asap daging yg dikeringkan dan diawet dgn asap; ~ asin daging yg digarami; ~ basah da­ging yg baru (dr binatang yg baru disem­belih); ~ batang pinang daging (lembu, kerbau dsb) lem­but dan kurang lemak (berkualiti tinggi) drpd bahagian belakang dan sisi badan di antara tulang rusuk dgn tulang paha; ~ kain susunan be­nang pd kain; ~ kancing hujung daging yg keras dan liat; ~ menempel ketuat, mata ikan; bangau, bangau minta aku leher, badak, badak minta aku ~ prb iri hati melihat ke­lebihan orang lain; sebusuk-busuk ~, dikincah dimakan juga prb membersihkan nama kaum kerabat drpd celaan; berdaging 1. mempunyai daging, gemuk; 2. ki kaya; (sudah) tidak ~ lagi sudah kurus benar atau sudah jatuh miskin; mendaging 1. menjadi (spt) daging: isi duri­an itu sudah mula ~ ayam; 2. mulai sembuh (bkn luka dsb): lukanya sudah mula ~; terdaging 1. sampai ke daging (bkn hirisan dsb); 2. ki sangat melukai hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ging] | داݢيڠ

Definisi : 1 isi badan di antara kulit dgn tulang: ~ lembu ada dijual di pasar. 2 isi buah (spt buah mempelam, durian) yg lembut. ~ batang pinang daging lembu, kerbau dsb yg lembut dan kurang lemak drpd bahagian belakang dan sisi badan di antara tulang rusuk dgn tulang paha. berdaging 1 mempunyai daging. 2 gemuk; berisi. mendaging 1 menjadi tebal isinya (bkn buah-buahan): Isi durian itu sudah mula ~. ~ ayam sudah tebal dan penuh isinya (bkn durian) dan sudah cukup masak. 2 mula sembuh (luka dll): Lukanya belum ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daging

Puisi
 

Daging ada berbatang tiga,
     Orang berjemur di batang padi;
Saya hendak kasih bertiga,
     Rasa kiamat di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Lemak penyelar daging.

Bermaksud :

Memboroskan harta benda tuannya. penyelar = penggoreng.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
porkyadj 1. of, like pork, spt daging babi: the meat has a ~ flavour , daging itu rasa spt daging babi; 2. ( colloq ) fat , gemuk: a ~ young man , pemuda yg gemuk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fleshn 1. soft part of animal body, daging: lions are ~ -eating animals, singa ialah binatang pemakan daging; the ~ of his arm was firm, daging lengannya pejal; 2. (of fruit, vegetable) pulpy substance, isi, daging: the ~ is sweet and juicy, isinya manis dan berair; 3. (colour), (warna) kulit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beefn 1. (meat) daging lembu: roast ~, daging lembu panggang; 2. ox, cow reared for its meat, lembu daging; 3. muscle, badan sso berotot-otot: a boxer with plenty of ~, peninju yg badannya berotot-otot; 4. (sl) complaint, rungutan, sungutan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
trim~ st /away, off/, membuang sst: the butcher ~med off the fat from the meat, penjual daging membuang lemak dr daging itu; she ~med the crust off the bread, dia membuang kerak dr roti itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
prefervt 1. like better, lebih suka: I ~ beef to chicken, saya lebih suka daging lembu drpd daging ayam; he ~red to stay at home rather than go with us, dia lebih suka tinggal di rumah drpd pergi bersama kami; 2. (leg.) membuat: the police did not ~ charges against him, pihak polis tdk membuat sebarang tuduhan terhadapnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
meatn 1. flesh of animal used as food, daging: he prefers ~ to fish, dia lebih suka daging drpd ikan; ~ eating birds, burung yg makan daging; 2. important part (of st) isi: there’s not much ~ in the eKamus Inggeris-Melayu Dewan
haunchn 1. (part of body ) punggung, pinggul; 2. leg and loin of deer, daging paha dan daging pinggul (rusa).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
porkndaging babi: ~ sausages, sosej daging babi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
skewer n pencucuk (daging): small pieces of meat grilled on a ~, ketulan-ketulan daging yg kecil dipanggang dgn menggunakan pencucuk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
frazzlen; (colloq) be burnt to a ~, (jadi) rentung: he forgot to take the meat out of the oven, and it was burnt to a ~, dia terlupa mengeluarkan daging dr ketuhar, lalu daging itu pun rentung; be worn to a ~, berasa separuh mati: after teaching the whole day and cooking the children’s dinner, she was worn to a ~, selepas sehari suntuk mengajar dan menyediakan makan malam utk anak-anak, dia berasa separuh mati.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas