Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ging] | داݢيڠ

Definisi : 1. isi (pd manusia atau binatang) di antara kulit dgn tulang: ~ lembu; ~ kambing; ~ paha daging pd paha; 2. isi buah yg lembut (bahagian di antara kulit dgn biji buah): buah embacang itu tebal ~nya; 3. tubuh manusia (sbg imbangan jiwa dan batin); ~ asap daging yg dikeringkan dan diawet dgn asap; ~ asin daging yg digarami; ~ basah da­ging yg baru (dr binatang yg baru disem­belih); ~ batang pinang daging (lembu, kerbau dsb) lem­but dan kurang lemak (berkualiti tinggi) drpd bahagian belakang dan sisi badan di antara tulang rusuk dgn tulang paha; ~ kain susunan be­nang pd kain; ~ kancing hujung daging yg keras dan liat; ~ menempel ketuat, mata ikan; bangau, bangau minta aku leher, badak, badak minta aku ~ prb iri hati melihat ke­lebihan orang lain; sebusuk-busuk ~, dikincah dimakan juga prb membersihkan nama kaum kerabat drpd celaan; berdaging 1. mempunyai daging, gemuk; 2. ki kaya; (sudah) tidak ~ lagi sudah kurus benar atau sudah jatuh miskin; mendaging 1. menjadi (spt) daging: isi duri­an itu sudah mula ~ ayam; 2. mulai sembuh (bkn luka dsb): lukanya sudah mula ~; terdaging 1. sampai ke daging (bkn hirisan dsb); 2. ki sangat melukai hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ging] | داݢيڠ

Definisi : 1 isi badan di antara kulit dgn tulang: ~ lembu ada dijual di pasar. 2 isi buah (spt buah mempelam, durian) yg lembut. ~ batang pinang daging lembu, kerbau dsb yg lembut dan kurang lemak drpd bahagian belakang dan sisi badan di antara tulang rusuk dgn tulang paha. berdaging 1 mempunyai daging. 2 gemuk; berisi. mendaging 1 menjadi tebal isinya (bkn buah-buahan): Isi durian itu sudah mula ~. ~ ayam sudah tebal dan penuh isinya (bkn durian) dan sudah cukup masak. 2 mula sembuh (luka dll): Lukanya belum ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daging

Puisi
 

Daging ada berbatang tiga,
     Orang berjemur di batang padi;
Saya hendak kasih bertiga,
     Rasa kiamat di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Lemak penyelar daging.

Bermaksud :

Memboroskan harta benda tuannya. penyelar = penggoreng.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fleshmerah daging; dagingKesenianTiadaTiada
fleshmerah daging; dagingPerubatanTiadaTiada
fleshmerah daging; dagingPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
meat tenderizerbahan pelembut daging; pengetuk dagingPentadbiran PerniagaanTiada1. Bahan pelembut daging: Cecair yang bertindak sebagai pelembut. 2. Pengetuk daging: Alat seperti pemukul untuk melembutkan daging.
meat analogueanalog dagingMakanan dan PemakananMakananMakanan yang tidak mengandungi daging serta ramuan yang berasaskan haiwan, tetapi diformulasikan dengan bahan, perisa, tekstur dan rupa bentuk menyerupai produk daging. Contoh analog daging ialah bebola daging sayur-sayuran yang diperbuat daripada kacang soya.
meat loaflof daging; buku dagingPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
porkdaging babiPentadbiran PerniagaanTiadaDaging babi segar atau daging babi yang telah diasinkan semasa penyediaannya untuk sajian.
rumpdaging batang pinang; pinggulPentadbiran PerniagaanTiada1. Punggung: Bahagian belakang badan binatang tempat kaki dan belakang bersambung.,2. Daging batang pinang: Potongan daging biasanya lembu, yang terletak di belakang loin dan di atas daging sepaha.
beef teaminuman rebusan dagingPentadbiran PerniagaanTiadaMinuman daripada esen atau pati daging hasil renehan kaldu daging dalam masa yang lama.
beef teaminuman rebusan dagingPentadbiran PerniagaanTiadaMinuman daripada esen atau pati daging hasil renehan kaldu daging dalam masa yang lama.
12345678910...

Kembali ke atas