Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.gu] | داݢو

Definisi : 1. bahagian muka di sebelah bawah mulut; ~nya spt lebah bergantung ki dagu yg cantik; 2. bahagian sesuatu yg menyerupai dagu; ~ keris hujung ganja keris; spt janggut pulang ke ~ prb kena pd tempatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.gu] | داݢو

Definisi : bahagian muka yg di bawah mulut: ~nya tajam dan berjanggut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dagu

Puisi
 

Seri Mersing lagu Melayu,
     Mari dikarang zaman dahulu;
Duduk termenung menongkat dagu,
     Mengenang nasib dagang piatu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Seperti janggut pulang ke dagu.

Bermaksud :

Memang sudah pada tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUKA

Muka ialah bahagian depan kepala seseorang. Ia

terdiri daripada dahi, mata, hidung, mulut, pipi, dan

dagu. Muka dilitupi otot dan kulit. Mata dilindungi

daripada silauan dan habuk oleh kelopak mata, bulu

mata, dan bulu kening. Hujung hidung terdiri

daripada rawan dan kulit, yang bertindak sebagai

kusyen yang anjal. Saluran hidung diliputi bulu

halus yang menyaring habuk dan kotoran dalam

udara daripada masuk ke dalam hidung. Mulut

termasuk bibir, gigi, lidah, dan lelangit, dilapisi

membran mukus. Rahang bawah adalah satu-satunya

bahagian tulang pada muka yang bergerak.

UMUM 
MANDIBEL

Mandibel atau tulang rahang bawah, berbentuk

seperti ladam kuda. Kita boleh merasakan

keseluruhan tulang ini dari dagu hingga ke pelipis.

UMUM 
BURNSIDE, AMBROSE EVERETT

Burnside, Ambrose Everett (1824–1881)

ialah jeneral Kesatuan dalam Perang Saudara

Amerika. Namanya menjadi sebahagian

daripada bahasa Inggeris kerana kejayaannya

mempopularkan sejenis gaya jambang. Tabiatnya

mencukur janggut di dagu dan membiarkan

jambang tumbuh di pipinya telah melahirkan

istilah burnside (jambang) yang kemudiannya

berubah menjadi sideburn.

UMUM 

Kembali ke atas