Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.gu] | داݢو

Definisi : 1. bahagian muka di sebelah bawah mulut; ~nya spt lebah bergantung ki dagu yg cantik; 2. bahagian sesuatu yg menyerupai dagu; ~ keris hujung ganja keris; spt janggut pulang ke ~ prb kena pd tempatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.gu] | داݢو

Definisi : bahagian muka yg di bawah mulut: ~nya tajam dan berjanggut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dagu

Puisi
 

Seri Mersing lagu Melayu,
     Mari dikarang zaman dahulu;
Duduk termenung menongkat dagu,
     Mengenang nasib dagang piatu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Seperti janggut pulang ke dagu.

Bermaksud :

Memang sudah pada tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Haji Daik duduk di pintu, Dagu ditumpang menggigit jari; Memang pahit hidup dimadu, Biar bujang seorang diri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Datuk Merpatu konon cerita, Beranak naga Sang Seri Bulan; Bertongkat dagu bersengkang mata, Menanti pulang dirimu tuan.Pantun Melayu SarawakKasih
Seri Mersing lagu Melayu, Mari dikarang zaman dahulu; Duduk termenung menongkat dagu, Mengenang nasib dagang piatu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Kalau menggulung kuih sagu, Jangan lupa menaruh inti; Orang termenung menupang dagu, Itulah tanda kecewa di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hujan di hulu hujan di hilir, Hujan turun rintik-rintik; Pandang dagu pandang leher, Pandang kening bertambah cantik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pergi mencari si kayu laku, Pacat sampai naik ke kaki; Jangan termenung menongkat dagu, Kerja lain banyak lagi.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Yam Tuan pergi ke rimba, Tangkap merbuk pandai berlagu; Janganlah tuan mencabar hamba, Takut penumbuk hinggap ke dagu.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan

Kembali ke atas