Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.gu] | داݢو

Definisi : 1. bahagian muka di sebelah bawah mulut; ~nya spt lebah bergantung ki dagu yg cantik; 2. bahagian sesuatu yg menyerupai dagu; ~ keris hujung ganja keris; spt janggut pulang ke ~ prb kena pd tempatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.gu] | داݢو

Definisi : bahagian muka yg di bawah mulut: ~nya tajam dan berjanggut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dagu

Puisi
 

Seri Mersing lagu Melayu,
     Mari dikarang zaman dahulu;
Duduk termenung menongkat dagu,
     Mengenang nasib dagang piatu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Seperti janggut pulang ke dagu.

Bermaksud :

Memang sudah pada tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dagudaguMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon. Dagu ialah dram berbentuk tong yang boleh didapati dalam pelbagai saiz. Alat muzik ini mempunyai dua muka kulit yang dipasang pada buluh dengan paku logam. Alat ini dipukul dengan sepasang pemukul kayu dan dimainkan dalam ensembel muzik tradisional Cina.

dagudaguKesenianTiadaBahagian bawah jentera yang berupa papan beralur yang menjadi tapak gigi jentera.
dagudaguKerisTiadaBahagian ganja yang terletak di bawah kepala cicak. Bahagian ini tebal dan tumpul.
mentalmentam; mental; daguPerubatanTiada1. Mental: Berkaitan dengan ingatan atau psikik.,2. Dagu: Berkaitan dengan dagu.
abhanggaabhanggaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKajian ikonografi dalam menentukan lurus atau sengetnya satu garis lurus yang dapat diukur dari bahagian tengah mahkota atau rambut ke bahagian dagu, dari dagu ke pusat dan dari pusat ke bahagian buku lali kaki. Biasanya, kedudukan arca ini tidak berdiri lurus sepenuhnya dan dapat dilihat sama ada bahagian badan atau pinggangnya yang bengkok sedikit, sama ada ke kanan atau ke kiri. Abhangga berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud diri tegak.
chin puckering habitkebiasaan mengerut daguPerubatanTiadaTabiat mengerutkan dagu menyebabkan ketegangan otot di sekeliling gigi, maloklusi dan juga mengganggu rawatan cabutan bersiri.
head tilt-chin liftangkat dagu dongak kepalaPerubatanTiadaTeknik mendongakkan dagu ke atas dengan menggunakan dua jari manakala sebelah tangan lagi menekan dahi ke bawah untuk membuka salur udara. Teknik ini biasanya digunakan semasa resusitasi kardiopulmonari.
chin capkap daguPerubatanTiadaAplians luar mulut ortodontik terdiri daripada radas berbentuk kap, dipadankan ke dagu dan disambungkan ke gear kepala dengan gelung kenyal, untuk merawat pronatisme.
straight inside to the chintumbuk lurus ke daguSukanTiadaSatu tumbukan yang dilepaskan ke dagu pihak lawan semasa pihak lawan melepaskan tumbukan kepadanya.
chindaguPerubatanTiadaBonjolan anterior rahang bawah; mentum.
123456

Kembali ke atas