Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ha.ga] | دهاݢا

Definisi : 1. berasa kering kerongkong dan hendak minum, haus; 2. keinginan keras hen­dak minum, haus; melepaskan (menghilang­kan) ~ minum (banyak-banyak) sehingga tidak haus lagi; 3. ki sangat ingin akan sesuatu: anak kecil itu begitu ~ akan kasih sayang kedua-dua ibu bapanya; anak-anak Melayu yg ~ akan ilmu pengetahuan; berdahaga menanggung rasa dahaga: dia sen­tiasa mengasingkan diri drpd orang ramai dan sentiasa berlapar dan ~; mendahagai dahaga akan, sangat inginkan, mahukan (sesuatu) dgn amat sangat: ia ~ pujukan mesra; ~ kasih sayang; mendahagakan menyebabkan berasa dahaga (haus), menghauskan; kedahagaan perihal dahaga, kehausan, ke­inginan (akan sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ha.ga] | دهاݢا

Definisi : ; ~-dahagi; ® dahagi I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ha.ga] | دهاݢا

Definisi : 1 berasa hendak minum; haus: ~ betul saya hari ini kerana saya pergi berkawad di padang. 2 keinginan (perasaan) hendak minum; haus: Dia dpt mengatasi lapar dan ~ dlm perjalanan itu. 3 ki berasa ingin (akan sesuatu): Dia ~ akan kasih sayang ibunya. mendahagai berasa ingin akan sesuatu: Anak-anak yatim itu ~ kasih sayang keluarga. mendahagakan menyebabkan (membuat) berasa dahaga; menghauskan: Bermain bola di tengah panas dpt ~ kita. kedahagaan 1 menderita dahaga; berasa dahaga; kehausan. 2 perasaan atau keadaan dahaga; kehausan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dahaga

Puisi
 

Tuan di rumah masak pegaga,
     Biarlah saya mencari cendawan;
Biarlah saya lapar dan dahaga,
     Asalkan dapat bersama tuan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tak dahaga si penunggu telaga.

Bermaksud :

Kalau berhampiran dengan orang besar-besar atau orang berilmu maka sedikit banyaknya akan mendapat pertolongan atau pengetahuan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin menanyakan satu soalan. Perkataan DAHAGA mempunyai perkataan berlawan atau tidak? Jika ada, apakah perkataan berLAWAN bagi DAHAGA?Bukan semua perkataan mempunyai kata lawan. Dalam hal ini tiada kata lawan bagi kata dahaga.  Lain-lain21.03.2008
Salam sejahtera tuan. Saya ingin bertanya mengenai perkataan yang sepadan dengan perbuatan minum. Kalau makan, KENYANG. Kalau minum, adakah sepadan dengan "KENYANG"? Atau ada perkataan lain yang sepadan/ sesuai? Terima kasih.Perkataan yang sepadan dengan perbuatan minum seumpama KENYANG untuk perbuatan makan, ialah HILANG DAHAGALain-lain09.03.2017
1. Dia pahit akan kemesraan dan kasih sayang seorang ayah. Adakah kegunaan perkataan 'pahit' dalam ayat ini betul. Jika salah apakah perkataan yang lebih sesuai. sekiranya betul apakah maksud ayat ini?1. Dia pahit akan kemesraan dan kasih sayang seorang ayah. - perkataan pahit tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut, antara perkataan lain yang lebih sesuai ialah dahaga (sangat ingin akan sesuatu).Tatabahasa07.12.2009
Rujukan sajak bertajuk Di Perpustakaan.Karya Shafie Abu Bakar.

Di Perpustakaan

 

Melangkah ke ruangmu

satu pertukaran yang kontras

dari kehangatan merata

ke kedinginan yang menerpa

terlalu hening di sini

gua pendeta bersemadi

di puncak sepi

di sana sini

kepala-kepala runduk meneliti

mata dan fikir bersebati.

 

Maju ke ruang buku

terlalu kerdil aku di sini terapung di laut ilmu

tercurah berzaman

dalam tak terselam

betapa pun kulayari

bahtera ilmu di sini

tak terteroka

yang akan kucatat

hanya setitik dari tinta

yang akan kupetik

hanya sebiji dari mutiara

engkau adalah pusaka moyang

gedung peradaban insan

terhimpun berzaman.

 

bersemadi di sini

aku adalah pelayar yang dahaga

di dada samudera tak berpantai

betapa pun keteguk darinya

dahaga tak pernah langsai

Lain-lain28.03.2010
Tuan/ Puan, Saya Ms Summer dari Syarikat Wen Ken Sdn Bhd (Kilang Pembuatan Air Penyejuk Cap Kaki Tiga). Kami ingin mengetahui perkataan yang sesuai untuk menunjukkan seseorang dalam keadaan 'intense thirst'. Kami ingin menggunakan 'intense thirst' dalam indikasi baru untuk Air Penyejuk Cap Kaki Tiga, di mana Inggerisnya adalah" "Traditionally used to relieve fever, intense thirst and body heatiness." Harap Tuan/ Puan dapat membantu dan memberi cadangan yang sesuai untuk keadaan dahaga yang disebabkan oleh panas badan. Sekian terima kasih.Untuk makluman puan, tidak terdapat istilah yang khusus untuk intense thirst. Walau bagaimanapun, dalam konteks ayat yang diberikan, perkataan yang sesuai ialah kedahagaan.Istilah19.09.2012
Salam sejahtera. Apakah perbezaan antara memberi dan memberikan, memadam dan memadamkan? terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, memberi 1. menyampaikan (sesuatu) kpd seseorang (utk disimpan, digunakan atau utk sesuatu keperluan): kerani itu ~ saya dua helai borang kosong utk diisi; dia ~ adiknya sebuah buku cerita. Memberikan pula bermaksud 1. menyerahkan sesuatu kpd: ada orang yg sudi ~ sesuap nasi kepadanya; 2. melakukan sesuatu utk (faedah) orang lain: ~ pelajaran; ~ pertolongan; ~ layanan yg istimewa; 3. menyatakan sesuatu kpd orang lain spt yg diperlukan atau dikehendaki: ~ taklimat fatwa; 4. mendatangkan, menghasilkan: makanan yg ~ tenaga; ~ kesan. Istilah yang betul ialah memadamkan, bukan memadam yang bermaksud 1. mematikan (api dll): ~ api; lampu hendak kaupadamkan; 2. meng­hilangkan (perasaan, keinginan, semangat, dll), menenangkan: ~ berahi; ~ sekali segala harapan; 3. meredakan, menenteramkan (kekacauan dll); 4. menghilangkan dahaga; 5. menghilangkan, melenyapkan: angin sejuk itu tidak dapat ~ titik-titik keringat di dahinya; ~ tulisan;  Tatabahasa29.07.2010
saya ingin dapatkan madah yang indah tentang menuntut ilmu atau pendidikanKelebihan Ilmu Ilmu itulah gemala sakti,Sinarnya cerah cahaya sejati,Asalnya puncanya lamun didapati,Sukar bercerai sehingga mati. Harganya tidak dapat ternilaikan,Sebuah dunia belinya bukan,Kuasanya besar sukat digunakan,Di laut, di darat, di rimba, di pekan. Masa seorang ialah taulan,Teman berbeka, suluh berjalan,Masa berhimpun ia pengenalan,Hias penyata polan si polan. Bagi yang duka ia penghibur,Ia penerang bagi yang kabur,Ialah kandil di dalam kubur,Lamun dengannya beramal subur. Ia penerang jalan ke syurga,Ia pemuas tekak yang dahaga,Ialah sungai, ialah telaga,Laut yang luas ialah juga. Ialah alat sangat berguna,Idaman orang yang bijaksana,Hamparnya luas amat saujana,Tepinya ajal sempadannya fana.  (Pendeta Za’ba,) Lain-lain26.07.2008

Kembali ke atas