Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ha.ga] | دهاݢا

Definisi : 1. berasa kering kerongkong dan hendak minum, haus; 2. keinginan keras hen­dak minum, haus; melepaskan (menghilang­kan) ~ minum (banyak-banyak) sehingga tidak haus lagi; 3. ki sangat ingin akan sesuatu: anak kecil itu begitu ~ akan kasih sayang kedua-dua ibu bapanya; anak-anak Melayu yg ~ akan ilmu pengetahuan; berdahaga menanggung rasa dahaga: dia sen­tiasa mengasingkan diri drpd orang ramai dan sentiasa berlapar dan ~; mendahagai dahaga akan, sangat inginkan, mahukan (sesuatu) dgn amat sangat: ia ~ pujukan mesra; ~ kasih sayang; mendahagakan menyebabkan berasa dahaga (haus), menghauskan; kedahagaan perihal dahaga, kehausan, ke­inginan (akan sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ha.ga] | دهاݢا

Definisi : ; ~-dahagi; ® dahagi I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ha.ga] | دهاݢا

Definisi : 1 berasa hendak minum; haus: ~ betul saya hari ini kerana saya pergi berkawad di padang. 2 keinginan (perasaan) hendak minum; haus: Dia dpt mengatasi lapar dan ~ dlm perjalanan itu. 3 ki berasa ingin (akan sesuatu): Dia ~ akan kasih sayang ibunya. mendahagai berasa ingin akan sesuatu: Anak-anak yatim itu ~ kasih sayang keluarga. mendahagakan menyebabkan (membuat) berasa dahaga; menghauskan: Bermain bola di tengah panas dpt ~ kita. kedahagaan 1 menderita dahaga; berasa dahaga; kehausan. 2 perasaan atau keadaan dahaga; kehausan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dahaga

Puisi
 

Tuan di rumah masak pegaga,
     Biarlah saya mencari cendawan;
Biarlah saya lapar dan dahaga,
     Asalkan dapat bersama tuan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tak dahaga si penunggu telaga.

Bermaksud :

Kalau berhampiran dengan orang besar-besar atau orang berilmu maka sedikit banyaknya akan mendapat pertolongan atau pengetahuan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Dahaga buku di PattaniRoosfa HashimUtusan Malaysia11.06.2007
Dahaga KasihAnwar RidhwanUtusan Zaman20.06.1971
DahagaZulkifli MathBorneo Mail03.09.1995
Dahaga Secangkir KasihZafruzetty AbadiPentas Dunia07.11.1993
Dahaga HidupJihaty AbadiUtusan Zaman15.03.1964
Dahaga Kepada KemurniaanZam IsmailBerita Minggu01.04.1961
Dahaga MerdekaAmira Akram A. MBerita Harian (Sastera dan Budaya)21.11.2000
Lapar Dahaga Dalam PasunganH. FansuriMingguan Malaysia26.11.2006
Yahya dahaga karya besarAdam SallehMetro Ahad19.04.1998
Lapar Dan DahagaK. BaliSabah Times19.02.1991
12

Kembali ke atas