Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ha.ga] | دهاݢا

Definisi : 1. berasa kering kerongkong dan hendak minum, haus; 2. keinginan keras hen­dak minum, haus; melepaskan (menghilang­kan) ~ minum (banyak-banyak) sehingga tidak haus lagi; 3. ki sangat ingin akan sesuatu: anak kecil itu begitu ~ akan kasih sayang kedua-dua ibu bapanya; anak-anak Melayu yg ~ akan ilmu pengetahuan; berdahaga menanggung rasa dahaga: dia sen­tiasa mengasingkan diri drpd orang ramai dan sentiasa berlapar dan ~; mendahagai dahaga akan, sangat inginkan, mahukan (sesuatu) dgn amat sangat: ia ~ pujukan mesra; ~ kasih sayang; mendahagakan menyebabkan berasa dahaga (haus), menghauskan; kedahagaan perihal dahaga, kehausan, ke­inginan (akan sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ha.ga] | دهاݢا

Definisi : ; ~-dahagi; ® dahagi I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ha.ga] | دهاݢا

Definisi : 1 berasa hendak minum; haus: ~ betul saya hari ini kerana saya pergi berkawad di padang. 2 keinginan (perasaan) hendak minum; haus: Dia dpt mengatasi lapar dan ~ dlm perjalanan itu. 3 ki berasa ingin (akan sesuatu): Dia ~ akan kasih sayang ibunya. mendahagai berasa ingin akan sesuatu: Anak-anak yatim itu ~ kasih sayang keluarga. mendahagakan menyebabkan (membuat) berasa dahaga; menghauskan: Bermain bola di tengah panas dpt ~ kita. kedahagaan 1 menderita dahaga; berasa dahaga; kehausan. 2 perasaan atau keadaan dahaga; kehausan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dahaga

Puisi
 

Tuan di rumah masak pegaga,
     Biarlah saya mencari cendawan;
Biarlah saya lapar dan dahaga,
     Asalkan dapat bersama tuan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tak dahaga si penunggu telaga.

Bermaksud :

Kalau berhampiran dengan orang besar-besar atau orang berilmu maka sedikit banyaknya akan mendapat pertolongan atau pengetahuan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
thirstydahagaPendidikanTiadaTiada
thirstdahagaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
anadipsiaanadipsiaPerubatanTiadaDahaga yang berlebihan, biasanya ciri sesetengah penyakit seperti psikosis manik depresif.
eudipsiaeudipsiaPerubatanTiadaRasa dahaga biasa.
dipsosisdipsosisPerubatanTiadaKeadaan terlampau dahaga.
adipsiaadipsiaPerubatanTiada1. Ketiadaan rasa dahaga,. 2. Keadaan tidak mahu minum yang tidak normal
refreshing drinkminuman menyegarkanPentadbiran PerniagaanTiadaMinuman ringan yang menghilangkan dahaga dan menyamankan badan seperti air buah-buahan.
adipsiaadipsiaPerubatanTiadaKeadaan abnormal yang menyebabkan seseorang mengelak daripada minum atau tidak terasa dahaga.
diabetes mellitusdiabetes melitusPerubatanTiadaPenyakit yang disebabkan gangguan fungsi hormon insulin yang mengakibatkan peningkatan paras gula darah. Diabetes melitus dicirikan oleh letih, dahaga, lapar, kerap kencing dan penurunan berat badan.
dehydrationpenyahhidratanMakanan dan PemakananPemakananKeadaan kekurangan cecair yang berlebihan akibat kekurangan pengambilan air atau kehilangan air yang berlebihan daripada tubuh semasa tubuh berpeluh, muntah atau cirit-birit. Antara gejala penyahhidratan termasuklah dahaga, kulit dan membran mukus kering, denyutan jantung yang cepat, dan tekanan darah rendah. Banding penghidratan.
123

Kembali ke atas