Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dahaga II;


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ergot alkaloidalkaloid ergotFarmasiFarmakologiSatu daripada kumpulan besar alkaloid yang diperoleh daripada kulat biasa, Claviceps purpurea.Alkaloid jenis ini terdiri daripada tiga k:umpulan, iaitu: i. Alkaloid yang mengandungi asid amino. Contohnya, ergotamina; ii. Alkaloid yang mengandungi asid amino dehidrogenat. Contohnya, dehidroergotamina; iii. Alkaloid amina. Contohnya, ergonovina. Alkaloid ergot (terutamanya ergonovina) mempunyai kesan oksitosik, iaitu membantu mempercepat kelahiran bayi dengan merangsang pengecutan otot uterus. Kini,ergonovina digunakan dalam bidang obstetrik untuk merawat kelemahan otot rahim selepas bersalin, melengkapkan pengguguran yang tidak lengkap atau pengguguran terlepas. Keracunan alkaloid ergot boleh berlaku mlDlgkin disebabkan oleh penggunaannya yang berpanjangan, berlebihan atau pengambilan secara tidak sengaja bijirin yang tercemar. Kesan arteri koronari.Antara tanda ketoksikannya ialah dahaga, cirit-birit, pening, kadar pengecutan jantung yang tidak normal, mual dan muntah, kekejangan yang teruk serta sawan.
chromium poisoningkeracunan kromiumKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada kromium atau sebatiannya, misalnya kali um kromat, kalium dikromat, atau asid kromik. Kromium dan kromat merengsakan dan memusnahkan sel badan. Tanda utama keracunan ialah kerengsaan atau kakisan. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan pening, dahaga yang teramat, sakit abdomen, muntah, kejutan, dan oliguria atau anuria. Kematian adalah disebabkan uremia. Keracunan kronik akibat penyedutan atau penyentuhan kulit menyebabkan dermatitis dengan edema, dan pengulseran yang sembuh secara perlahan-Iahan. Penyedutan wasap kromium pada jangka masa yang lama menyebabkan pengulseran tanpa sakit, perdarahan, dan peliangan septum nasal berserta dengan lelehan nasal yang busuk. Konjunktivitis, lakrimasi, dan hepatitis akut dengan demam kuning juga pernah diperhatikan. Penemuan dalam hepatitis akut termasuk loya dan muntah, hilang selera makan, dan hati yang membesar dan menjadi lembut. Dos maut kromat terlarutkan adalah lebih kurang 5 g, dan had pendedahan kepada debu logam dan garam kromium (keadaan pengoksidaan +II dan +III) ialah 0.5 mg/m3 . Kebanyakan sebatian terlarut dan tak terlarut (keadaan pengoksidaan + VI), termasuk asid kromik, kromat, dikromat, zink kromat, plumbum(II) kromat dan bijih kromit, mempunyai had pendedahan 0.05 mg/m3. Had pendedahan kepada tert-butil kromat ialah 0.1 mg/m3, dan kromil klorida ialah 0.025 ppm atau 0.15 mg/m3. Penemuan makmal ialah kehadiran proteinuria dan hematuria, dan kerosakan fungsi sel hepatik.

Kembali ke atas