Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ha.gi] | دهاݢي

Definisi : pertentangan terbuka terhadap pihak berkuasa; dahaga-~ berbagai-bagai perten­tangan terhadap pihak berkuasa; mendahagi menentang pihak berkuasa; pendahagi orang yg menentang pihak ber­kuasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ha.gi] | دهاݢي

Definisi : Kd, Pl degil: budak itu ~ sangat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ha.gi] | دهاݢي

Definisi : penentangan (pemberontakan) terhadap pemerintah: Perasaan itu terbuku sehingga tahun 1857 apabila ~ India meletus. mendahagi menentang pemerintah. pendahagi orang yg menentang pemerintah: ~-~ itu telah membunuh pegawai-pegawai Eropah dan mara ke Delhi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dahagi


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
dahagi[dA.hA.gi]kata adjektifdegil.Budak ni dahagi sunggoh, mak dia suroh banyak kali pon dia tak buat.[bu.dA/ ni dA.hA.gi suN.goh mA/ di.jA su.Òoh bA.øA/ kA.li pon di.jA tA/ bu.wAt]Budak ini degil sungguh, walaupun emaknya menyuruhnya banyak kali, dia masih tidak mengendahkannya.

Kembali ke atas