Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.han] | داهن

Definisi : bahagian yg tumbuh dr batang pokok; ~ pembaji batang = baji membelah ~ prb berbudi kpd orang dgn menggunakan perbe­lanjaan orang itu sendiri; berdahan mempunyai dahan atau sudah tumbuh dahannya: pokok yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.han] | داهن

Definisi : ® pendahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.han] | داهن

Definisi : bahagian pokok yg tumbuh pd batang: Pd pokok pisang, tidak ada ~. berdahan 1 ada dahannya. 2 sudah tumbuh dahannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dahan

Puisi
 

Anak tupai meniti dahan,
     Dahan patah tebing seberang;
Macam saya belum faham,
     Jangan berlawa disuruh orang.


Lihat selanjutnya...(48)
Peribahasa

Dahan pembaji batang.

Bermaksud :

Menggunakan harta benda tuannya.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBapa hendak meniti dahan, Dahan patah tebing seberang; Saja tak pandai harap faham, Jangan gelabah disuruh orang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak tupai meniti dahan, Dahan patah tebing seberang; Macam saya belum faham, Jangan berlawa disuruh orang.
Kurik Kundi Merah SagaSekah-sekah dahan rotan, Dipukul ribut senjakala; Saya tidak menaruh intan, Tembaga buruk pada saya.
Kurik Kundi Merah SagaPokok sena dahan sena, Sulur-menyulur di tepi perigi; Tahun mana musim yang mana, Haraplah kita jumpa lagi.
Kurik Kundi Merah SagaPokok sena dahan bercantum, Tempat bersarang burung tekukur; Kalau bunga bukan sekuntum, Kumbang juga bukan seekor.
Kurik Kundi Merah SagaPohon kemboja dahan bercantum, Tempat jentayu membuat sarang; Semalam sahaja baru berkuntum, Sekarang layu bilakah kembang?
Kurik Kundi Merah SagaHanyut rakit dahan rembia, Terdampar di pantai dimakan buaya; Hitam sedikit tidak mengapa, Asallah boleh membawa kerja.
Kurik Kundi Merah SagaBatang senduduk dahan berpintal, Patah ditimpa si pokok berangan; Disangka mengantuk disorongkan bantal, Rupanya tidur berbantal lengan.
Kurik Kundi Merah SagaApa dikenang si dahan pauh, Kalaulah patah tumbuh lagi; Apa dikenang orang yang jauh, Orang lain banyaklah lagi.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk paku makanan kalui, Dahan dedap bertaruk muda; Tak berbalas tak berbalui, Tak ada adab sesama muda.
12345

Kembali ke atas