Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dah.syat] | دهشت

Definisi : 1. menakutkan, mengerikan: men­capai sesuatu dgn membunuh orang ialah cara yg sangat ~ dan mengerikan; kema­langan jalan raya yg ~; 2. Kl takut (ke­takutan), ngeri: takut dan ~lah ia; 3. hebat, amat sangat, terlampau (hebatnya, kuatnya, bisingnya, bodohnya, mahalnya, dll): ~ betul engkau ini, engkau lebih tolol drpd adikmu; letupan yg ~ kuatnya; ~ betul harga barang-barang di kedai itu; mendahsyat menghebat, menjadi-jadi: pepe­rangan semakin ~; mendahsyatkan 1. menimbulkan rasa takut atau ngeri, menakutkan, mengerikan: keada­an yg sebenarnya sangat ~ hatinya; 2. meng­hebatkan, memburukkan, menerukkan: keja­dian-kejadian demikian ~ lagi keadaan; memperdahsyat 1. menjadikan bertambah takut atau ngeri; 2. menjadikan lebih teruk atau hebat, memperhebat; kedahsyatan 1. ketakutan, kengerian; 2. kehebatan: ~ serangan yg dilancarkan; 3. kehairanan, keajaiban: mereka melihat kein­dahan dan ~ dunia di sekeliling mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dah.syat] | دهشت

Definisi : hebat; amat sangat: ~ sungguh kemalangan itu. kedahsyatan keadaan dahsyat; kehebatan: Dia tidak dpt menceritakan ~ pertunjukan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dahsyat


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
mengandungi virus tersebut. virus olok-olok (Ig. virus hoax; Br. olokan virus; Id. virus bohongan) Virus yang kononnya wujud dalam sistem komputer yang merupakan fail virus yang mampu menyebabkan kerosakan dahsyat kepada sistem komputer. Maklumat palsu ini menyatakan kononnya wujud satu atau lebih fail sistem komputer yang telah dijangkiti virus berbahaya. Maklumat ini juga akan menyebabkan pengguna menjadi panik dan akan

Kembali ke atas