Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.hu.lu] | دهولو

Definisi : 1. yg telah lepas (berlalu), yg telah lam­pau, yg lalu: beberapa hari ~; tiga tahun ~; zaman ~ (pd) zaman atau jangka masa yg sudah lama berlalu; 2. pd masa (waktu) yg telah lalu (lepas), sebelum ini, sebelumnya: ~ dia berkhidmat dgn kerajaan tetapi sekarang dia bekerja di sebuah bank; ~ masih kecil, sekarang sudah besar panjang; 3. pertama sekali atau sebelum melakukan (meneruskan) sesuatu, sementara menunggukan sesuatu atau sesuatu ketika: kita kemaskan barang-barang ini ~, kemudian baru kita pergi; berehatlah ~, sekejap lagi dia pulang; 4. lebih awal (drpd sesuatu), sebelum; ~ drpd itu sebelum itu; kelmarin ~ hari sebelum kelmarin, dua hari yg lalu; 5. (yg) paling depan, di hadapan sekali: dia berjalan ~, kami semua mengikut di belakang; 6. paling awal, pertama sekali (lebih awal drpd yg lain): dia yg sampai ~, dan seminit kemudian baru pelumba yg kedua pula sampai; berdahuluan, berdahulu-dahuluan, da­hulu-­mendahului berkejar atau ber­lumba hendak sampai (dapat dll) dahulu: kedua-dua budak itu ~ ke ribanya;mendahului 1. membuat (melakukan dsb) lebih awal atau dahulu drpd (lawan, saingan, dsb): Rusia telah ~ Amerika melancarkan roket ke bulan; 2. melakukan (sesuatu) lebih awal drpd segala sesuatu yg lain, memulai: ~ ucapan dgn mengalu-alukan kedatangan tetamu khas;mendahulukan 1. membuat sesuatu lebih awal drpd yg lain: perintah Allah harus di­dahulukan drpd kerja sendiri; 2. mem­berikan keutamaan (layanan terawal dsb) kpd: orang-orang muda hendaklah ~ orang-orang tua; terdahulu 1. yg lebih dahulu atau lebih awal, yg mula-mula, yg sudah ada (bergiat dsb) sebelum golongan dsb yg sekarang ini: sete­ngah-setengah penulis sekarang merendah-rendahkan karya penulis yg ~; 2. sebelum (yg lain), lebih awal drpd yg lain: siapa yg datang ~ mendapat tempat di hadapan;kedahuluan 1. perihal terdahulu; 2. Jk di­dahului, terlambat, terlewat;keterdahuluan perihal terdahulu: ~ Allah atas alam; pendahuluan 1. permulaan; kata ~ kete­rangan ringkas tentang tema atau isi buku pd permulaan buku oleh pengarangnya; 2. = bayaran ~ bayaran (yg merupakan sebahagian drpd harga sesuatu) yg dibuat terlebih dahulu (sebelum selesainya urusan jual beli), bayaran muka;pendahulu 1. orang dll yg mendahului; 2. yg terdahulu: yg memperbezakan sistem antarabangsa sezaman drpd sistem-sistem ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.hu.lu] | دهولو

Definisi : 1 masa yg telah lalu: ~, orang tidak menggunakan elektrik. 2 mula-mula dilakukan atau dibuat: Berfikirlah ~ sebelum menjawab. 3 di hadapan: Abangnya berjalan ~, kemudian adiknya. mendahului 1 mencapai sesuatu matlamat lebih awal: Dlm perlumbaan itu, Ahmad telah ~ Ibrahim. 2 berada di hadapan: Ketika berjalan-jalan di pesta itu, Ana ~ kedua-dua ibu bapanya. mendahulukan 1 membuat sesuatu lebih awal drpd yg lain: Ia ~ kerja-kerja pejabat drpd kerja-kerja rumah. 2 memberi keutamaan kpd: Mereka telah ~ orang-orang susah dlm menyampaikan derma itu. terdahulu lebih awal: Dia pergi ke sekolah ~ drpd saya. pendahuluan permulaan: bayaran ~ bayaran yg awal sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dahulu

Puisi
 

Dari dahulu cermin cina,
     Sampai sekarang patah kakinya;
Dari dahulu tuan punya,
     Sampai sekarang lain gantinya.


Lihat selanjutnya...(109)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
FIFO (first in first out)FIFO (masuk dahulu keluar dahulu)Teknologi MaklumatTiadaKonsep yang digunakan untuk baris gilir, iaitu unsur yang terdahulu diterima diproses dahulu.
first in first out (FIFO)masuk dulu keluar dahulu (FIFO)Teknologi MaklumatPerisianCara menyusun dan memanipulasi data yang berkaitan dengan masa dan keutamaan. Cara ini merupakan teknik pemprosesan baris gilir, iaitu proses yang datang dahulu dikendalikan terlebih dahulu dan proses seterusnya terpaksa menunggu sehinggalah proses sebelumnya telah selesai.
last in first out (LIFO)masuk kemudian keluar dahulu (LIFO)Teknologi MaklumatPerisianCara menyusun dan memanipulasi data yang berkaitan dengan masa dan keutamaan. Cara ini merupakan teknik pemprosesan baris gilir, iaitu proses yang datang terakhir dikendalikan terlebih dahulu dan proses yang datang dahulu terpaksa menunggu sehinggalah proses terakhir tersebut telah selesai.
preemptive righthak beli dahuluPentadbiranTiadaHak pemegang saham biasa untuk melanggan terlebih dahulu sebarang terbitan saham baharu syarikat.
LIFO (last in first out)LIFO (masuk kemudian keluar dahulu)Teknologi MaklumatTiadaSistem giliran yang menetapkan data yang terakhir disimpan akan dicapai dahulu.
Precambrianusia PracambriaGeologiTiadaEra pada masa yang berlanjutan dari permukaan bumi kira-kira 4.5 bilion tahun dahulu hingga kira-kira 570 juta tahun dahulu.
preferred stocksaham keutamaanPentadbiran PerniagaanTiadaSaham yang mempunyai ciri kedua-dua sekuriti hutang dan ekuiti dan mempunyai hak tuntutan ke atas aset terlebih dahulu daripada saham biasa dan selepas bon. Dividen yang patut dibayar mesti dibayar lebih dahulu sebelum sebarang dividen untuk saham biasa diumumkan. saham keutamaan boleh menjadi kumulatif, penyertaan atau boleh tukar.
voluntary prepaymentpembayaran dahulu sukarelaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
advanced freightmuatan dahuluGeografiTiadaTiada
politburopolitburoSains PolitikPolitik PerbandinganLembaga eksekutif tertinggi dalam Parti Komunis dan negara Soviet Union dahulu. Badan ini diketuai oleh seorang Setiausaha yang mentadbir parti dan negara bersama sekumpulan kecil pemimpin kanan parti yang sangat berkuasa. Mereka berperanan besar dalam menguruskan pentadbiran negara seperti menentukan calon presiden, menetapkan perancangan ekonomi negara, mempengaruhi dasar luar dan memutuskan tindakan negara yang akan dilaksanakan oleh kerajaan. Contohnya Soviet Union sebelum keruntuhannya pada awal dekad l990-an dahulu.
12345678910...

Kembali ke atas