Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ® daeng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ikan (daging) yg dikeringkan; minta darah pd ~ prb meminta pertolongan drpd yg tidak berupaya menolong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daing

Peribahasa

Minta dedak kepada orang mengubik.

Bermaksud :

Minta bantuan pada orang yang tidak punya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Minta darah pada dabung, b. Minta darah pada daing).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tulang daingtulang daingPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi pokok dan kayu Millettia atropurpurae, dan juga nama lain bagi genus Millettia daripada famili Leguminosae. Nama tempatan di Semenanjung ialah jenerek, urat rusa, dan kayu rindu, di Sarawak ialah kedang belum. Spesies utama kayu ini termasuk Millettia al-biflora, M. atropurpurea, dan M.vasta. Gubal kayu kayu daing sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat jingga dan kadangkal mempunyai zon parenkima yang berwarna lebih muda. Tekstur kayunya kasar dan tidak sekata kerana terdapat banyak parenkima, dengan ira yang simpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 595 hingga 815 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sederhana berat. Kayu ini sukar dikerjakan, tidak tahan, dan mudah diserang kulat dan serangga. Kayu ini sesuai untuk kerja binaan dalaman, perabot, dan kotak.

Kembali ke atas