Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dai.si] | دايسي

Definisi : sj bunga kecil, biasanya tumbuh liar di negara Eropah, berwarna putih dgn tengah­nya berwarna kuning. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daisi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DAISI

Daisi ialah nama yang diberi kepada banyak

bunga. Nama ini berasal daripada perkataan

Inggeris lama day’s eye. Perkataan ini merujuk

kepada bunga daisi yang berkembang seperti

mata, tertutup pada waktu malam dan terbuka

semula pada waktu subuh.

UMUM 
KALENDULA

Kalendula ialah kumpulan herba dalam famili

daisi. Kebanyakan jenis ini tumbuh di kawasan

beriklim sederhana dari Pulau Canary hingga ke

Asia Kecil.

UMUM 
ZINNIA

Zinnia ialah genus tumbuhan taman dalam famili

daisi. Terdapat kira-kira 16 spesies. Zinnia berasal

dari Mexico dan barat daya Amerika Syarikat.

Zinnia yang terkenal ialah tumbuhan taman yang

berbunga dalam pelbagai warna. Batangnya yang

keras, berbulu boleh tumbuh setinggi 60

sentimeter.

UMUM 
KOKELBUR

Kokelbur yang juga dikenali sebagai klotbur,

ialah nama spesies tertentu rumpai tahunan

yang tergolong dalam famili daisi.

UMUM 
PIRETRUM

Piretrum ialah nama bagi sekumpulan bunga

yang berasal dari barat daya Asia, yang

menghasilkan serbuk serangga dan ubat. Kuntum

bunga piretrum tumbuh satu-satu atau bergugus

pada batang yang tegak yang tumbuh setinggi 30

sentimeter atau lebih. Ia kelihatan seperti bunga

daisi dengan rujinya berwarna samar, putih,

merah lembayung, atau lilac. Ia mekar pada

musim bunga atau awal musim panas dan

ditanam sebagai bunga taman atau bunga untuk

dipotong.

UMUM 

Kembali ke atas