Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[daÖ.wa]/[da/.wa] | دعوا

Definisi : aduan (tuntutan, tuduhan) yg dikemuka­kan di mahkamah; kena ~ dituntut (dituduh) dlm perkara; ~-dakwi berbagai-bagai aduan (tuntutan, tuduhan); berdakwa sl 1. sedang dlm pembicaraan, berbicara: maka Naina Sura Dewana pun ~ dgn Raja Mendaliar; 2. sedang dlm urusan perkara (sedang dituntut hakim dll), sedang menghadapi tuntutan (tuduhan), berperkara: kerana sebab ~ ini tuan hamba mengupah hamba; mendakwa 1. mengemukakan tuduhan (aduan, tuntutan) terhadap seseorang dll ke mahkamah (utk pengadilan), mengemukakan (seseorang dll yg dituduh) di mahkamah (utk dibicarakan): sesiapa sahaja yg melanggar undang-undang negara boleh didakwa di mahkamah; 2. mengatakan atau menge­muka­kan sesuatu sbg satu kenyataan atau ke­benaran, mengaku: orang Quraisy ~ agama merekalah yg benar; mereka ~ telah melihat beberapa orang awam ditembak mati oleh pemberontak itu; mendakwai menuntut (hak dll); mendakwakan menuntut (sesuatu), menu­duh­kan; terdakwa orang atau pihak yg didakwa (di­tuntut mahkamah); dakwaan 1. tuduhan (tuntutan, aduan) yg dikemukakan utk diadili (di mahkamah): sesuatu ~ terhadap perbuatan jenayah di­majukan oleh Jabatan Peguam Negara atau pihak polis; 2. sesuatu yg dikatakan (dike­muka­kan dsb) supaya diterima sbg satu ke­nyataan atau kebenaran: beliau membuat ~ tentang kemenangan pasukan tenteranya itu dlm satu sidang akhbar; pendakwaan perbuatan mendakwa, penge­mukaan (penyampaian) sesuatu dakwaan (tuduhan): Inspektor Ali telah melakukan ~ terhadap Busu; pendakwa (orang, pihak) yg mendakwa: pihak ~ dijangka akan memanggil lebih drpd 20 orang saksi; ~ raya pegawai yg mendakwa bagi pihak kerajaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[daÖ.wa]/[da/.wa] | دعوا

Definisi : ; mendakwa 1 menyampaikan aduan (tuduhan dll) kpd hakim atau mahkamah; menuntut: Isterinya enggan ~nya di mahkamah. 2 membuat pengakuan; mengaku: Mereka ~ bahawa agama merekalah yg benar. dakwaan aduan yg dikemukakan kpd hakim; tuduhan; tuntutan. pendakwaan perbuatan atau hal mendakwa. pendakwa orang yg mendakwa. pedakwa orang yg didakwa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dakwa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Setelah mengadakan perbincangan dengan pakar kewangan dalam kumpulan telegram Lariba, mereka mempersoalkan perkataan 'pinjaman' dan 'pembiayaan'. Dakwa mereka bahawa perkataan pinjaman digunakan untuk perbankan konvensional untuk memberi ansuran terhadap pinjaman. Sementara, pembiayaan digunakan untuk perbankan Islam untuk memberi ansuran pinjaman berasaskan syariah. Oleh itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mengenai ketepatan istilah ini. Sekian terima kasih.Perkataan "Pinjaman" ialah  padanam daripada  "loan'" yang bermaksud  pinjaman dalam bentuk wang tunai. Pihak institusi kewangan memberi pinjaman  sejumlah wang tunai dan pihak peminjam perlu membayar balik  secara ansuran.  Manakala "pembiayaan"  pula padanannya "financing"  ialah pinjaman bukan  bentuk tunai  tetapi untuk pembelian aset contohnya rumah dan kereta dan peminjam juga akan membayar secara ansuran. Terpulang kepada pihak bank untuk   membezakannya terma "pinjaman" dan "pembiayaan" tersebut untuk kaedah konvensional atau islamik.Istilah07.08.2019
Assalamualaikum dan hi, Saya mempunyai beberapa soalan yang ingin diajukan: 1) Hasil daripada carian PRPM, boleh saya tahu kenapa perkataan "dakwa" dan "makna" ditulis sebagai "دعوا" dan "معنا" dalam Jawi, dan bukan sebaliknya ("دعوى" dan "معنى")? Jika tidak silap, kedua-dua perkataan merupakan kata serapan bahasa Arab. 2) Adakah terdapat kaedah khas untuk mengeja perkataan bahasa Inggeris dalam tulisan Jawi? Contoh: University of Cardiff / Buckingham Palace - Adakah perkataan tersebut perlu dikekalkan dalam bentuk tulisan Rumi apabila menulis teks dalam tulisan Jawi? atau - Adakah perkataan tersebut perlu diterjemahkan dalam bahasa Melayu, kemudian ditransliterasikan dalam Jawi? atau - Adakah perkataan tersebut boleh terus ditransliterasikan dalam tulisan Jawi? Jika ya, apakah kaedahnya? 3) Adakah terdapat institusi khas yang boleh memberikan pengiktirafan kepada seseorang dalam kemahiran penulisan Jawi? 4) Apakah sejarah ringkas di sebalik kewujudan tulisan Jawi? Sekian soalan daripada saya. Saya dahulukan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak DBP atas kesudian menjawab soalan saya. Sekian, terima kasih.1. Benar, kedua-dua kata ialah kata serapan Arab tetapi apabila dieja Jawi, kata tersebut dieja berpandukan Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu di dalam Daftar Kata Bahasa Melayu, Rumi-Jawi Edisi Kedua (2016).
2. Terdapat pelbagai kaedah ejaan Jawi daripada kata nama khas bahasa asing. Salah satunya ialah mengekalkan kata nama khas tersebut dalam bahasa asing dan ditransliterasikan secara terus, atau menggunakan prosedur pinjam terjemah leksikal atau pinjam terjemah struktur yang kemudian ditransliterasikan.
3. Tiada. DBP menyediakan kursus pembinaan kepada penggiat dan pencinta Jawi untuk diiktiraf sebagai Munsyi Dewan (Jawi).
4. Secara ringkas, sejarah perkembangan tulisan Jawi terbahagi kepada dua, iaitu Zaman Jawi Klasik (1303-1928) dan Zaman Jawi Moden (1928-kini). Peranan tulisan Jawi bukan sahaja sebagai warisan negara yang diiktiraf oleh UNESCO, malah memperkasakan jati diri rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu yang beragama Islam.
Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila datang ke DBP atau berhubung terus dengan pakar rujuk kami.
Lain-lain22.12.2023
Pertama sekali terima kasih kerana memberikan masa untuk menjawab soalan yang bakal saya ajukan. Soalan saya adalah berkenaan kata majmuk. Mengapakan kata majmuk dalam bahasa Melayu tidak produktif, namun jika dilihat di negara Indonesia, penggunaan kata majmuknya begitu luas dan merangkumi penggunaan dalam seharian. Soalan kedua pula adalah mengapa masih lagi dilihat penggunaan kata majmuk umum juga disalahtafsirkan sebagai kata majmuk mantap , dan mengapa bentuk kata lazim tersebut tidak diangkat sebagai kata majmuk mantap.Jawapan kepada soalan pertama: Dakwaan puan berkaitan kata majmuk bahasa Melayu tidak produktif berbanding bahasa Indonesia yang puan dakwa begitu meluas dan merangkumi penggunaan harian tidak disokong data konkrit. Tiada kajian akademik yang menjadi asas dakwaan puan. Jawapan soalan kedua: Sila rujuk Tatabahasa Dewan halaman 73-74 untuk mengetahui senarai kata majmuk mantap. Selain itu, puan harus boleh membezakan kata majmuk dengan sejumlah perkataan yang bukan kata majmuk yang dieja bercantum, contohnya peribadi, sukacita, manakala, dan lain-lain.Ejaan11.07.2018
Salam sejahtera. Terima kasih atas penjelasan pihak tuan. Namun demikian, penjelasan yang diberikan oleh pihak tuan berkontradik dengan penjelasan dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Pihak tuan menyatakan bahawa kata ‘sebab’ ialah kata nama manakala ‘oleh sebab’ ialah kata hubung keterangan musabab. Berpandukan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 9, ceraian 9.2.1.3, muka surat 253, kata ‘sebab’ tergolong dalam kata hubung pancangan keterangan. Contoh yang diberikan ialah ‘Ali berjaya dalam peperiksaan itu sebab dia rajin belajar’. Adakah ayat ini gramatis? Sekian.Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP tidak mempunyai ceraian 9.2.1.3. seperti yang anda dakwa.  Ceraian 9.2.1.2 (iii) Kata hubung pancangan pada halaman 253 tidak menyenaraikan kata sebab sebagai kata hubung pancangan. Sila berikan butiran terperinci Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang anda rujuk agar kekeliruan ini dapat diselesaikan.Tatabahasa29.11.2018

Kembali ke atas