Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[daÖ.wah]/[da/.wah] | دعوه

Definisi : 1. kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu keper­cayaan; golongan ~ golongan (kumpulan) yg bergiat dlm dakwah; ~ songsang bp pe­nyampaian atau penyebaran ajaran yg ber­tentangan dgn syariat-syariat Islam; 2. bp patuh kpd (mengikut) ajaran agama Islam dgn lebih sempurna (sebagaimana yg ke­lihatan pd tingkah laku dan pergaulan, cara berpakaian, dll): dulu dia selalu bergaul bebas dan berpakaian moden tetapi se­karang ini sudah ~; berdakwah menjalankan kegiatan menye­barkan sesuatu kepercayaan; mendakwahi berdakwah kpd: Tok Haji cuba ~ pemuda-pemuda yg berambut panjang itu; mendakwahkan menyebarkan sesuatu ke­per­­cayaan: Rasulullah ~ Islam sbg Din yg menjamin tamadun manusia; pendakwahan perihal mendakwahkan, pe­nye­baran atau penyampaian ilmu agama: tamadun yg tidak berasaskan tauhid, tidak terlepas drpd menjadi objektif ~ golongan fundamentalis; pendakwah orang (golongan) yg berdakwah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[daÖ.wah]/[da/.wah] | دعوه

Definisi : penyebaran ajaran sesuatu agama: ~ Islamiah penyebaran agama Islam. berdakwah menyebarkan ajaran sesuatu agama. pendakwah orang (golongan) yg menyebarkan ajaran sesuatu agama; mubaligh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dakwah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Yang mana lebih tepat: Dakwah Merentasi Etnik atau Dakwah Merentas Etnik? 2. Nabi Musa a.s. salah seorang rasul ululazmi. Sewaktu baginda mendakwahi Firaun...Soalan saya: baginda dalam ayat tersebut seharusnya ditulis sebagai Baginda atau baginda? Terima kasihMerentas etnik lebih tepat.Lain-lain17.07.2019
Assalamualaikum, ayat yang mana lebih tepat: i. Dakwah kepada mualaf amat penting pada zaman ini. ii. Dakwah terhadap mualaf amat penting pada zaman ini. Terima kasih.Ayat yang lebih tepat ialah Dakwah kepada mualaf amat penting pada zaman ini.Tatabahasa28.04.2023
Madrasah Dakwah Dan Tarbiyyah Al HasaniyyahUntuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain11.09.2014
APAKAH PENGERTIAN DAKWAHMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud dakwah ialah kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan. Untuk keterangan lebih lanjut dan untuk mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna25.03.2009
Salam tuan/puan/cik. Yang mana lebih tepat untuk slogan berikut: 1. REFLEKSI DIRI, PENGGERAK DAKWAH 2. REFLEKSI DIRI PENGGERAK DAKWAH Perlukah meletak koma? Terima kasih.Sebaiknya diletakkan tanda koma.  Walau bagaimanapun slogan ini kurang sesuai kerana tidak membawa makna.Lain-lain21.02.2017
Saya Khaled daripada Bahagian Dakwah JAKIM Putrajaya. Saya akan anjurkan pertandingan Pidato Belia untuk julung kalinya diadakan, soalan saya: 1) Adakah sesuai dimasukkan perkataan "KALI PERTAMA" di dalam tajuk pertandingan tersebut? 2) Sekiranya boleh, adakah perkataan tersebut ditulis dengan penuh seperti "KALI PERTAMA" atau "Ke-1" ?
Tajuk yang dicadangkan oleh kami ialah Pertandingan Pidato Belia Tahun 2015. Penggunaan "KALI PERTAMA" tidak diwajibkan dalam tajuk. Penggunaan tajuk yang dicadangkan sudah memadai dan mantap.
Lain-lain08.10.2015
dai ialah pendakwah. Bagaimana pula dengan orang yang menerima dakwah? Adakh betul menggunakan perkataan "mad'u"?Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila rujuk kamus bahasa Arab untuk mendapatkan maklumat berkenaan.Tatabahasa10.06.2013
Ingin penjelasan perkataan "merubah". Pertubuhan kami menetapkan misi sebagai "Tarbiah Melahirkan Pemimpin dan Dakwah Merubah Masyarakat". Apakan perkataan "mengubah" lebih tepat berbanding "merubah"? Terima kasih.Dalam Kamus Dewan merubah sama maksud dengan mengubah. Walau bagaimanapun, bentuk binaan kata yang lebih tepat ialah mengubah, meN- + ubah maka terbentuklah mengubah dan kata mengubah juga lebih banyak digunakan dalam teks bahasa Melayu. Tidak ada awalan mer- dalam bahasa Melayu, namun kata merubah diterima pakai kerana telah banyak digunakan dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa23.09.2019
Assalamualaikum, Saya Roslieza dari unit proceding bagi seminar antarabangsa: isu dan cabaran. Bagaimanakah untuk saya dapatkan no ISBN bagi mendapatkan kelulusan untuk membuat proceding online bagi artikal yang telah dikumpulkan. "Fakulti Pengajian Islam Dakwah & Kepimpinan, UKM".Untuk mendapatkan nombor ISBN, sila hubungi Perpustakaan Negara Malaysia.Lain-lain27.05.2015
Uslub =kaedah, cara. Bolehkan murid-murid membina ayat seperti berikut? Pelbagai uslub untuk menceriakan kawasan sekolah.Uslub bermaksud kaedah. Walau bagaimanapun, perkataan uslub ini lebih tepat digunakan untuk ilmu-ilmu dalam bidang agama dan bahasa dalam bahasa Arab seperti uslub nahu, uslub dakwah. Oleh itu, ayat "Pelbagai uslub untuk menceriakan kawasan sekolah." tidak sesuai digunakan kerana ia tidak menepati maksud uslub tersebut.Lain-lain03.08.2021
12

Kembali ke atas