Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.la] | دالا

Definisi : sj tumbuhan (pokok), kelumbai, Crataeva macrocarpa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dala


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan anda dan kalian dala ucapankurang sesuai, gunakan tuan-tuan dan puan-puanTatabahasa19.04.2007
Maaf, saya ingin bertanya perkataan bahasa inggeris elliptical trainer di dala bahasa melayu apa ye?Padanan yang dicadangkan untuk "Elliptical Trainer" dalam bahasa Melayu ialah 'Mesin Senaman Elips" atau "Alat Senaman Elips".Makna16.04.2020
WACANA (DARI SUDUT PETENTANGAN DAN MAKLUMAT) JENIS DAN CIRI WACANA KEPENTINGAN/FUNGSI WACANA DEFINISI WACANA DALA KONTEKS PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Sila rujuk bahan ini:

Wacana falsafah ilmu: analisis konsep-konsep asas dan falsafah pendidikan negaraAbdul Rahman Haji AbdullahUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.2005

Analisis Wacana

EriyantoTiada maklumat2001
Analisis wacana : dari linguistik sampai dekonstruksi Penerbit Kanal2002
Lain-lain16.02.2008
saya NANDHANA ingin tanya satu soalan.Sepuluh pelajar menyertai Kem Jati Diri yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling. Apakah kesalahan bahasa dala ayat tersebut?Ayat : Sepuluh pelajar menyertai Kem Jati Diri yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling akan lebih gramatis jika ditambah penjodoh bilang "orang"  -->  Sepuluh orang pelajar menyertai Kem Jati Diri yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling.Tatabahasa17.04.2016
Asslamualaikum, Saya ingin bertanya tentang amalan DBP untuk gelaran penerima yang ramai dalam surat rasmi. Jika penerima surat itu ada gelaran Dr. dan beberapa penjawat awam yang lain, apakah kata sapaan permulaan surat yang digunakan? 1. YBrs. Dr./Tuan/Puan 2. Tuan/Puan 3. Tuan Yang mana satu menjadi amalan DBP atau yang seharusnya digunakan dala surat rasmi?Sapaan yang betul untuk doktor (Dr.) ialah tuan, kecuali yang mendapat gelaran istana atau kerajaan. Yang Berusaha lazimnya digunakan untuk menyapa seseorang yang merupakan individu terpenting dalam menjayakan sesuatu program. Yang Berbahagia digunakan untuk individu yang mempunyai gelaran kehormat seperti Tan Sri, Tan Seri, Dato', Datuk, tetapi bukan wakil rakyat.Lain-lain28.02.2020
Salam1Bahasa, 1. Apakah maksud program "1Million Women Purple Walk" dalam bahasa Melayu? 2. Soalan saya yang belum berjawab pada 7.2.2013, iaitu Yang manakah yang betul: a) badak sumatera ATAU badak Sumatera b) kucing parsi ATAU kucing Parsi c) kembar siam ATAU kembar Siam d) nasi kerabu Golok ATAU nasi kerabu golok Terima kasih.1. Dala data kami tiada terjemahan khusus bagi program "1miliion Women Purple Walk". Walau bagaimanapun, cadangan kami mengikut konteks tujuan penganjuran program tersebut ialah Rintis Perpaduan Sejuta Wanita.

2. Ejaan yang betul ialah kembar Siam, kucing Parsi, kembar Siam, nasi kerabu Golok.
Tatabahasa29.03.2013
"Aduhai, kotor sungguh sungai itu!" kata Ali kepada Yasir. pilih perkataan seerti bagi kotor. A. Jijik B. Cemar apakah jawapan bagi soalan ini? Apakah perbezaan antara kedua-dua pilihan ini?Mengikut Kamus Dewan, kotor bermaksud tidak bersih, tidak jernih, cemar; manakala jijik pula adalah mendatangkan rasa tidak suka (mual) akan sesuatu kerana kotor atau keji. Daripada makna yang diberikan dala Kamus Dewan, perkataan seerti dengan kotor ialah cemar.Tatabahasa18.08.2014
harap dapat bantu saya. terima kasih

1. Terjemahan Save the info on your hard drive ialah Simpan maklumat itu dalam pemacu keras anda

2. Terjemahan Save your data to Google Drive ialah Simpan data anda dalam Google Drive.

3. Padanan renewable energy ialah tenaga boleh diperbaharui.

Tatabahasa23.06.2015
Makna perkataan Menguis dan menggaliMakna perkataan Menguis dan Menggali menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005, terbitan DBP. Menguis: 1. Menolak (menepis, menyepak) ke tepi: dikuisnya sampah itu dengan kakinya; 2. mengais (spt. ayam); Menggali: 1. membuat sesuatu dr dlm tanah. dll), mengorek, menambang; ~ kubur (longkang, lubang, dll) membuat kubur (longkang, lubang, dll) dengan menggali tanah; ~ ubi (emas dll) mengeluarkan atau mengambil ubi dll dr dlm tanah; 2. ki menyelidiki, mendalami: mereka merasakan perlunya ~ kembali kekayaan hukum adat nenek moyangnya; menjadi idaman A. Samad Said bukannya untuk memfokuskan mengapa hal-hal itu terjadi, tetapi cuba ~ sikap dan tindakan manusia; ~ lubang menutup lubang prb menebus hutang dgn meminjam wang; nan digali dala,. nan digantung tinggi prb yang sudah dirundingkan matang-matang mendapat persetujuan.Tatabahasa04.04.2014

Kembali ke atas