Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.lam] | دالم

Definisi : 1. jarak (jauhnya) ke bawah atau ke dasar dr permukaan (air, tanah, dsb), jarak (jauh­nya) ke tengah dr tepi atau pinggir se­suatu: ~ perigi itu kira-kira empat meter; 2. jauh ke bawah atau ke dasar dr permukaan (air, tanah, dll) atau jauh ke tengah dr tepi atau pinggir (hutan dll), jauh jaraknya di antara paras permukaan dgn dasar, tidak cetek: lubang itu ~ sungguh; jangan suka berenang di tempat yg ~; 3. bukan sedikit, tidak sempit, lebih drpd sekadar yg perlu sahaja: dia mempunyai pengetahuan yg ~ tentang hal itu; 4. mengandungi makna yg tidak mudah difahami (bkn perkataan, ungkapan, dsb), lebih drpd yg terzahir: perkataan ini ~ mak­na­nya; 5. tidak ceper (leper), jeluk (bkn pinggan atau piring); 6. bahagian atau ruang (rumah, bilik, peti, almari, dll) yg lawannya luar: diambilnya sepucuk surat dr ~ laci itu dan dihulurkannya kpd saya; dia memasuk­kan bungkusan itu ke ~ keretanya; 7. yg ber­kaitan dgn atau terbatas pd ling­kungan se­suatu (spt negeri, keluarga, dll) itu sendiri: urusan ~ negeri; masalah ~ ke­luarga; 8. yg tidak nampak atau ketara dr luar: penyakit ~; 9. yg dipakai sebelum dipakai pakaian seleng­kapnya: baju ~; seluar ~; ~ ber­selam, dang­kal (cetek) berjingkat (ber­timba) prb berpada dgn yg sedikit; sedalam mencapai dalam atau sehingga dalam­nya (sebagaimana yg dinyatakan): di­galinya lubang ~ kira-kira dua meter;sedalam-dalamnya 1. seberapa dalam yg mungkin: menggali ~; 2. dgn seberapa teliti atau terperinci: perlu difikirkan ~ cadangan yg dikemukakan itu sebelum dibuat sesuatu keputusan;berdalam-dalam makin menjadi dalam (me­rebak, meluas, dsb), menjadi-jadi; mendalam 1. menjadi dalam atau lebih dalam (bkn lubang dsb), bertambah dalam: lukanya semakin ~ kerana tidak dirawat dan dibubuh ubat; 2. menjadi kukuh dan tidak mudah luput (bkn perasaan, kepercayaan terhadap sesuatu dll), menjadi berat, melarat (bkn penyakit dll): perasaan cintanya terhadap Bibah semakin ~; kebencian yg ~; tradisi lama di kampungku terlalu ~; 3. sampai ke peringkat yg terperinci (bkn kajian dsb), luas dan teliti (meliputi banyak aspek): kajiannya tentang sastera Melayu kurang ~;mendalami, memperdalami berusaha utk mengetahui (sesuatu) dgn lebih luas dan ter­perinci dgn mempelajari (mengkaji, menye­lidik, dsb) dgn teliti dan terperinci, menjadi­kan lebih sempurna atau terperinci (penge­tahuan dsb tentang sesuatu): mereka akan mengkaji lebih banyak buku dan kitab utk ~ pengetahuan mereka tentang agama Islam; masing-masing ~ bidang yg diminatinya;mendalamkan 1. menjadikan dalam atau lebih dalam (perigi, lubang, dll): beberapa orang pekerja sedang ~ telaga; 2. = mem­per­dalam ki menjadikan lebih dalam (pela­jaran, pengetahuan, penyelidikan, dsb): ia terus bekerja sambil ~ pengetahuannya tentang seni muzik; perkembangan pro­fesional memberi fokus kpd intelektualisme, iaitu kpd memperdalam dan memperluas bidang pengetahuan dan kemahiran pro­fesion;dalaman 1. isi perut; 2. yg tersembunyi dan tidak mudah difahami (bkn makna ayat, kata-kata, dsb): kita seharusnya menyelami makna ~ kata-kata yg diucapkannya itu; 3. (yg) berkaitan dgn atau perlu diuruskan dsb oleh sesuatu organisasi itu sendiri; struktur ~ (Lin) (dlm tatabahasa generatif) gambaran yg di­andaikan terdapat dlm struktur sesuatu ayat pd peringkat dasarnya (hubungan gramatis atau hubungan logik dijelaskan sebelum struktur ayat tersebut mengalami perubahan kerana peraturan transformasi);kedalaman 1. perihal dalam (budi bahasa, pengetahuan, pelajaran, dll): kedangkalan dan ~ ilmu pengetahuan seseorang; 2. ark terlalu dalam;pedalaman daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpe­ngaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah ~;pendalaman perihal mendalamkan, tindak­an (proses dll) mendalamkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.lam] | دالم

Definisi : 1. antara, di kalangan: ~ mereka yg bertiga belas itu ada yg bergirang-girang; 2. di dalam (bukan di luar lingkungan dsb sesuatu): ~ Wilayah Persekutuan; ~ bidang mata pelajaran tersebut; 3. sambil: ~ kita berharap keadaan akan bertambah baik kita mesti juga beringat-ingat; 4. pd waktu (tertentu): kita berharap keadaan akan bertambah baik ~ tahun hadapan; dia masih ~ pantang lagi; ~ idah masa belum boleh berkahwin lain (bagi perempuan yg baru menjadi janda); ~ negeri (dlm) lingkungan sesebuah negeri itu sahaja; ~ tangan dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; ~ dua tengah tiga prb tidak jujur; kilat di ~ kilau prb tujuan (maksud) yg terkandung dlm percakapan atau tingkah laku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.lam] | دالم

Definisi : sl istana, kawasan istana raja; bahasa ~ bahasa yg digunakan di kalangan raja atau golongan istana (spt beradu, santap, dll); budak ~ pesuruh raja; kedalaman sl istana, rumah-rumah dlm kawasan istana; bahasa ~ bahasa kehormatan utk raja-raja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.lam] | دالم

Definisi : 1 bahagian atau ruang di balik bahagian yg di luar: Rumah itu ~nya sangat bersih. 2 kedudukan sesuatu tempat yg terpisah oleh jarak tertentu dr tepi; tengah: Semakin ke ~ dia pergi, semakin banyak dia menemukan rotan yg baik-baik. 3 batin: Orang itu kelihatan baik, tetapi ~nya siapa yg tahu. ~ talian ist 1 keadaan kelengkapan atau peranti komputer di bawah kawalan sistem utama komputer. 2 perihal bolehnya pengguna berinteraksi secara langsung dgn menggunakan komputer. ~ tangan sudah tentu dpt. dalaman 1 isi perut (spt hempedal, hati, paru-paru). 2 berkaitan dgn sesuatu pihak, organisasi itu sendiri: urusan ~. pedalaman daerah yg jauh (di darat) dr pantai atau dr bandar: Padi huma banyak ditanam di ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[da.lam] | دالم

Definisi : 1 mengenai; tentang; berkenaan dgn: Dia memang pakar ~ hal itu. 2 selama masa tertentu; pd waktu tertentu: ~ masa dua jam lagi, ia akan sampai. 3 di kalangan; di antara: ~ mereka yg ramai itu, ada yg pandai bermain piano. 4 mengalami; ditimpa: Para nelayan ~ keadaan susah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[da.lam] | دالم

Definisi : 1 jauh ke bawah dr permukaan: Perigi itu sangat ~. Lukanya agak ~. 2 ki penuh atau berisi (ttg ilmu): Beruntunglah orang yg berguru dgn seseorang yg ~ ilmunya. 3 ki hingga ke lubuk hati (ttg cinta, penderitaan dll): Kasih ibu terhadap anaknya sangat ~. 4 tidak mudah difahami: Yg diperkatakannya itu mempunyai erti yg ~. mendalam 1 bertambah dalam; menjadi dalam: Lukanya kian ~ kerana tidak diubati. 2 teliti (sempurna, luas dll): Pengetahuannya ttg sastera Melayu sungguh ~. 3 lebih melarat (penyakit); lebih dalam, kuat, kukuh (bkn perasaan): Perasaan bencinya terhadap bangsa asing sungguh ~. mendalami berusaha supaya mengetahui (memahami, mengerti) dgn teliti atau dalam: Beliau ingin ~ bidang pertanian. Dia mencuba ~ hati kawannya itu. mendalamkan 1 menjadikan dalam: Kuli itu sedang ~ parit di tepi jalan. 2 meluaskan atau mengkaji dgn teliti ttg sesuatu ilmu: Dia pergi ke London utk ~ pengetahuannya dlm bidang perubatan. memperdalam 1 menjadikan lebih dalam: Orang-orang kampung bergotong-royong ~ telaga itu. 2 berusaha supaya mengetahui (memahami) dgn lebih teliti: Dia ~ ilmu yg dipelajarinya itu. kedalaman keadaan dalam; dalamnya: Kepekatan karbon dioksida bertambah mengikut ~ tanah. Drpd pertuturannya, kita dpt mengetahui ~ ilmu pengetahuannya. pendalaman perbuatan (usaha dsb) mendalami atau mendalamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dalam

Puisi
 

Sungai Tompok airnya dalam,
     Sungguh dalam bercampur pasir;
Orang Tompok banyak Islam,
     Sungguh Islam bercampur kafir.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Sukar kaji pada orang alim,
     sukar wang pada orang kaya.

Bermaksud :

Orang pandai-pandai memutuskan sesuatu perkara sesudah mempertimbangkannya dalam-dalam; orang kaya mengeluarkan wang kalau ternyata ada untungnya.

 

Lihat selanjutnya...(394)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana betul, dalam satu-satu masa / dalam suatu masa / dalam sesuatu masa? Contoh ayat - saya hanya boleh melakukan dua perkara dalam satu-satu masa.Frasa yang betul ialah "dalam satu-satu masa", seperti contoh ayat "Saya hanya boleh melakukan dua perkara dalam satu-satu masa."Tatabahasa20.07.2023
Salam sejahtera. Yang manakah betul? 1.Siti meletakkan pinggan ke dalam besen. 2.Siti meletakkan pinggan di dalam besen 3.Siti menyimpan pisau ke dalam laci. 4.Siti menyimpan pisau di dalam laci. 5.Siti memasukkan buah epal ke dalam beg plastik. 6.Siti memasukkan buah epal di dalam beg plastik. 7.Siti membuang sampah ke dalam tong sampah. 8.Siti membuang sampah di dalam tong sampah. 9.Siti menyapu sampah di dalam kelas. 10.Siti menyapu sampah di kelas. 11.Siti makan di dalam kantin. 12.Siti makan di kantin.

Berikut disenaraikan ayat yang lebih tepat tatabahasanya:

Siti meletakkan pinggan ke dalam besen.

Siti menyimpan pisau ke dalam laci.

Siti memasukkan buah epal ke dalam beg plastik.

Siti membuang sampah ke dalam tong sampah.

Siti menyapu sampah di kelas.

Siti makan di kantin.
Tatabahasa06.09.2023
Di dalam organisasi kerajaan, penggunaan perkataan "INCAS" digunakan bagi merujuk kepada ketua sekumpulan kecil pekerja dalam kerja. Dalam kamus PRPM, saya tidak menjumpai perkataan ini. Saya difahamkan ia adalah sebutan asal daripada perkataan Inggeris iaitu "In-Charge". Apakah perkataan yang sesuai di dalam Bahasa Melayu yang boleh menggantikan perkataan "INCAS"?Kata yang dicadangkan ialah penyelia atau penanggungjawab. Penggunaan kata ini bergantung kepada kesesuaian makna dan konteks perjawatan di sesebuah organisasi atau institusi.Lain-lain12.07.2023
Assalamualaikum, saya ingin memohon pencerahan untuk penggunaan nombor dalam penulisan. Apakah nombor yang perlu ditulis atau dieja dalam perkataan dalam penulisan bahasa Melayu? Adakah kaedah/hukum yang digunakan dalam bahasa Melayu juga sama untuk penulisan Jawi? Contoh ayat 1: Ayah membeli sebelas bungkus nasi lemak. Contoh ayat 2: Murid-murid perlu menulis 10 patah perkataan. Contoh ayat 3: Beliau meninggal 10 tahun kemudian. Contoh ayat 4: Jarak rumah saya dari kampus kediaman ialah 11 km. Akhir sekali, saya ingin mendapatkan rujukan terbaru untuk penulisan nombor yang digunakan oleh DBP. Saya telah merujuk Tatabahasa Dewan terkini dan tidak menemukan kaedah tersebut.
Berdasarkan Gaya Dewan Edisi Ketiga, pernomboran ialah cara menanda senarai dan menyatakan jumlah sesuatu. Nombor yang digunakan ialah nombor roman dan nombor arab.

Nombor roman kecil: i, ii, iii
Nombor roman besar: I, II, III
Nombor arab: 0, 1, 2, 3, ..., 9 dan seterusnya.
Nombor arab asli: ١, ٢, ٣, ٤, ٥, ٦, ٧, ٨, ٩
 
Nombor yang kurang daripada 10 hendaklah dieja sepenuhnya. Bagi penulisan keluasan, kelajuan dan dimensi, gunakan angka dan unit yang sesuai untuk menunjukkan kelajuan, keluasan dan dimensi, contohnya 7 km.

Sila rujuk Gaya Dewan Edisi Ketiga halaman 87 - 94.
Tatabahasa26.06.2023
Mohon pencerahan. Sy cek dalam website tiada perkataan tatakelola.. kelola ada Tata kelola jarak atau sambung tatakelola Kalau tatabahasa rapat Dalam kamus indonesia ada tatakelola Adakah ia perkataan baharu?Padanan bagi kata governance dalam bahasa Melayu ialah tadbir urus. Kata tatakelola banyak digunakan dalam penulisan dalam bahasa Indonesia, khususnya dalam bidang pengurusan.

Kata tatakelola dieja rapat seperti kata tatabahasa dan tatasusila.

Benar, kata tatakelola ini ialah kata baharu dalam bahasa Melayu dan masih belum terakam dalam kamus terbitan DBP.
Lain-lain12.09.2023
1. Surah al-Fatihah wajib dipelajari setiap orang Islam kerana ia merupakan satu daripada rukun di dalam solat. 2.Surah al-Fatihah merupakan surah yang pertama mengikut susunan di dalam mushaf. Menurut para ulama, dinamakan surah ini dengan kalimah al-Fatihah, iaitu pembukaan kerana ia merupakan pembukaan di dalam mushaf dan juga pembukaan bacaan semasa mendirikan solat. soalan saya; adakah dalam soalat atau di dalam solat? di dalam mushaf atau dalam mushaf?Frasa sendi nama "di dalam" digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang mempunyai ruang, manakala kata sendi nama "dalam" digunakan apabila memperkatakan sesuatu yang bersifat abstrak atau tidak mempunyai ruang seperti perkara, peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang, dan sebagainya. Frasa yang betul ialah "dalam solat" dan "dalam mushaf".Tatabahasa23.04.2024
Selamat sejahtera,Zali mengisi makanananan di dalam pinggan atau di dalam bekas makanan? b)Zali mengisi makanan di dalam pinggan atau bekas makanan? (yang mana satu betul) Terima kasih.

Ayat yang betul ialah “Zali mengisi makanan di dalam pinggan atau bekas makanan?”

Tatabahasa06.02.2024
Salam sejahtera, saya nak tanya sikit tentang penggunaan Proto dan Purba dalam pelabelan bahasa lama. Dalam Inggeris ada Ancient Greek, Proto-Hellenic, Proto-Greek, dan Old Greek. Saya ikut label dalam Kamus Dewan Perdana yang terjemahkan Proto kepada Purba tapi masalahnya macam mana nak bezakan dengan Ancient Greek yang diterjemahkan kepada Yunani Purba? Dan dalam Kamus Inggeris-Melayu, Hellenic diterjemahkan kepada Yunani sementara daftar istilah berikan Helenik/Hellenik. Macam mana saya dapat bezakan kesemua label ini? Setakat ini saya labelkan Hellenik Purba (Proto-Hellenic), Proto-Yunani (Proto-Greek) dan Yunani Kuno (Old Greek). Harap dapat membantu. Yang benar, Haziq FaruqiKamus Dewan Perdana (DBP, 2020) ialah kamus umum bahasa Melayu. Kamus Inggeris-Melayu Dewan (DBP, 1992) juga ialah kamus umum. Kata/istilah dalam sesuatu bidang merupakan kata khusus yang mempunyai konsep dan konteks yang tertentu.

Pentakrifan atau penggunaan kata/istilah dalam sesuatu bidang seperti Proto-Hellenic (proto Helenik), Proto-Greek (proto Yunani) dan Old Greek (Yunani kuno) perlulah merujuk pakar bidang tersebut untuk menentukan julat masanya secara terperinci, persamaan atau perbezaan makna sesuatu kata/istilah bahasa sumber dan sebagainya supaya padanan kata tersebut dalam bahasa Melayu tepat dan jelas.

Untuk penjelasan lanjut, sila berhubung dengan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP.
Istilah31.03.2024
assalamualaikum, dalam telegram ada dbp dalam tu ada banyak istilah baru dikeluarkan , saya nak tanya dimana saya boleh cari istilah istilah itu secara dalam talian, saya mahu search dengan mudah?Selain daripada media sosial rasmi DBP, saudara boleh mendapatkan istilah-istilah bahasa Melayu yang dikeluarkan oleh DBP melalui:

1) Portal Jendela DBP (jendeladbp.my) melalui ruangan Peka Bahasa
2) Portal Gerbang Kata (ekamus.dbp.gov.my) melalui ruangan Istilah Semasa dalam Talian
Istilah27.03.2023
Masuk ke dalam van. Naik ke dalam van. Ayat yang manakah betul?Ayat yang betul ialah "Masuk ke dalam van."  Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, halaman 256 untuk mendapatkan keterangan lanjut.Tatabahasa31.01.2024
12345678910...

Kembali ke atas