Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. antara, di kalangan: ~ mereka yg bertiga belas itu ada yg bergirang-girang; 2. di dalam (bukan di luar lingkungan dsb sesuatu): ~ Wilayah Persekutuan; ~ bidang mata pelajaran tersebut; 3. sambil: ~ kita berharap keadaan akan bertambah baik kita mesti juga beringat-ingat; 4. pd waktu (tertentu): kita berharap keadaan akan bertambah baik ~ tahun hadapan; dia masih ~ pantang lagi; ~ idah masa belum boleh berkahwin lain (bagi perempuan yg baru menjadi janda); ~ negeri (dlm) lingkungan sesebuah negeri itu sahaja; ~ tangan dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; ~ dua tengah tiga prb tidak jujur; kilat di ~ kilau prb tujuan (maksud) yg terkandung dlm percakapan atau tingkah laku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 mengenai; tentang; berkenaan dgn: Dia memang pakar ~ hal itu. 2 selama masa tertentu; pd waktu tertentu: ~ masa dua jam lagi, ia akan sampai. 3 di kalangan; di antara: ~ mereka yg ramai itu, ada yg pandai bermain piano. 4 mengalami; ditimpa: Para nelayan ~ keadaan susah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dalam II


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARARAT

Ararat ialah tempat bahtera Noah mendarat

selepas Deluge mengikut Bible. Dalam Bible, kisah

ini dijelaskan dalam Genesis 6-8. Ararat adalah

kawasan yang dikelilingi Tasik van di Armenia

purba, kini bahagian Turki. Ramai orang percaya

bahtera Noah berada di Gunung Massis, gunung

tertinggi di Ararat, kini dikenali Gunung Ararat.

Walau bagaimanapun, terjemahan dalam bahasa

Aramaik dan Syriac menjelaskan bahtera ini

mendarat di gunung di Kurdistan yang terletak di

tenggara Tasik Van.

Kawasan Ararat dinyatakan dalam II Kings 19:37

dan Isiah 37:38. Laluan ini digunakan oleh anakanak

raja Assyria Sennacheris yang melarikan diri

ke Ararat selepas membunuh ayah mereka.

UMUM 
MAHMUD II

Mahmud II (1199 H.–1255 H./1784 M.–1839 M.)

ialah Sultan Mahmud II putera Sultan Abdul Hamid

I, salah seorang sultan kerajaan Uthmaniyyah.

Baginda lahir di Islambul (sekarang digunakan

nama Istanbul) dan menduduki takhta

pemerintahan selepas abangnya, Sultan Mustafa IV

pada tahun 1223 H./1808 M. Namanya dikaitkan

dengan gerakan pembaikan dalaman bagi

menyusun semula kerajaan dan memerangi

gerakan reformasi di Najd yang diketuai oleh Imam

Muhammad ibn Saud dan Muhammad ibn ‘Abd al-

Wahhab lebih-lebih lagi apabila gerakan ini

mampu menggabungkan Hijaz dan Ahsa dalam

Kerajaan Pertama Saudi. Namanya juga dikaitkan

dengan penyusunan tentera Turki dan

menukarkannya kepada sistem ketenteraan yang

teratur. Usaha penyusunan tentera ini selesai pada

tahun 1241 H./1825 M.

UMUM 
SALIM II

Salim II (930–982 H./1523–1574M.), sultan ke-11

dalam kerajaan Uthmaniyyah atau putera Sultan

Sulayman I. Baginda lahir di Istanbul dan

mewarisi takhta pemerintahan daripada

ayahandanya pada tahun 974 H./1566 M. Selepas

kemangkatan Sultan Sulayman I, kerajaan ini tetap

mengamalkan polisi peluasan negara

sebagaimana tradisi kerajaan Uthmaniyyah sejak

dahulu. Akan tetapi secara beransur-ansur

kerajaan Uthmaniyyah mengalami zaman

kelemahan sejak diperintah oleh sultan ini.

Baginda merupakan antara sultan yang tidak

pernah turun ke medan perang. Walau

bagaimanapun, kerajaannya mengalami banyak

peristiwa penting; antaranya penaklukan pulau

Cyprus dari tangan orang Bonodochia.

Kemenangan tersebut disebabkan adanya

beberapa tokoh terkemuka semenjak zaman

ayahandanya seperti Muhammad Suqlili, Mufti

Besar Abu Sa’ud dan Nasyanji Muhammad Dibyali

al-Qibtan Pasha. Pada zamannya juga, Yaman

dapat diambil semula selepas pemberontakan

yang dicetuskan oleh puak Syi’ah al-Zaydiyyah.

UMUM 
EDWARD II

Edward II (1284–1327) ialah salah seorang

daripada raja yang paling tidak berjaya dalam

sejarah Inggeris.

UMUM 
MACARTHUR, DOUGLAS

MacArthur, Douglas (1880–1964) ialah jeneral

Amerika yang terkemuka dalam Perang Dunia II dan

Perang Korea. Dia juga menerima bintang

kecemerlangan sebagai komander tertinggi pihak

Berikat bagi pendudukan di Jepun selepas Perang

Dunia II.

UMUM 
JAMAL UL-KIRAM II

JAMAL UL-KIRAM II, (1868-1936, Sultan Sulu yang ke-32.  dia lahir di Filipina.  Jamal ul-Kiram II, mengikut salasilah Kesultanan Sulu yang disusun oleh Majul merupakan Sultan Sulu yang ke-32.  dia juga bolehlah dianggap sebagai Sultan Sulu yang terakhir.  Dia sempat menyaksikan tiga zaman yang berbeza dalam sejarah Sulu khasnya dan sejarah Filipina amnya.  Dia menjadi sultan pada saat penjajahan Sepanyol hingga   ke saat-saat akhir sebelum diganti oleh penjajahan Amerika.  Apabila dia meninggal dunia pada tahun 1936, Filipina sudah berada diambang kemerdekaan dengan terbentuknya kerajaan Komanwel Filipina pada tahun tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TIKUS TOBRUK

Tikus Tobruk ialah pasukan tentera Pihak

Berikat dalam Perang Dunia II, yang mampu

bertahan dalam satu pengepungan selama lapan

bulan, semasa kempen Afrika Utara pada tahun

1941. Pasukan tentera Berikat telah dikepung oleh

Kor Jerman Afrika di Tobruk, yang terletak di

pesisiran pantai Libya, setelah keseluruhan

Tentera Inggeris berundur dari situ. Mereka

bertahan dari 11 April hingga 10 Disember,

apabila tentera Jerman menghentikan kepungan

itu.

UMUM 
YAMASHITA, TOMOYUKI

Yamashita, Tomoyuki (1885–1946), jeneral

Jepun dalam Perang Dunia II yang dijatuhi

hukuman mati kerana “melanggar undang-undang

perang”.

UMUM 
SULTAN MUHAMMAD IISULTAN MUHAMMAD II ( ? -1956), Sultan Terengganu yang ke-12 (1918-1920). Baginda ditabal sebagai Sultan Terengganu setelah Sultan Zainal Abidin III mangkat pada 26 November 1918.  Baginda menandatangani perjanjian dengan kerajaan British pada 24 Mei 1919.  Dalam perjanjian ini, Terengganu akan menerima seorang penasihat British yang akan menasihati dalam semua perkara mengenai pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan adat dan agama Islam.  Dia juga dikehendaki menyediakan laporan belanjawan tahunan untuk tahun 1919.  Penasihat British yang pertama dilantik ialah J.L. Humphreys.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
LEKRA

LEKRA, organisasi kebudayaan Indonesia. LEKRA adalah singkatan daripada Lembaga Kebudayaan Rakyat. LEKRA ditubuhkan pada 17 Ogos 1950 di Jakarta. Organisasi kebudayaan ini didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Pemimpin LEKRA terdiri daripada D.N. Aidit (Ketua PKI) Njoto, (wakil Ketua II dalam Politburo PKI), M.S. Ashar, A.S. Dharta, dan Joebaar Ajoeb. Setiausaha Pusat LEKRA ialah A.S. Dharta, M.S. Ashar, dan Herman Arjuno (masing-masing Setiausaha I, II dan III). Henk Ngantung dan Joebaar Ajoeb menjadi ahli pada Sekretariat Pusat. Keseluruhan pimpinan Pusat LEKRA terdiri daripada 41 orang yang merancang dan mengendalikan dasar perjuangan LEKRA menurut arahan PKI.

SASTERAInstitusi/Organisasi
12345678

Kembali ke atas