Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TIUB CROOKES

Tiub Crookes ialah sejenis tiub vakum. Sir

William Crookes, ahli fizik dan ahli kimia Inggeris,

mencipta tiub itu pada tahun 1870-an sebagai

sebahagian daripada kajiannya tentang sinar katod.

Usahanya membawa kepada penemuan bahawa

sinar ini terdiri daripada aliran elektron.

Tiub Crookes mempunyai elektrod di setiap

hujung atau berhampiran dengannya, dan tekanan

udara yang rendah di dalamnya. Apabila arus

elektrik yang kuat mengalir dari katod (elektrod

negatif) ke anod (elektrod positif), bara muncul di

hujung tiub yang bertentangan dengan katod.

Crookes membuat kesimpulan bahawa sinar yang

tidak kelihatan daripada katod menyebabkan bara

tersebut. Untuk mengkaji sinaran, Crookes

meletakkan objek kecil dalam laluan sinar, di dalam

tiub itu.

UMUM 
PROKSI

Proksi ialah ganti. Andaikan, anda diberi tugas

untuk membentangkan satu laporan penting dalam

mesyuarat kelab. Pada hari mesyuarat itu diadakan,

anda tidak sihat untuk menghadiri mesyuarat

tersebut. Oleh sebab itu, anda meminta seorang ahli

kelab bertindak bagi pihak anda. Ahli kelab itu

menjadi proksi anda, dan dia akan membentangkan

laporan anda dalam mesyuarat kelab itu.

UMUM 
POST, WILEY

Post, Wiley (1899–1935) ialah juruterbang perintis

Amerika. Dia adalah orang yang pertama

melakukan penerbangan solo mengelilingi dunia.

Dia melakukan penerbangan bersejarah itu pada

tahun 1933 dalam sebuah pesawat Lockheed Vega

berenjin tunggal dengan nama julukan Winnie

Mae .

UMUM 
MACDONALD, SIR JOHN ALEXANDER

Macdonald, Sir John Alexander (1815–1891)

ialah perdana menteri pertama Dominion Kanada.

Dia memainkan peranan utama dalam mewujudkan

dominion  itu pada tahun 1867. Macdonald

berkhidmat sebagai perdana menteri dari tahun

1867 hingga tahun 1873 dan dari tahun 1878

sehingga dia meninggal dunia pada tahun 1891.

UMUM 
PSORIASIS

Psoriasis ialah sejenis penyakit kulit, yang

dicirikan oleh tompokan tebal yang timbul dan

berwarna merah, dan dilitupi sisik yang putih

keperakan. Pada kebanyakan orang, hanya

tompokan itu sahaja gejala penyakit itu. Tetapi

tompokan itu mungkin memedihkan, pecah dan

berdarah, terutama jika kulitnya radang kerana

digaru. Tompokan itu biasanya terdapat pada siku

dan pada lutut. Namun dalam kes yang teruk,

tompokan mungkin meliputi seluruh tubuh.

Sejenis artritis dikaitkan dengan banyak kejadian

psoriasis, walaupun tompokan kulit itu tidak

menyebabkan artritis.

UMUM 
SCOTT, ROBERT FALCON

Scott, Robert Falcon (1868–1912) ialah

penjelajah dan pegawai tentera laut British yang

merupakan orang pertama sampai di penara Kutub

Selatan. Dia sampai di kawasan itu dalam ekspedisi

yang dilakukannya dari tahun 1901 hingga tahun

1904. Pada 30 Disember 1902, Scott sampai di latitud

82 ° 17’, kira-kira 840 kilometer dari Kutub Selatan

yang sebenar. Latitud yang dijejaki oleh Scott

merupakan jarak paling ke selatan yang pernah

ditempuhi manusia.

UMUM 
SIFARSifar, dalam matematik ialah nama bagi digit 0,
kadangkala dikenali sebagai kosong. Ia digunakan
untuk menyatakan ketiadaan sebarang kuantiti. Sifar
diperlukan dalam sistem angka bertempat, iaitu
sistem yang kita dan kebanyakan orang gunakan
pada hari ini. Dalam sistem bertempat, kedudukan,
atau tempat sesuatu angka menentukan nilai angka
itu. Bagi angka 246, digit 2 bernilai dua ratus (ratus),
digit 4 bernilai empat puluh (puluh), dan 6 pula
bernilai enam unit (sa). Angka itu melambangkan
nombor 246. Untuk menulis nombor 206, kita
perlukan suatu simbol untuk menyatakan ketiadaan
puluh. Angka 0 di sini memenuhi fungsi itu. Sifar
apabila ditambah kepada atau ditolak daripada
sesuatu nombor memberi nombor itu semula. Suatu
nombor didarab dengan sifar menghasilkan nilai
sifar. Pembahagian dengan sifar tidak dapat
ditakrifkan. Sifar ialah nombor genap.
UMUMKonsep
SPENDER, SIR STEPHEN

Spender, Sir Stephen (1909–1995) ialah pemuisi

British. Puisi-puisinya yang terkenal menggabungkan

unsur romantik tradisional dengan subjek serta sikap

yang benar-benar moden. Dengan itu, dalam sebuah

kereta api ekspres pun dia mendapati kewujudan

jenis keindahan yang penyair romantik awal temui

pada air terjun dan matahari terbenam.

UMUM 
RABU

Rabu ialah nama hari keempat dalam seminggu.

Dalam bahasa Inggeris hari Rabu disebut

Wednesday . Hari tersebut mendapat namanya

daripada Woden, atau Odin, iaitu ketua dewa dalam

mitologi Teutonik yang dianggap suci. Pada awal era

Kristian, orang Jerman menggelarnya hari Woden.

Kemudian, nama tersebut ditukar kepada

Wednesday. Orang Rom menamakan hari keempat

dalam seminggu ini sempena planet Utarid (Mercury),

yang dipercayai mengawal jam pertama pada hari itu.

Planet itu pula telah dinamakan sempena dewa

Merkuri. Dari sinilah timbulnya perkataan Latin Dies

Mercurii . Bahasa Rom yang berasaskan bahasa Latin

masih mengekalkan nama ini. Contohnya bahasa

Perancis menggelar Wednesday sebagai mercredi .

Rabu berasal daripada bahasa Arab al- Arbi‘a’ , iaitu

hari keempat dalam seminggu.

UMUM 
TITIK ISOELEKTRIKNilai pH sesuatu larutan yang menunjukkan molekul dalam larutan itu mempunyai cas bersih sifar. Pada pH ini, nilai cas positif dan negatif pada molekul tersebut adalah sama dan diberikan simbol pI. Nilai pH ini juga dikenali sebagai titik isoionik. Struktur molekul yang mempunyai cas bersih sifar ini dinamai bentuk zwiterion. Contoh lazim molekul yang mempunyai sifat ini ialah asid amino dan protein....untuk maklumat lanjut sila rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
12345678910...

Kembali ke atas