Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
public sector leadershipkepimpinan sektor awamPentadbiranPentadbiran Awam

Corak atau kaedah pentadbiran kerajaan yang melibatkan keupayaan mentadbir organisasi secara cekap, mantap dan efektif. Kepimpinan sektor awam memberikan penekanan kepada penerapan nilai-nilai murni dan daya saing yang mementingkan kebolehan serta prestasi kerja yang berkualiti. Dalam pada itu, elemen kepimpinan ini turut merangkumi keupayaan menjana pendapatan; menyelaras dan mengawal operasi dan guna tenaga; mengawas dan memantau perjalanan program serta membina jaringan hubungan yang luas. Dalam konteks pentadbiran awam, daya kepimpinan, inovasi serta kelayakan, pengalaman dan kemahiran mempengaruhi proses pemilihan pegawai-pegawai ke jawatan yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan dan pentadbiran sektor awam masing-masing terikat dengan garis panduan yang termaktub di dalam Pekeliling Perkhidmatan Awam.

translationalihanMekanikGunaanGerakan tanpa putaran. Setiap garis pada jasad yang mengalami alihan adalah selari dengan kedudukan mulanya pada setiap masa. Putaran tidak berlaku pada mana-mana garis pada jasad itu. Semasa beralih, semua titik pada jasad itu mempunyai halaju ketika dan pecutan ketika yang sama. Dengan itu, gerakan jasad yang sedang mengalami alihan terperihal sepenuhnya oleh gerakan sebarang titik pada jasad itu kerana semua titik pada jasad itu mengalami gerakan yang sama. Istilah alihan ini kadangkala digunakan untuk memerihalkan gerakan zarah dan, dalam kes ini, alihan membawa maksud 'gerakan' semata-mata. Lihat juga alihan melengkung, alihan melurus.
extrinsic coordinatekoordinat ekstrinsikMekanikGunaanPerihalan bagi kedudukan jasad yang dibuat secara tak bersandaran pada laluan jasad itu. Dalam kebanyakan sistem koordina, misalnya koordinat Cartesan dan koordinat silinder, sistem koordinat ekstrinsik digunakan. Koordinat ekstrinsik dapat menentukan kedudukan jasad walaupun laluan yang diikuti oleh jasad itu tidak diketahui. Lihat juga koordinat hakiki.
magnitude at oppositionmagnitud istiqbalMatematikTiadakerana pada masa itu sahaja objek itu dilihat dalam fasanya yang cukup penuh dan berada berhampiran dengan titiknya yang terhampir dengan bumi.
beamrasukMekanikGunaanAnggota struktur yang digunakan untuk merintangi beban melintang, iaitu beban yang bertindak pada arah yang serenjang dengan paksi anggota itu. Daya dalam pada arah paksi tidak wujud pada rasuk. Biasanya, rasuk merupakan anggota yang lurus, panjang dan mempunyai keratan rentas yang seragam. Ilmu mekanik mengkaji rasuk yang boleh tentu secara statik sahaja. Sebatang rasuk teranalisis sepenuhnya apabila daya ricih yang momen lentur pada setiap titik rasuk itu diketahui. Lihat juga daya ricih, momen lentur.
magnetic polarizationpengutuban magnetFizikModenPerbezaan vektor antara ketumpatan fluks magnet di titik tertentu dengan ketumpatan fluks magnet yang seharusnya wujud di titik itu pada kekuatan medan magnet yang sama, jika titik itu berada di dalam vakum.
zero-force memberanggota daya sifarMekanikGunaanAnggota struktur yang daya di dalam anggota itu adalah sifar. Keadaan ini berlaku apabila struktur berada di bawah tindakan sistem beban tertentu. Anggota daya sifar tidak menolong untuk menyokong sebarang beban kenaan dalam keadaan yang diberikan. Anggota itu mungkin akan menyokong beban dan tidak lagi menjadi anggota daya sifar apabila sistem beban yang bertindak pada struktur itu berubah. Ada juga anggota daya sifar yang kekal dengan keadaan itu dalam semua keadaan bebanan. Anggota sedemikian biasanya diletakkan untuk menambah kestabilan struktur. Anggota bertanda a.d.s. dalam Rajah A4 merupakan anggota daya sifar kerana keseimbangan tidak mungkin wujud jika anggota itu ditindak oleh mana-mana daya dalaman. RAJAH A4 (rujuk ms. 4)
constrainkekangMekanikGunaanMembataskan gerakan, iaitu menetapkan sesuatu jasad pada kedudukan tertentu ataupun pada laluan gerakan yang tertentu. Perbuatan mengekang ini menghalang semua ragam gerakan kecuali yang menjadi objek pengekangan itu. Dalam beberapa kes, kekang memberi kesan penghalangan gerakan sepenuhnya. Perhatikan bahawa makna ‘kekang’ berbeza dengan’halang’ yang bermaksud ‘membenarkan semua ragam gerakan kecuali yang menjadi objek penghalangan itu’ Lihat juga gerakan terkekang, gerakan tak terkekang, halang.
balancingpengimbanganMekanikGunaan1. (bagi jasad yang berputar) Proses penambahan jisim pada aci yang berputar supaya daya empar yang bertindak pada aci itu berimbang. Daya empar tak terimbang yang bertindak pada aci adalah disebabkan kesan putaran jisim sipi yang berada pada aci berkenaan. Apabila jisim sipi itu berputar, jisim itu ditindak oleh daya memusat, dan tindak balas aci terhadap daya memusat itu merupakan daya empar yang bertindak untuk menyebabkan aci itu melentur dan bergetar. Pengimbangan bererti menambahkan jisim yang akan menghasilkan daya empar yang sama magnitudnya dan berlawanan halanya dengan daya empar yang asal. Dalam keadaan terimbang, galas aci berkenaan bebas daripada tindakan sebarang daya. Perhatikan bahawa sistem jisim yang berputar boleh diimbangkan asal sahaja jisim pengimbang boleh ditempatkan pada sekurang-kurangnya dua satah yang berlainan. Lihat juga keseimbangan statik, keseimbangan dinamik. 2. (bagi jasad yang mengalami gerakan sorong tarik) Proses penambahan jisim pada aci engkol yang berkenaan supaya daya yang bertindak (pada jasad yang bergerak secara sorong tarik) pada arah garis lejang berimbang. Keseimbangan yang lain daripada itu sukar dicapai.
water bathrendaman airKimiaTiadaBekas berisi air yang digunakan untuk memindahkan haba secara seragam kepada sesuatu objek yang terendam di dalam air itu pada suhu di bawah takat didih air.
12345678910...

Kembali ke atas