Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tingkat (kata nama)
Bersinonim dengan paras, lantai;,
Kata Terbitan : tingkat-tingkat, bertingkat-tingkat, meningkat, meningkatkan, tingkatan, peningkatan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BAHA ZAIN, DATO'

BAHA ZAIN, Dato’ (1939 -     ), penyair dan pengkritik kesusasteraan. Dia lahir pada 22 Mei 1939 di Batu 15, Hutang Melintang, Perak. Nama sebenarnya ialah Baharuddin bin Zainal. Anak bongsu daripada satu keluarga sederhana ini, mula bersekolah Melayu di Sabak Bernam, Selangor hingga tamat Darjah Empat pada tahun 1949. Ketika berusia 11 tahun, dia memasuki Anglo-Chinese School, Teluk Anson hingga lulus Sijil Persekolahan pada tahun 1957. Dari tahun 1958 hingga tahun 1959, dia belajar di Sekolah Anderson, Ipoh dalam Tingkatan Enam. Dia memasuki Universiti Malaya pada tahun 1960 dan berjaya memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1963.

SASTERAKonsep
BOROBUDUR

BOROBUDUR, candi terbesar di Indonesia, dibina di kaki Gunung Menoreh yang terletak di wilayah Desa Bumisegoro, dekat Kota Magelang, Jawa Timur.

Borobudur yang bererti ‘Himpunan Kuil-kuil di atas Bukit’ atau ‘Himpunan Kebajikan dalam 10 Tingkatan Bodhisatwa’ mula dibina sekitar tahun 800 M. oleh kerajaan Sailendra, yang memerintah Jawa Tengah dari pertengahan abad ke-8 M hingga tahun 830 M.  Kekuasaan wangsa itu lenyap pada pertengahan abad ke-9 M.  Seabad kemudian kegiatan politik dan budaya berpindah dari Jawa Tengah ke Jawa Timur.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangunan/Kota
THAHARUDDIN AHMAD

THAHARUDDIN AHMAD (1921 -      ), pengasas Gerakan Angkatan Melayu Muda Malaya (GERAM). Dia lahir pada 15 Februari 1921 di Barulak, Sumatera Barat, Indonesia. Dia menerima pendidikan awal di sekolah rendah, sebelum mempelajari Islam dan ekonomi di Moderne Islamietische Kweekschool (MIK), Darul Mu’alliminal ‘Ashriyah dan di Maktab Pendidikan Guru Islam Moden, Bukittinggi, Sumatera Barat. Di MIK, dia belajar selama empat tahun di tingkatan rendah aliran Arab, kemudian empat tahun lagi di tingkatan tinggi yang menggunakan aliran bahasa Arab dan Belanda. Setelah memperolehi Diploma Pendidikan Guru dan Ekonomi Rendah, dia bertugas sebagai guru di MIK hingga tahun 1939. semasa di sekolah tinggi, kesedaran politik antipejajah telah terbentuk hasil penglibatannya dalam gerakan pelajar di sana. Pada tahun 1940, Thaharuddin berhijrah ke Singapura dan menjadi guru di sebuah sekolah Arab, sebelum bertugas sebagai pengurus sebuah syarikat milik rakyat Indonesia hingga syarikat itu ditutup pada tahun 1941.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
YAHAYA ISMAILYAHAYA ISMAIL (1940-    ), penulis dan pengkritik sastera dan politik.  Dia lahir pada 30 April 1940 di Simpang Lima, Parit Buntar, Perak.  Nama sebenarnya ialah Yahaya @ Mustapha bin Ismail.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tanah Kebun, Parit Buntar,  pendidikan menengah di Sekolah Inggeris Methodist, Parit Buntar dan Sekolah Laki-laki Methodist, Pulau Pinang.  Setelah tamat Tingkatan Lima, dia mengikut latihan perguruan di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Fakultas Sastera, Universitas Indonesia, Jakarta dan berhasil memperoleh Sarjana Sastera dalam bidang Pengajian Sastera Indonesia (1968-1970). Dia kemudiannya meneruskan pengajiannya ke Universiti Monash, Melbourne, Australia dan memperoleh ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1973.SASTERATokoh

Kembali ke atas