Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dam] | دم

Definisi : 1. = damdam sj permainan utk dua orang pemain, setiap pemain menggerakkan 12 buah dam mengikut peraturannya di atas papan yg berpetak-petak segi empat (spt pa­pan catur); buah ~ kepingan-kepingan yg di­gunakan (digerakkan) ketika bermain dam; papan ~ papan yg digunakan dlm permainan dam (berpetak-petak segi empat); 2. bercorak tapak catur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dam] | دم

Definisi : denda yg dikenakan kpd jemaah haji yg melanggar peraturan-peraturan tertentu se­waktu mengerjakan haji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dam] | دم

Definisi : bunyi spt bunyi gendang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dam] | دم

Definisi : sj permainan dalam yg menggunakan kepingan-kepingan bundar dan papan tapak catur; damdam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[dam] | دم

Definisi : denda yg dikenakan kpd jemaah haji yg meninggalkan wajib haji atau kerana tidak mendahulukan haji drpd umrah pd sesuatu musim haji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dam


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DAM

Dam ialah permainan di atas papan dam

oleh dua orang pemain. Papan dam biasanya

mempunyai 64 segi empat yang berselang

berwarna gelap dan cerah. Setiap pemain

mempunyai 12 objek kecil sama ada berbentuk

bulat atau leper yang dikenali sebagai buah dam.

UMUM 
EMPANGAN BAKUN

Empangan Bakun, empangan hidroelektrik terbesar di Malaysia. Empangan ini adalah empangan batu dilitupi konkrit (concrete faced rockfill dam-FRD). Empangan Bakun terletak di Sungai Balui, di Lembangan Sungai Rajang, dalam daerah Belaga, Sarawak. Ia terletak kira-kira 36 km dari Pekan Belaga.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas

Kembali ke atas