Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.mai] | داماي

Definisi : 1. tidak berperang atau serang-me­nyerang (bkn perhubungan antara negara, puak dll), tidak bermusuhan atau berselisihan (bkn perhubungan antara manusia); hidup (aman) ~ hidup dlm keadaan yg bebas drpd permusuhan (perselisihan, pertikaian, dsb); menyelesaikan sesuatu secara ~ menye­lesaikan sesuatu tanpa kekerasan (menerusi perundingan dsb); keadaan ~ keadaan tidak berlaku peperangan (permusuhan, perteling­kahan, dsb); rundingan ~ rundingan (biasanya melibatkan pihak-pihak yg bertelingkah) yg bertujuan mewujudkan keadaan damai; 2. berbaik semula (tidak bermusuhan, tidak ber­seteru); menyorong ~ (minta) berbaik semula; 3. tenteram, tenang (bkn suasana, keadaan, perasaan, dsb): waktu telah larut malam baru terdapat suasana ~; malam begitu ~;berdamai 1. berbaik semula (tidak lagi ber­gaduh, berperang, bermusuhan, dsb), berhenti berperang (bermusuhan): kedua-dua pihak yg bermusuhan itu telah pun ~; 2. ber­muafakat, berunding: mengenai sewa rumah, kita boleh ~; harga ~ harga yg boleh dirun­dingkan;mendamaikan, memperdamaikan 1. mem­­­baik­kan dua pihak (negara dsb) dgn me­namatkan atau menyelesaikan perselisihan dsb, mewujudkan (memulihkan) perhubungan berbaik-baik antara dua atau beberapa pihak (negara dsb) yg bermusuhan (berperang, ber­telingkah, berselisihan, dsb): Amerika Syarikat dan Britain berharap agar negeri Jepun berusaha ~ Indonesia dgn Malaysia; 2. membincangkan atau merundingkan utk men­capai persetujuan: sebelum menduduki rumah, lebih baik kita damaikan dahulu tentang sewanya;kedamaian 1. keadaan damai (keadaan tidak terdapat atau tidak berlaku pergaduhan, peperangan, persengketaan, dsb): hidup dlm ~ dan kemakmuran; 2. keadaan yg aman dan tenteram, ketenteraman, ketenangan: hari itu dia berdoa supaya getar perasaan yg mengocak ~ jiwanya akan hilang;perdamaian perihal (keadaan) berdamai: rundingan yg akhirnya membawa ~ di kalangan puak-puak yg bersengketa dan sering bertempur itu;pendamaian perihal (usaha dsb) men­da­maikan, penyelesaian keadaan bermusuhan (berperang, berselisih faham, dll): kongres ~ sedunia itu berjalan dgn meriah;pendamai orang (negara, pihak) yg men­damaikan atau berusaha utk mendamaikan: Kemboja dan negeri Thai pernah bertindak sbg ~ dlm sengketa Malaysia dgn Indonesia; jaksa ~ orang yg dilantik utk mengawasi kedamaian (keamanan) sesuatu kawasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.mai] | داماي

Definisi : 1 tidak berperang atau tidak bermusuh-musuhan dll; aman: Rakyat Malaysia hidup dgn aman ~. 2 tenteram dan tenang (bkn suasana): Di ibu kota, sukar terdapat suasana ~. berdamai 1 berbaik semula (selepas berperang, bergaduh dll): Kedua-dua belah pihak yg berperang itu telah ~. 2 bermuafakat; berunding: Mengenai pembinaan surau itu, kita boleh ~. mendamaikan menjadikan damai. memperdamaikan membaikkan semula dua pihak yg bergaduh (berperang, bermusuh-musuhan dll); menjadikan berdamai: Dia mencuba ~ orang-orang Israel dgn orang-orang Palestin. kedamaian keadaan damai; keamanan; ketenteraman. perdamaian hal atau perbuatan berdamai: ~ itu dicapai setelah usaha banyak dilaksanakan. pendamaian penyelesaian drpd keadaan bermusuh-musuhan (berperang dll); usaha (perbuatan) mendamaikan. pendamai orang yg mendamaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata damai

Peribahasa

Di mana kelintung berbunyi,
     di situ kerbau tinggal diam.

Bermaksud :

Di mana perintah yang baik, di situ rakyat hidup rukun dan damai; negeri yang aman, ramai penduduknya. kelintung (kelentong) = genta kayu.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
nasi damai-damaia) nasi yg dimakan oleh pengantin laki-laki dan perempuan sbg tanda hidup mesra sesudah bersatu; b) nasi adap-adap;Kamus Dewan Edisi Keempat
mandi damai= ~ suatu mempelai upacara mandi utk kedua­dua pengantin sesudah selesai nikah dan ber­damai-damai;Kamus Dewan Edisi Keempat
akar kait-kaitsj tumbuhan (pokok menja­lar), akar onak, damai-damai, jambu kelawar, kuku lang rimba, Zizyphus calophylla;Kamus Dewan Edisi Keempat
onak1. = akar ~ sj tumbuhan (pokok men­jalar), akar kait-kait, damai-damai, dedamai, jambu kelawar, kuku lang rimba, Zizyphus calophylla; 2. sj tumbuhan (pokok rotan yg berduri), Plectocomia griffithii; 3. duri yg bengkok (spt kait).Kamus Dewan Edisi Keempat
kuku lang rimbasj tumbuhan (pokok menjalar), akar kait-kait, akar onak, damai-damai, jambu kelawar, Zizyphus calopyhlla;Kamus Dewan Edisi Keempat
mandi suatu mempelaiupacara mandi utk kedua­dua pengantin sesudah selesai nikah dan ber­damai-damai;Kamus Dewan Edisi Keempat
bahagiaaman damai serta gembira: Mereka sekeluarga hidup ~ walaupun secara sederhana. berbahagia berasa aman damai serta gembira; beruntung: Rajin-rajinlah belajar, semoga engkau ~ kelak. membahagiakan mendatangkan rasa bahagia; menjadikan bahagia. kebahagiaan keadaan hidup yg aman damai serta gembira; kesenangan hidup: Beliau bekerja keras kerana hendak memberikan ~ kpd anak dan isterinya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bahagiaaman damai serta gembira: Mereka sekeluarga hidup ~ walaupun secara sederhana. berbahagia berasa aman damai serta gembira; beruntung: Rajin-rajinlah belajar, semoga engkau ~ kelak. membahagiakan mendatangkan rasa bahagia; menjadikan bahagia. kebahagiaan keadaan hidup yg aman damai serta gembira; kesenangan hidup: Beliau bekerja keras kerana hendak memberikan ~ kpd anak dan isterinya.Kamus Pelajar
nasi I1. beras yg telah ditanak atau dikukus: telah lazim baginya setiap pagi memakan ~; mencari ~ mencari rezeki; 2. isi jerawat yg berwarna putih; ~ adap-adap = ~ adap-adapan = ~ damai nasi (biasanya nasi kunyit berserta lauknya) yg disajikan kpd pengantin ketika bersanding; ~ angkatan nasi utk menjamu orang besar-besar; ~ ayam nasi yg dimasak dgn air rebusan ayam (biasanya berwarna kekuning-kuning­an) yg dimakan bersama-sama dgn daging ayam, yg biasanya dihidangkan dgn kicap, sup dan sambal cili; ~ berdetus nasi setengah ma­sak; ~ beriani nasi yg dimasak bersama-sama dgn daging atau ayam dan rempah; ~ besar nasi utk sesuatu upacara; ~ bungkus nasi yg dicampur dgn lauk-pauknya dan dijual dlm bungkus; ~ campur nasi yg lauknya dibubuh sekali dlm pinggan yg sama; ~ dagang nasi yg ditanak drpd beras lembut; ~ damai-damai a) nasi yg dimakan oleh pengantin laki-laki dan perempuan sbg tanda hidup mesra sesudah bersatu; b) nasi adap-adap; ~ datang = ~ lepat = ~ ketupat nasi yg dimasak dlm anyaman daun kelapa; ~ goreng nasi yg digoreng ber­sama perencahnya (spt udang, daging, sayur-sayuran, dsb); ~ hangit nasi yg hangit (kerana ter­­lalu besar apinya); ~ himpit = ~ kapit nasi yg ditanak dgn air yg berlebihan dan kemudian di­himpit (dimakan dgn kuah sate dll); ~ kabuli nasi yg bercampur lauk-pauk dan rempah-rem­­pah; ~ kerabu = ~ ulam nasi yg digaulkan dgn daun-daunan yg dihiris halus-halus; ~ kukus = ~ dandang nasi yg dikukus dlm dandang; ~ kunyit = ~ kuning pulut yg di­kuningkan dgn kunyit; ~ lecek nasi yg dilecek-lecek (utk makanan bayi); ~ lemak nasi yg ditanak dgn santan; ~ lembik nasi yg ditanak dgn ber­lebihan airnya; ~ lengat = ~ tim Id nasi yg di­kukus lembik; ~ mentah nasi yg tidak cukup masaknya; ~ minyak nasi yg dimasak dlm lemak atau minyak; ~ ramas Id nasi yg leng­kap dgn lauk-pauknya; ~ ransum = ~ kawah nasi yg dimasak dlm kawah utk orang ramai; ~ rawan nasi yg bercampur dgn sayur dan lauk-pauknya; ~ sorok Kd nasi yg dimakan dahulu sebelum memakan nasi minyak (pd kenduri); ~ suap-suap nasi kunyit yg di­suapkan oleh pengantin laki-laki kpd pengan­tin perempuan dan sebaliknya (ketika bersan­ding); ~ tambah a) nasi utk tambahan; b) ki tambahan kpd pendapatan yg tetap; ~ tangas = ~ kangkang nasi panas yg di­kangkangi isteri diiringi dgn jampi serapah, dan diberi makan kpd suami dgn tujuan utk memperbodoh suami; ~ tomato nasi yg dimasak dgn tomato puri dan dicampur dgn susu cair, biasanya dihi­dang­kan bersama-sama dgn ayam atau daging; ~ tumpang Kl nasi yg bercampur dgn lauk-pauknya dan dibungkus; ~ wajar nasi biasa sahaja (tidak dgn santan dll); ~ habis, budi bersama prb sahabat yg ke­tahuan buruk lakunya; ~ sama ditanak, kerak dimakan seorang prb perihal orang yg ber­sekutu tetapi keuntungan diambil seorang diri; ~ sudah menjadi bubur prb perbuatan yg sudah terlanjur (tidak dapat diubah lagi); ~ tak dingin pinggan tak retak prb orang yg cermat membuat pekerjaannya, walaupun banyak kerja tetapi jarang yg rosak; apa boleh buat, ~ sedap menjadi tawar prb sese­orang itu apabila rosak hatinya akan ber­ubahlah perangainya; biar ~ terbuang asal jangan periuk pecah prb biar anak mati asal ibunya selamat (ketika bersalin); buat ~ tam­bah prb penambah penghasilan yg telah ada; membuangkan ~nya yg tersaji di lutut prb seseorang yg meninggalkan kerja yg senang lalu mencari pekerjaan yg lebih susah; me­nantikan ~ (disajikan) di mulut prb perihal orang yg pemalas menantikan pemberian orang atau takdir Tuhan sahaja; bernasi ada (dimasak) nasi: hari ini tidak ~;~ di balik kerak prb belum habis semuanya tentang sesuatu perkara (masih ada lagi hal yg belum diperiksa); tidak ~ di balik kerak prb orang yg sombong.Kamus Dewan Edisi Keempat
sakinatAr aman, damai, tempat yg aman dan damai.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas