Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.mar] | دامر

Definisi : 1. bahan berupa getah keras yg diper­oleh drpd beberapa jenis pokok (biasanya digunakan sbg bahan kalis air); ~ batu damar yg keras; ~ daging damar yg merah; ~ hitam damar yg hitam; ~ mata kucing damar yg gilap (berkilat) warnanya; 2. suluh dll (terutama yg memakai damar); 3. lampu, pelita; berdamar 1. memakai damar; 2. ki merah muka kerana marah (kena tampar dll): ~ muka budak itu ditempeleng abangnya; 3. = mendamar mencari (mengumpul) damar; mendamari menerangi; pedamaran 1. tempat mencari (tempat yg banyak) damar; 2. suluh drpd damar; pendamar orang-orang yg kerjanya mencari (mengumpul) damar: ~ telah kehilangan hutan utk mendamar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.mar] | دامر

Definisi : Mn sj tumbuhan (pokok), buah keras, kemiri; degun sj tumbuhan (pokok), Canarium hirsutum; ~ kijai sj tumbuhan (pokok), Canarium secundum; ~ laut sj tumbuhan (pokok), Parashorea stellata; ~ minyak sj tumbuhan (pokok) dlm famili Araucariaceae, kauri malaya, mengilau (Sabah), bindang (Sarawak), Agathis borneensis. berdamar bermain buah keras. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.mar] | دامر

Definisi : getah keras yg diambil dr beberapa jenis pokok: ~ batu damar yg keras; ~ daging damar yg berwarna merah; ~ hitam damar yg berwarna hitam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata damar

Puisi
 

Naik bukit terkedok-kedok,
     Hendak cari damar batu;
Habis kering bergadai golok,
     Hendak sambut anak menantu.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Memecah damar atau pagu.

Bermaksud :

Menggunakan wang simpanan atau mengadakan harta pusaka, untuk menambah penghasilan yang tidak cukup. damar = kemiri; pagu = loteng.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
damarbahan berupa getah keras yang diperoleh daripada beberapa jenis pokokMakna22.12.2008
maksud perkataan balam,kandis,damar,tengar,mendengut,serapah,serati,selara

Balam maksudnya sejenis burung atau nampak kurang jelas, kandis maksudnya sejenis tumbuhan (pokok yang masam buahnya) dalam famili Guttiferae, damar maksudnya bahan berupa getah keras yang diperoleh daripada beberapa jenis pokok, tengar maksudnya sejenis tumbuhan (pokok yang kulitnya digunakan untuk menyamak jaring, kulit binatang, dan lain-lain), mendengut maksudnya berbunyi dengut (seperti bunyi burung puyuh, atau gong yang dipalu), serapah maksudnya kutuk atau sumpah, serati maksudnya gembala gajah, selara maksudnya bulu halus (seperti miang) pada tumbuh-tumbuhan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Kamus Dewan.

Makna01.11.2009
apakah maksud "gala"Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Gala membawa maksud : i) sejenis damar; gala-gala, gegala pakal yangg dibuat drpd damar dll; ~ lembut minyak tar; bergala direkat dgn gala; tiada ~ lagi a) bercerai-cerai (tulang dll), tidak terikat erat; b) Sastera lama sangat berlebih-lebihan. ii) ; segala-gala seluruhnya, semuanya.Makna11.02.2014
Definisi Sastera PanjiSastera Panji adalah karya-karya berbentuk hikayat yang secara umum berkisar di sekitar pengembaraan dan percintaan watak utamanya. Antara contoh karya Sastera Panji ialah Hikayat Chekil Waneng Pati, Hikayat Misa Perabu Jaya, Hikayat Panji Semirang, Cerita Damar Wulan dan lanin-lain.Lain-lain22.11.2007
salam, saya ingin bertanya.apakah dimaksudkan sastera panji?,apakah ciri-ciri sastera panji? dan apakah funsi sesebuah sastera panji? kedua apakah buku yang sesuai untuk saya membuat rujukan bagi menkaji sastera panji. terima kasih

Panji adalah kata dalam bahasa Jawa Kuno yang digunakan sebagai gelaran bagi golongan bangsawan. Kemudian kata ini diberikan kepada anak raja yang menjadi watak utama dalam cerita-cerita panji. Ciri-ciri umum cerita panji ialah 1. plot yang yang sama dalam setiap cerita panji. 2. Tema pengembaraan panji untuk mencari kekasihnya 3. Unsur penyamaran dan lain-lain. Antara cerita panji yang terkenal ialah Hikayat Panji Semirang, Hikayat Misa Taman Jayeng Kusuma, Hikayat Chekil Waneng Pati, Hikayat Misa Perabu Jaya, Cerita Damar Wulan dan lain-lain. Untuk merujuk lebih maklumat tentang Sastera Panji, saudara boleh dapatkan buku Kesusasteraan Melayu Tradisional yang diterbitkan oleh DBP. Sekian, terima kasih. Bahasa Jiwa Bangsa.

 

Lain-lain12.08.2009

Kembali ke atas